DENDAM DARI LISBI - 1
ADEGAN I

Pentas dibuka dengan latar cahaya merah dan suram tetapi terdapat cahaya putih yang menyerupai cahaya bulan. Di tengah-tengah pentas ada sebatang palang kayu untuk mengikat pesalah yang bakal menerima hukuman. ABU INSAN berteleku di tengah-tengah pentas dan memandang lantai pentas berhampiran palang kayu tersebut. LISBI berlegar-legar memandang ABU INSAN dengan pandangan sinis.

ABU INSAN: (Meratap) Hidup aku ini sudah hilang maknanya. Sudah hilang Maknanya

LISBI memandang ABU INSAN sambil berlegar-legar di sekeliling ABU INSAN. LISBI masih tersenyum sinis.

ABU INSAN: (Masih meratap) Apa yang harus aku lakukan Apa

LISBI mematikan wajah sinis. Raut wajahnya digantikan dengan raut wajah simpati.

LISBI: Kau kelihatan sungguh menderita, kawan. Khabarkanlah kepadaku apa deritamu (Memegang bahu ABU INSAN)

ABU INSAN memandang LISBI dengan wajah sayu. ABU INSAN bersujud sambil menangis teresak-esak.

ABU INSAN: (Meratap) Anakku. Anakku. Dia sudah mati!

LISBI: (Berpura-pura terkejut) Bila Bagaimana

ABU INSAN: Kelmarin dulu. Dia mati dibunuh! Dibunuh!

LISBI: Kau tak harus menderita begini. Pembunuh itu, dia memang patut dihukum! Nyawanya patut digenggam olehmu!

ABU INSAN: (Mengangkat wajahnya daripada sujud. Memandang wajah LISBI dengan mata yang sayu) Apa maksudmu

LISBI: Nyawanya harus melayang juga seperti nyawa anakmu.

ABU INSAN: (Menekur lantai pentas) Tetapi, urusan nyawa, bukan di tanganku. Urusan itu urusan Tuhan.

LISBI: Ahh! Tuhan! Tuhan! Kalau benar Tuhan itu yang menguruskan soal nyawa, kenapa Dia membiarkan nyawa anakmu melayang begitu sahaja

ABU INSAN terdiam. ABU INSAN menekur lantai.

LISBI: (Tertawa) Nah, sekarang kau sendiri sukar untuk memikirkannya bukan Tidakkah kau rasa, Tuhan sedang mempermainkanmu Mempermainkan takdirmu yang dahulu kehilangan isteri dan kini kehilangan anak Satu-satunya anak yang dilahirkan oleh isteri yang sangat kau cinta Apa lagi yang Tuhan tinggalkan untukmu

ABU INSAN: (Meratap) Benarkah Tuhan sedang mempermainkan aku

LISBI: (Tertawa lagi) Lihatlah di atas sana! (Menuding jari ke arah bulan) Apa yang kau lihat, kawan Bola yang bersinar di langit itu matahari! Apa yang kau lihat

ABU INSAN: Itu bulan! Itu bulan!

LISBI: (Tertawa kuat) Itu matahari, kawan. Matahari Matahari!

ABU INSAN merenung ke arah cahaya putih itu.

ABU INSAN: Mengapa yang kulihat adalah bulan Tidakkah kau lihat itu bulan Mengapa yang kau lihat itu matahari Jika benar itu matahari, mengapa tak kurasa bahangnya Bahangnya harus menggigit-gigit kulit aku yang sudah mulai tua ini. (Mencubit-cubit kulit lengannya) Atau Atau akukah sebenarnya sudah terlalu tua sehingga tidak dapat membezakan bulan dan matahari sekalipun

LISBI: (Tersenyum sinis) Kau tidak tua, kawan. Tidak tua untuk membezakan yang mana bulan, yang mana matahari. Tetapi tidakkah dapat kau fikir, bahawa matamu itu juga sedang dipermain-mainkan oleh Tuhan Fikiranmu itu sedang dikacau-bilaukan

ABU INSAN: Tapi, mengapa Mengapa Tuhan perlakukan aku begini

LISBI mendepakan tangan sambil menjungkitkan bahu.

ABU INSAN: (Sedikit tergagap) Jadi, apa yang harus aku lakukan Aku tidak boleh membalas dendam terhadap Tuhan.

LISBI: (Tertawa makin galak) Kau memang fikir bahawa Tuhan itu wujud (Terus tertawa)

ABU INSAN: Kalau Tuhan itu tidak wujud bagaimana pula Dia mempermainkan aku

LISBI terdiam. Tawanya mati begitu sahaja. Raut wajahnya menunjukkan bahawa dia sedang ligat memikirkan sesuatu.

LISBI: Ah, kau! Kalau benar kau fikir Tuhan itu ada, terserah. Tetapi, tidakkah kau rasa sedang dipermain-mainkan Kau keseorangan sekarang. Orang lain memiliki keluarga yang lengkap. Ada isteri. Ada anak-anak. Kau Sudahlah isterimu mati. Anak pula seorang. Sekarang, anakmu mati.

ABU INSAN: Aku Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. (Memegang kepalanya. Menarik-narik rambutnya sehingga kusut-masai)

LISBI: Kalau Tuhan mempermain-mainkan kau dan si pembunuh itu juga mempermain-mainkan kau, apakah tidak boleh kau pula yang mempermain-mainkan mereka (Tersenyum sinis)

ABU INSAN memandang LISBI. LISBI masih tersenyum sinis.

ABU INSAN: Bagaimana Aku tidak berdaya. Menahan kesedihan ini saja sudah buat aku menderita. Daya apakah pula aku mempermain-mainkan mereka

LISBI: Kau terlalu mudah mengaku kalah. Tidakkah mampu kau meletakkan daya untuk menunjukkan kasih sayang dan cintamu terhadap anakmu itu Kalau beginilah sikapmu, memang wajar anakmu itu mati. Kau tidak melindungi dia!

ABU INSAN bingkas marah mendengarkan kata-kata LISBI. Dia berasa tercabar.

ABU INSAN: Jangan kau katakan itu kepadaku! Kalau tidak cukup kasih sayangku, bagaimana pula anakku itu hidup dengan secukupnya harta dan kemewahan yang aku limpahkan

LISBI: (Tertawa kuat) Kau jangan marah, kawan. Aku hanya menguji. Ternyata, memang benar kasih sayangmu terhadap anakmu itu melimpah ruah. Maka, ini waktu kau berikan kasih sayangmu lagi untuknya walaupun anakmu itu sudah mati.

ABU INSAN: (Ke hulu ke hilir dengan perasaan marah) Jadi, usah menguji lagi! Aku mahu tahu apa yang harus aku lakukan! Beritahu sekarang! Usah menguji lagi!

LISBI: Aku mengerti perasaanmu. Aku juga pernah melaluinya.

ABU INSAN: (Memandang LISBI dengan dahi yang berkerut) Apa maksudmu Anakmu juga mati dibunuh Bila

LISBI: Ya. Benar. Anakku mati dibunuh. Dibunuh setahun yang lalu.