Dude! I'm Getting Married - 1
Oleh Pengarang : Iman Fadia

BAB 1

HAIH.apa aku nak buat ni Dah tiga bulan aku melangut..satu apa pun tak jadi.. Pen diputar. Berpusing-pusing. Kertas putih atas meja dah penuh diconteng. Jai senyum. Sekali pandang macam pro..tapi kalau pandang sekali lagi..hehehemacam budak tadika punya conteng daa! Dia menapak pula ke katil.

Hoi! Berangan!

Jai menoleh. Koci dah sengih, tersusun gigi di depannya. Baru grooming agaknya semalam.

Aku tak berangan la..

Habis tu Melopong je mulut kau Kalau bukan berangan, apa Tadah lalat

Ni haaku dah bosan..kau dah kerja, Acik pun dah kerja, aku je yang masih melangut lagi ni.. Pen tu Jai putar-putar lagi.

Habis kau tu memilih sangat! Tu belum lagi pilih bini! Koci ketawa mengekek. Dia henyak tubuh di sebelah Jai.

Jai lempar bantal peluk. Koci sempat mengelak.

Eh! Kau ni apa hal Bantal peluk dah hempuk Jai semula.

Soal bini lain, kerja lain!

Tu la..elok-elok ada tunang..putus pulak. Koci sambar buku di rak tepi katil. Sempat jeling Jai yang dah monyok macam tikus mondok kena usir. Hibernasi dalam lubang batang pokok kayu reput.

Jai mencebik. Koci dijeling seketika. Suka sangat sakat aku! Sejak di tingkatan satu lagi aku dan Koci dah kenal rapat. Jadi apa juga yang berlaku pada aku, Koci akan tahu. Masih terbayang, terguling-guling Koci gelakkan aku masa dia tahu aku dipaksa bertunang. Koci..Koci..sebab suka makan kuih kocilah, lekat nama tu sampai sekarang!

Aku muda sangat masa tu..20 tahun..gila aku nak nikah! Ingat ni zaman dolu dolu ke Jai mula terbayang bagaimana dia dijodohkan dengan anak kawan baik ayahnya sendiri.

Kalau aku, aku terima je. Free apa! Bapak kau kaya!

Wei! Aku ada cita-cita. Malulah aku nikah muda. Kalau perempuan lain cerita la bro! Jai silangkan lengan di belakang kepala.

Habis tu..kenapa tunang kau pun nak putus

Entah! Mungkin dia ada alasan tersendiri. Jai angkat bahu.

Eh..cun tak bekas tunang kau tu

Entah!

Err..siapa nama dia

Entah!

Eh..kau tak pernah tengok dia ke Koci bingkas bangun. Duduk bersila tepi Jai.

Jai angkat bahu lagi. Tak penting.

Laaa.

Jai jeling. Terangkat kening.

Katalah dia tu cun gila, apa kau nak buat

Buat apa Dah putus dah punbukan boleh kenyang pun dengan cun dia tu..

Laa..aku andaikan aje. Let say..masa kau tunang dulu, kau tengok wajah dia..perghh!! Cun!..Apa kau nak putus jugak Koci renung Jai yang masih meneroka siling putih yang dah bertompok kuning. Rumah lama macam tulah. Bocor sana sini.

Kau ni cerita benda yang dah tak ada. Tu cerita lama. Dah boleh bungkus! Jai bengang. Kisah yang dah tenggelam nak ditimbulkan balik.

Kalau muka dia hodoh pulak Kau tak nak tanyaJai jeling Koci.

Bapak mana yang nak jodohkan dengan perempuan hodoh bro Logik la otak kau tu sikit. Tu la asyik duk tenung benda bakteria halus tu! Fikiran kau tu pun dah jadi halus..contaminated! Koci tonyoh kepala Jai.

Dah! Dah! Blah! Shuhhh! Sana bilik engkau! Jai tolak tubuh Koci. Terjelepok jatuh dari katil.

Koci ketawa mengekek sambil berlalu ke biliknya.

Aku tengah bengang tak de kerja, dia pulak sibuk pasal tunanglah, binilah. Hiii!! Serabut!!

Telefon bimbit berdering. Melalak lagu Bon Jovi..Its My Life.

Siapa pulak call aku ni Hello! Kat mana Okey, okey aku datang sekarang!

Kunci motosikal dicapai dari atas meja. Sempat kemaskan rambut yang kusut masai tadi.

MELILAU cari Acik. Jai buka helmet. Dia sangkut atas cermin sebelah kanan motosikal. Rambut disikat. Terteleng-teleng melihat melalui cermin sebelah kiri.

Mana Acik ni Tadi kata nak jumpa kat sini.

Jai menapak ke kompleks Perdana Siswa. Dah nak terkehel leher meninjau kelibat Acik. Eii..dia ni pun satu, pandai janji je. Aku balik karang..penasaran pulak aku nak tahu apa ke bendanya dia nak bagi tahu.

Hish!!

Jai menoleh ke kiri. Seorang pelajar perempuan mencebik. Apa hal pulak minah ni Dah juling agaknya.

Oi sedara! Nak buang tu tengok-tengok la sikit!

Buang apa

Tanya lagi..tu! Dia tuding ke arah puntung rokok yang masih berasap atas rumput.

Oi sedari! Nak tuduh, agak-agak la! Rokok pun tak pernah beli! Nak hisap benda tar tu Nak mampus kojol

Habis tu Siapa yang buang kalau bukan awak Hantu Kalau kena baju saya tadi

Eii! Minah ni nak naikkan darah aku! Aku dahlah bengang dengan si Acik yang tak datang-datang lagi ni.

Tak ada masa nak layan awak ni. Jai terus blah. Dia tunggu pula Acik kat tepi pintu masuk medan selera di bangunan tu.

Jai!!!

Cepat je Jai berpaling. Berlari-lari Acik ke arahnya.

Kau pergi mana Melangut aku tunggu kau kat sini.

Alah..sorry. Aku ada hal sikit tadi. Acik tercungap-cungap.

Apa yang penting sangat yang kau nak bagi tahu aku ni

Acik ajak Jai masuk ke medan selera. Dua gelas milo ais dibeli.

Minum dulu. Haus ni. Penat aku kayuh kaki tau tak! Straw dah masuk mulut. Milo ais disedut laju. Separuh dah habis.

Ni..ada iklan kat dataran Sains tadi. Acik hulur sekeping kertas kepada Jai.

Iklan apa ni

Bacalah dulu!

RO

Acik angguk. Milo ais disedut sampai habis.

Kau nak tak Kalau kau nak, esok ada open interview kat Fakulti Perubatan.

TapiRO ni bukan macam RO bidang aku..jauh sangat ni.. Jai garu kepala. Iklan tu dibaca lagi. Research Officer wanted in

Faculty of Medicine for National Health Expenditure Survey Project.

Ambik jelah! Kau tengok syarat tu..any degree..boleh apa! Acik selamba ambil gelas Jai.

Eh..kau ni minum garam ke apa Tak hilang-hilang haus Jai sengih.

Tahu pun..hihihihi! So, macam mana

Hmm..okey la..aku cuba.

Macam tu la..aku nak masuk kerja ni. Jumpa malam ni.

Acik dah blah. Jai masih menatap iklan yang diberi Acik tadi. Ah! Ambik jelah. Kalau tak..makan pasir aku kat KL ni.

MALAM tu, usai solat isyak, Jai geledah laci meja belajar. Tak jumpa, dia geledah pula almari pakaian. Masih tak jumpa.

Adoi! Mana pulak aku letak ni.

Kau cari apa

Jai menoleh. Acik dah terpacak depan pintu.

Resume dan sijil aku..

Tu la..letak merata-rata..esok dah nak interview.Acik bersila atas katil bujang Jai.

Ha..ada pun! Jai sengih. Lega.

Aku hairan la dengan kau ni. Bapak kau ada syarikat sendiri tapi kau nak jugak cari kerja lain. Acik menongkat dagu.

Kata kat aku! Kau pun sama jugak. Bapak kau ada syarikat lagi besar. Macam aku..aku nak berdikari.

Aku lebih suka cari kerja sendiri.

Tahu tak apa! Jai sengih.

Hmm..bidang kau ni jarang aku dengar. Mikrobiologi.. Acik capai buku rujukan dari atas meja belajar.

Dah aku minat tu.. Jai sengih lagi.

Apa makna mikrobiologi tu Acik berkerut kening. Nak jugak tahu apa ke jadahnya.

Mikrobiologi tu, kajian tentang makhluk halus! Jai sengih. Dia jeling Acik yang dah terbeliak mata.

Makhluk halus Kau biar betul Jai! Acik luku kepala Jai. Takkan belajar tentang jin dan hantu pulak kawan aku ni!

Betul apa! Mikro tu maknanya benda halus. Biologi tu pulak, benda hidup! Jai ketawa mengekek.

Oh..jadi..benda hidup yang halus, macam tu Acik garu kepala.

Pandai pun kau! Tak sia-sia kau masuk universiti! Jai ketawa lagi.

Kau kaji apa Apa benda halus tu Acik tanya lagi. Memang tak faham. Sejak sekolah, dia tak suka subjek biologi.

Mikroorganisma! Alah..bakteria, virus, plankton, alga..benda halus! Nak kena teropong baru boleh nampak! Pakai mikroskop!

Acik angguk-angguk.

Kenapa kau tanya Nak belajar jugak ke Jai kenyit mata.

Hish! Aku tak suka biologi ni! Nak kena hafal! Acik mencebik.

Memanglah tapi bidang ni sangat interesting. Iman boleh bertambah. Bayangkan benda halus yang kita tak nampak tapi wujud dalam dunia ni. Kan itu menunjukkan kuasa Allah yang maha besar!Jai duduk di kerusi di meja belajar.

Alah..bidang aku pun okey apa. Boleh jugak bertambah iman. Kajian tentang komputer, program. Nak kena fikir, pakai otak. Otak kan kurniaan Allah. Acik kenyit mata. Bangga.

Jai jeling Acik. Huih..tak nak mengalah jugak mamat ni.

Habis tu..bidang macam kau ni, kerja kat mana ek Acik berkerut kening.

Makmal..swasta ada, kerajaan pun ada. Kalau kerajaan, jabatan kimia atau hospital. Tapi tesis aku lebih kepada mikrobiologi industri. Bukan mikrobiologi perubatan. Lainlah kau tu..ambik sains komputer, kerja pun kat MIMOS. Jai putar lagi pen. Nadanya dah kendur.

Alah..tu semua rezeki la Jai. Aku pun macam kau jugak. Berpuluh resume aku hantar, last sekali, MIMOS lamar aku..heehheh.. Acik senyum bangga.

ErrJai..aku sebenarnya ada hal sikit ni.. Acik betulkan sila.

Jai berpaling. Dia tenung muka Acik yang dah berubah riak. Serius pulak dia ni..

Aku tahu kau pernah bertunang..

Mana kau tahu Jai jeling.

ErrKoci cerita kat aku.. Acik berkata tanpa nada perasaan.

Koci ni macam perempuan..habis hal aku jadi wayang.. Jai menggumam. Nak cakap kuat-kuat, nanti Acik ingat aku ni macam perempuan. Pot pet pot pet!

Hmm..kau tak pernah tengok wajah tunang kau dulu kan Acik korek lagi.

Kau ni macam Koci. Sibuk nak tahu hal lapuk tu.

Aku tanya je..mana tahu, bila terjumpa dengan bekas tunang kau tu..kau fall in love..tak ke malu sendiri

Tak akan jumpanya! Dia orang Thailand. Bapak dia kahwin dengan orang sana. Kebetulan je masa tu ayah aku jumpa balik bapak dia masa reunion sekolah.

Kau pasti

Eh, kau ni kenapa Jai dah bengang. Tadi Koci sibuk tanya. La ni, Acik pulak menyibuk.

Kau tak nak kenal dia ke Ataufikir pasal kahwin keAcik teragak-agak.

Kenal Entah-entah dia pun dah jadi bini orang. Sebut pasal kahwin ni, siapa yang tak nak kahwin bro! Tapi aku nak kerja dulu... Jai sengih. Kali ni sengihnya dah macam kerang terlebih masak.

Aku bukan apa...aku sebenarnya suka kat kau. Aku nak kau...

Hah Pantas Jai jarakkan dari Acik.Terbeliak! Jai tenung Acik.

Aku belum habis cakap lagi la.. Acik luku kepala Jai.

Fuh..lega..aku ingat kau nak aku..aku normal lagi bro.. Jai urut dada.

Aku nak kau tackle adik aku.

Hah Sekali lagi terbeliak.

Kau kawan dulu..kalau tak ada chemistry..tak apa.. Acik dah muka sedih.

Kau biar betul Aku kenal pun tak adik kau tu. Lagipun..hish! Tak pernah dibuat orang. Abang offer adik kat kawan sendiri.

Oi! Aku bukan suruh kau ngap adik aku! Betul la contaminated otak kau ni! Acik luku kepala Jai. Geram. Tu la! Balik dari kelas je, tak ada cerita lain, mesti cerita hal makhluk halus dia tu..inoculation la, cross contamination la, septic technic la..

Jai ketawa. Muka Acik dah merah.

Aku gurau je la..apasal kau nak aku tackle adik kau

Aku rasa hanya kau saja yang boleh ubah adik aku tu. Keras kepala. Kami dah jenuh nasihat. Haram nak dengar.

Kalau korang pun tak boleh, aku orang luar, lagilah haraamm! Jai ketawa lagi.

Hish kau ni! Aku serius ni. Maksud aku tackle tu..nasihat adik aku tu. Berkawan dengan dia, bukan pegang-pegang tau! Nak keluar kena minta izin, aku kena ada sekali. Acik sekeh lagi Jai.

Huih! Banyak kau punya syarat! Baik aku cari sendiri makwe macam ni..

Aku tak paksa..tapi aku rasa kau akan suka nanti kat adik aku tu..belum cuba belum tahu. Acik senyum. Rancangannya akan dipastikan menjadi.

Err..adik kau keras kepala kenapa Ada batu eh dalam otak dia

This is not a joke ok! Sekali lagi kepala Jai jadi mangsa.

Ok,ok! Aku serius. Kenapa dia keras kepala Jai dah tak tahan nak ketawa. Memang dia suka usik Acik yang agak pendiam tapi senang bergaul dengan kawan. Tak sombong. Mudah terima teguran. Macam jugak Koci, satu kepala dalam sesetengah hal.

Cuma Acik ni tak suka cerita hal keluarga.

Dia tu muda setahun je dari kita. Dah ramai yang tanya. Satu pun dia tak nak. Pening. Mak aku pulak, sibuk suruh cari jodoh untuk adik aku tu. Mana aku nak cari. Aku nampak kau je yang boleh.

Parah! Ni dah memang kes parah! Dulu mati-mati aku tak nak bertunang, kali ni aku pulak disuruh bercinta dengan adik kawan sendiri. Gila ni!!

Adik kau tu..belajar lagi ke apa Jai korek lagi.

Belajar..dah nak habis dah pun..sekarang ni dia tengah tunggu result exam semester akhir. Dia ambik kimia. Acik berkata bersahaja.

Ohsorry la dude..aku tak nak kacau orang tengah studi. Studi entah ke mana nanti. Aku tak nak nanti disalahkan kalau adik kau tu gagal. Jai kenyit mata. Ada alasan untuk tolak cadangan Acik.

Aku harap sangat kat kau. Aku bukan main-main. Macam nilah..kalau kau berjaya ubah sikap adik aku..kau mintak apa aje... Acik semakin senyum. Dah lebar sampai ke telinga.

Kau nak bagi apa

Apa-apa jekalau kau nikah dengan adik aku lagi bagus!

Hish! Pelik aku dengan kau ni. Kenapa tak cari kawan dia je Maksud aku..kawan perempuan..senanglah sikit nak beri nasihat. Tak ada batas pergaulan. Jai tambah hairan. Hmm..memang pelik.

Aku ada alasan aku sendiri. Macam mana Acik pandang Jai yang dah mula mengusap dagu. Berfikir la tu agaknya.

Hmmtackle macam mana kau nak Berkawan, bercinta atau hanya main jeling-jeling je Jai dah sengih karat.

Bernikah!

Hah

Aku gurau je la..macam aku kata tadi..kawan dulu, aku nak kau nasihat dia.....

Hmmtapi kenapa aku Jai tak puas hati. Masih tak faham apa sebenarnya yang Acik nak.

Macam aku kata tadi..aku ada sebab aku sendiri. Tapi sebab yang lain tukau pandai berdiskusi, dakwah secara halus, aku perhati kau ni..bijak main kata, tengok Zenot tu..dah pakai tudung. Ajoi, dah rajin pergi surau. Macam aku..kau banyak tolong aku belajar ilmu agama. Ajak aku ke usrah. Jarang aku jumpa orang yang tekun dan humble macam kau ni. Kaya tapi tak berlagak, bijak tapi tak riak.

Jai dah kembang hidung sekejap. Cepat-cepat dia kembali ke alam nyata.

Aku pun manusia bro. Tak sempurna. Cara kau cakap tu macamlah aku ni ustaz. Ilmu aku tak seberapa. Lagi pun kau pun tahu, aku tak suka main cinta. Buang masa. Jai putar pen ala heli. Dipusing-pusing dan dilambung.

Aku tahu kau tak suka bercinta. Sebab tulah aku nak kau tackle adik aku. Mana tahu dia boleh berubah.

Nantilah aku fikirkalau aku jumpa calon isteri aku macam mana Takkan aku nak terus berkawan dengan adik kau tuIngat ni barang mainan ke, suka boleh main, tak suka, campak merata!

Benda belum ada.. aku pasti, kau tak ada calon lagi kan Acik kenyit mata.

Yalah..buat masa ni tapi tak tahulah masa akan datang.. Jai cuba ugut Acik. Saja nak suruh Acik batalkan niatnya tu.

Kau ni banyak tanya..kau ikut je cadangan aku ni. Janji adik aku berubah. Acik bingkas bangun. Dia menapak ke pintu.

Koci mana

Entah..bilik dia la agaknya. Kenapa Acik turut berpaling.

Bukan ke minggu ni turn dia buang sampah Jai lihat jadual di dinding yang sengaja ditampal di situ. Dia pun mudah lupa.

Kau bukan tak tahu perangai mamat karang siang tu! Apa benda pun kalau disuruh, nak bertangguh je..balik-balik..karang siang, karang siang! Acik ketawa mengekek. Dia beredar ke biliknya.

Jai angguk-angguk. Dia dah masak dengan perangai Koci. Dah kenal luar dalam. Sejak sekolah menengah. Sekarang ni mereka bertiga dah menghuni rumah tu sejak pada tahun satu masuk U lagi. Acik, boleh sangat tinggal dengan mak ayah dia sebab dia tinggal sekitar KL je tapi dia pilih menyewa di luar. Aku tak tahu sangat kisah Acik. Kalau ditanya hal keluarga, dia jarang nak cerita. Dia lebih suka layan game di laptop tapi yang pasti, Acik anak orang kaya. Ada tiga beradik.

Pelik betul permintaan Acik ni..ada ke suruh aku tackle adik dia Dia tak takut ke aku buat apa-apa Jai geleng. Senyum nakal. Aku pun lelaki..

Hmm..apa aku nak studi ni. Esok ada open interview..ah, bantai jelah jawab nanti.Lampu ditutup. Gelap.