BAB 1
LAGU berjudul Ranggi Metropolis dari nyanyian kumpulan Wings hampir sampai ke penghujung. Dalam masa yang sama, Zack memberikan lampu isyarat arah kiri, hendak memasuki lorong ke kawasan R&R Pagoh. Hampir sejam lebih memandu, dia memerlukan sedikit masa untuk melegakan sendi-sendinya yang kelenguhan kerana memandu tanpa henti. Lagipun, dia memang perlu berhenti sekarang juga. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Perutnya memulas sejak dari setengah jam tadi.
Ramai pulak orang hari ni
Tercari-cari tempat untuk memarkirkan kereta. Lebih tepat lagi, berebut tempat parkir. Bukanlah boleh memilih sangat pun kerana di waktu cuti persekolahan sebegini, kebanyakan tempat Rawat & Rehat penuh dengan kenderaan walaupun hari ini hari Khamis, bukan hari minggu.
Cantiklah
Kereta yang sedang dipandu selaju kuda padi berjalan menjadi semakin perlahan. Segera Zack memberikan isyarat ke arah kiri sekali lagi apabila pandangan matanya menangkap seorang gadis ayu bertudung ungu menekan kunci kereta Toyota Vios berwarna putih, selang dua buah kereta di hadapan. Kemungkinan besar gadis itu hendak meninggalkan kawasan ini. Betapa dia berharap bahawa gadis ayu itu memang mahu pergi dari situ supaya dia boleh memarkirkan keretanya. Dalam keadaan perutnya yang tak berapa stabil, dia malas hendak mencari parkir lebih jauh.
Lambatlah pulakZack mula merengsa. Gadis ayu bertudung ungu itu boleh pula menunggu lama di tepi kereta Viosnya. Dia pula semakin tak keruan kerana rasa memulas dalam perut datang lagi.
Hampir seminit berlalu.
Sabar..okeysabar.Aku tengah tunggu parking le niBagai memahami yang Zack sedang menunggu giliran untuk memarkirkan kereta, perutnya mendengar kata. Rasa memulas hilang buat seketika.
Zack kembali menumpukan perhatian kepada kereta Vios itu. Sebenarnya, tumpuannya bukanlah kepada kereta Vios putih itu pun.
Kereta Vios tetap akan menjadi Vios, tak mungkin akan bertukar menjadi Lamborghini mahupun Porche walaupun dia merenungnya selama yang dia mampu. Tumpuannya adalah kepada si gadis ayu bertudung ungu, pemilik Vios itu. Kerana...gadis ayu itu mungkin saja boleh bertukar menjadi bakal isteri sekiranya dia berani bertindak di luar dugaan.
Cun jugak. Hati berdesis.
Zack berkira-kira sama ada mahu memulakan salam perkenalan walaupun dia tahu, niatnya akan kekal sebagai niat tanpa boleh menjadi kenyataan. Begitulah perangainya semenjak putus cinta hampir setahun lalu. Atas desakan naluri dan atas desakan Puan Mariah - ibunya yang mahukan cucu secepat mungkin, dia cuba mencari pengganti. Tetapi, sehingga hari ini, belum berjaya mendapat pengganti. Mungkin belum jumpa yang sesuai atau mungkin juga kerana hatinya masih lagi terikat dengan bekas kekasih lama.
Di saat Zack masih berangan mahu mendapatkan sekurang-kurangnya nombor telefon si gadis ayu bertudung ungu, kelihatan seorang lelaki kacak bergaya berjalan ke arah gadis ayu itu. Lantas, si gadis menyerahkan kunci Vios kepada lelaki kacak bergaya. Serta-merta, si gadis ayu menjadi kurang ayu pada pandangan mata. Cehdah kahwin rupanya
Nasib baik dia tidak meneruskan niatnya untuk menghulurkan salam perkenalan. Jika tidak, pasti berlaku kekecohan.
Lampu reverse kereta Vios berwarna putih menyala, menandakan kereta itu hendak keluar. Zack menarik nafas lega sementelah perutnya kembali memulas. Kali ini, tanpa kompromi walaupun dia telah cuba menyabarkan perutnya berkali-kali. Setelah berjaya memarkirkan kereta MyVi hitamnya, dia segera keluar dari kereta lalu menekan punat kuncinya. Dengan pantas juga, dia memecut ke arah tandas.
Setelah hajat besarnya termakbul dalam tandas, dia menuju ke arah salah sebuah gerai yang menjual minuman. Setin air Red Bull diambil dari peti sejuk buat penambah tenaga. Setelah menyedekahkan senyuman lebih kurang kepada aci yang menjaga kaunter dan kemudian membuat bayaran, dia kembali menuju ke keretanya sambil meneguk Red Bull.
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas setengah pagi. Pada mulanya, Zack mahu menjamu selera saja di sini tetapi bila mengenangkan masakan ibu yang sedap sehingga menjilat jari, dia tidak meneruskan niatnya. Demi menjamah masakan ibu tersayang, dia sanggup berlapar.
Zack membuka pintu kereta di bahagian pemandu sambil tangan sebelah kirinya melambai tidak kepada sebuah kereta yang baru saja memberi isyarat ke arah kiri untuk masuk ke parkir. Dia belum mahu bergerak lagi. Sempat dia melihat ke arah si pemandu itu yang mulutnya teromel-omel sendiri dengan muka masam mencuka sambil berlalu pergi. Tidak pula dia dapat menangkap apa yang dikatakan.
Biarkanlah. Pandai-pandailah si pemandu mencari kotak parkir yang lain.
Zack menggapai kotak rokok Marlboro Light dan pemetik api. Isi dalam kotak diperiksa. Ada tujuh batang lagi. Sebatang rokok diambil lalu dinyalakan. Dia menghisap rokoknya dalam-dalam. Pernah juga dia cuba untuk berhenti merokok sebelum ini tetapi masih belum berjaya. Mungkin sebab dia sebenarnya tidak mencuba sedaya-upaya untuk berhenti.
Walaupun Zack seorang perokok, dia tidak suka bauan dalam keretanya turut berbau rokok. Jadi, dia lebih suka berhenti untuk merokok daripada merokok sambil memandu. Mana-mana rakan atau penumpang memang sedia maklum akan tabiatnya. Lagipun, dia bukanlah perokok tegar. Sekotak rokok berisi 20 batang mampu bertahan sehingga seminggu. Dia cuma merokok tatkala dia membuat pemanduan jauh begini. Ataupun, di kala mencari ilham. Ataupun, ketika otaknya sesak dengan masalah. Ataupun di saat dia benar-benar dilanda kebosanan. Hakikatnya, tegar atau tidak seorang perokok itu bukanlah perkara penting. Risiko untuk mendapat penyakit kanser tetap sama.
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket sebelah kiri. Zack melalukan jari ke skrin, memeriksa telefonnya. Terdapat satu panggilan tak sempat dijawab dari ibu. Segera dia menelefon kembali ibunya itu. Setelah berbual lebih kurang dengan ibu yang mahu tahu di mana dia berada sekarang, dia menamatkan panggilan.
Kini, mesej WhatsApp pula diperiksa. Zack tersengih sendiri membaca beberapa perbualan mengarut di antara sepupu-sepupu dan saudara-maranya. Group WhatsApp Keluarga Tok Ahmad itu memang meriah. Baik yang tua mahupun yang muda, lelaki atau perempuan, kebanyakannya memang berperangai gila-gila.
(Shafiq Ali)
Sham. Shima dah langkah bendul kau. Kau bila lagi Takkan kau nak Forever Alone sampai mati
(Sham Karim)
Eh Capik, ko pun belum dapat jodoh lagi.lagi nak sibuk pasal aku. Aku ni, nak tunggu Nora Danish putus dengan anak menteri tu dulu.
(Aini Hashim)
Elleh Sham. Kalau betul pun ND putus dengan boipren dia, macamlah ko dapat tackle ND.
(Sham Karim)
Aku tak kata nak tackle Nora Danish. Aku cuma nak tunggu dia putus je
(Shima Karim).
Ngada-ngadalah kau ni bang. Kau tu yang memilih sangat. Nak yang macam Nora DanishlahRozita Che Wanlah Erra Faziralah. Eh bang, apsal taste ko semua kategori retis
(Shida Zainal)
Hahahahhaa. ShamSham. Muka edisi pecahada hati nak ngurat awek ala retis.
(Sham Karim)
Nak buat camna Dulu aku nak ngurat Aini, dia jual mahal
(Shida Zainal)
Hahahahhahahha..
(Aini Hashim)
Oi! Oi! Apsal aku pulak yang jadi bahan
(Zali Nordin)
Kahkahkah
Zack menggeleng sambil tersenyum nipis. Rokok di jarinya hampir habis dihisap. Sepupu-sepupunya masih lagi berbalas-balas mesej mengarut di WhatsApp. Matanya melirik lagi membaca.
(Shima Karim)
Zack mana Senyap je ni
Pertanyaan dari sepupunya merangkap bakal pengantin itu mengundang senyuman lebar. Lantas jari Zack pantas menaip balasan.
(Zack Iskandar)
Ada ni. Apsal Shima Ko dah rindu sangat kat aku ke
(Shima Karim)
Hehe. Rindu gak lah. Ko kan dah janji, kalau aku kawen dulu dari ko, ko akan ganti tempat akubasuh pinggan, periuk belanga segala
(Zack Iskandar)
Alamak. Aku nak patah balik la cam ni. Tak jadi balik Kluang.
(Shima Karim)
AlolololoJangan gitu Zack. Periuk belanga banyak ni
(Emma Hashim)
Haha. Habislah Zack
(Makcu Suhana)
Ko jangan tak balik, Zack. Mak Cu dah lama tak jumpa ko.
(Zali Nordin)
Kahkahkah
Zack menggeleng lagi. Sepupunya yang bernama Zali itu hanya menaip Kahkahkah sejak dari tadi. Macam tak ada perkataan lain yang boleh diguna-pakai.
(Sham Karim)
Zack, ko kat ner
(Zack Iskandar)
Pagoh
(Emma Hashim)
Tak jauh dah. Amy balik tak, Zack
Zack mengerutkan kening. Dia memang tak pernah ambil tahu pun mengenai Amy ataupun nama penuhnya Amylea. Soalan Emma tidak dijawab. Dia yakin, sebentar nanti Amy akan menjawab bagi pihak dirinya sendiri jika tidak sibuk.
(Zack Iskandar)
Okay guys. Jumpa korang kat kampung. Aku nak sambung drive ni
(Shima Karim)
Okay Zack. Drive carefully
(Sham Karim)
Okay BroSee ya later
Dan beberapa lagi mesej Drive carefully diterima Zack. Dia tidak membaca lagi mesej-mesej di WhatsApp nya. Dia perlu meneruskan perjalanan pulang ke Kluang. Sungguhpun tidak membacanya, dia yakin, sepupu-sepupu dan saudara-maranya masih lagi meneruskan karutan mereka di Group itu.
Kereta MyVi hitam terus berlalu pergi meninggalkan R&R Pagoh, membelah lebuhraya utara-selatan.
AZAN Zohor berkumandang di saat Zack memarkirkan keretanya di halaman rumah, betul-betul di belakang sebuah kereta MyVi berwarna putih. Entah kereta siapa, dia pun tak tahu. Beberapa kereta lain juga turut menumpang parkir di kawasan rumahnya. Tanah lapang...
Zack nampak Amy berjalan berlenggang melepasi keretanya, menuju ke rumah Pak Lang mereka. Dia yakin, Amy nampak yang dia baru sampai.Namun seperti dia juga, Amy tak menegur sapa. Dia kurang pasti pula bila Amy sampai di Kluang. Mungkin awal beberapa minit saja darinya. Entah-entah mereka berselisih di lebuhraya tadi agaknya. Ataupun mungkin, Amy sudah berada di kampung sejak semalam lagi. Lantaklah. Waktu bila Amy sampai, bukannya perkara yang harus difikirkan sangat.
Walaupun dia dan Amy sebaya, dia lebih suka menganggap Amy itu sebagai kakak kerana Amy dilahirkan pada bulan Januari. Dia pula, dilahirkan pada bulan November. Dia dan Amy amat jarang bertegur sapa. Tapi, jika terpaksa bertegur, dia sengaja memanggil Amy dengan panggilan Kak walaupun dia tahu, Amy tidak suka dipanggil Kak olehnya.
Hingga ke hari ini, dia tidak pernah berbaik dengan Amy walaupun mereka telah menjadi keluarga ketika berumur tujuh tahun lagi.
Bapa Amy, Encik Alwi telah berlahwin dengan ibu, Puan Mariah ketika dia berumur tujuh tahun. Dia telah kematian bapa pada umur tiga tahun akibat dipatuk ular tedung sewaktu bekerja. Encik Alwi juga, telah kehilangan isteri dan anak sulungnya akibat kemalangan jalan raya, setahun sebelum berkahwin dengan ibu. Ironinya, Encik Alwi dan arwah ayah, berkawan baik.
Dia dapat menerima pernikahan ibu dengan Encik Alwi dengan mudah. Mungkin kerana dia sudah pun terbiasa dengan Encik Alwi sebelum ibunya berkahwin lagi.
Tetapi tidak pada Amy. Amy menjadi murung setelah kematian ibu dan kakaknya. Malah, Amy menuduh ibu dan dia mencuri bapanya. Setelah berkahwin, ibunya terpaksa mengambil hati Amy dengan pelbagai cara. Lepas setahun, barulah Amy dapat menerima Puan Mariah sebagai ibu baru.
Atas sebab itu, Zack tidak sukakan Amy. Mereka kerap bergaduh. Berkali-kali ibu menyuruh agar dia bertolak ansur. Ibunya memberi alasan bahawa Amy perlu dikasihani. Namun padanya, Amy sebenarnya mengada-ngada dan sengaja mahukan lebih perhatian. Disebabkan Amy, dia kurang mendapat perhatian ibunya waktu itu. Gara-gara mulut celupar Amy, dia tidak pernah ingin bertegur sapa lagi dengan kakak tirinya melainkan dipaksa. Mereka serumah tetapi mereka tidak pernah mengendahkan kewujudan masing-masing sehinggalah membawa ke alam dewasa.
Cermin keretanya diketuk secara tiba-tiba. Lamunan Zack hilang. Segera enjin kereta dimatikan lalu dia keluar.
Assalamualaikum ayahUcap Zack. Tangannya dihulurkan kepada Encik Alwi untuk bersalam lalu disambut.
Dulu, dia memanggil Encik Alwi dengan panggilan Ayah Wi. Lama kelamaan, Ayah Wi menjadi ayah sahaja. Mungkin kerana lidahnya sudah malas hendak memanggil nama Ayah Wi, panjang sangat.
Waalaikumussalam. Baru sampai, Zakry Soal Encik Alwi, sekadar berbasa-basi. Memang dia tahu, Zack baru saja sampai beberapa minit yang lepas. Zack dilihat hanya tersenyum mengangguk.
Ayah nak pergi rumah Pak Lang. Kata Encik Alwi sekaligus meminta diri.
Tak sempat berbual panjang. Zack memahami dan hanya mengangguk lagi. Encik Alwi terus berjalan pergi. Dengan langkah sedikit malas akibat kepenatan memandu, dia mengambil begnya yang terletak di bahagian duduk belakang.
Assalamualaikum. Zack memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Hanya pintu dapur yang terbuka ketika ini.
Waalaikumussalam. Terdengar suara Puan Mariah menjawab.
Zack senyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Lepas berbual serba-sedikit, Puan Mariah meminta diri untuk ke rumah Pak Lang. Seperti Encik Alwi, dia juga tak dapat berbual lama. Di hari kenduri-kendara seperti ini, memang masing-masing sibuk membantu kaedahnya. Sempat Puan Mariah berpesan supaya mengunci pintu rumah jika Zack keluar nanti.Tiada sesiapa di rumah ketika ini. Setelah Puan Mariah keluar, tangan Zack membuka tudung saji mencari makanan tengahari.
Aduhai. Zack menepuk dahi. Sepatutnya dia sedia maklum. Di hari sibuk begini, mana sempat ibunya memasak Meja makan yang kosong dipandang sayu. Tidak mengapa. Dia yakin, ada banyak makanan di rumah Pak Lang nanti.
USAI menunaikan solat Zohor, Zack mengatur langkah ke rumah Pak Lang. Tidaklah jauh, hanya seberang jalan sahaja.
Sambil berjalan, Zack memerhatikan rumah Pak Lang dari jauh. Meriah nampaknya dengan kehadiran saudara-mara yang bergotong-royong membantu. Pemandangan biasa di waktu kenduri-kendara. Di satu bahagian, kaum lelaki berstatus 'pakcik-pakcik' dan mungkin bercampur dengan 'abang-abang sedang bekerja. Di satu bahagian pula, kaum wanita berstatus 'makcik-makcik' dan mungkin bercampur dengan kakak-kakak pula berkumpul. Yang berstatus anak-anak dara pula, mungkin membantu di dapur atau sedang berkumpul di dalam bilik bakal pengantin baru. Sekumpulan kanak-kanak pula sedang bermain girang di satu bahagian lain sambil dipantau oleh beberapa orang dewasa.
Mata Zack melilau mencari lagi. Akhirnya, jumpa geng yang dicari. Semua sepupu-sepupu rapat dan lebih kurang saja umurnya sedang berkumpul di bawah khemah, di satu sudut sambil berbual-bual rancak. Ada juga yang sedang menikmati makanan tengahari. Zack melangkah pantas.
Assalamualaikum. Zack memberi salam.
Waalaikumussalam.
Beberapa suara menjawab. Keadaan menjadi sunyi seketika, bagai dilanda Garuda ataupun bak kata orang dulu-dulu Malaikat sedang lalu.
Zack!
Woi setan!
"Mangkuk hayun!"
Dan pelbagai lagi sapaan kurang enak berbaur sedikit kejian dilemparkan kepadanya. Zack menggeleng dan mampu tersengih cuma. Gurauan kasar sebegitu memang biasa di kalangan mereka walaupun nyata, agak kurang ajar bunyinya.
Jembalang betul korang ni. Balas Zack.