KUNCI kereta dilempar kuat ke atas meja. Tubuhnya dihenyak atas sofa. Balik dari rumah Alia tadi, ingatkan nak singgah di kedai buku sekejap.
Rasa panas hati membuak. Terus saja pulang ke rumah. Sakit hati! Suka hati pegang tangan aku! Selama aku hidup dua puluh lima tahun ni, hanya papa dan abang aku je yang pegang tangan aku ni. Dah la tu, sibuk tanya pasal ganti rugi! Aku pun boleh bayar la ganti rugi tu! Ingat aku ni sengkek sangat ke
Melalak lagu Pesan Cinta nyanyian Afgan dari dalam beg tangan. Teraba-raba Felisha mencari telefon bimbitnya. Hish! Mana pulak telefon aku ni! Dah la aku geram hari ni! Ha..ada pun!
Hello!
Sha! Mama ni! Kenapa nak marah-marah ni
Erk! Alamak mama ke
Err..maaf mama. Ingatkan siapa tadi. Ada apa mama Suara Felisha dah turun satu oktaf.
Hujung minggu ni Sha balik tak
Kenapa mama
Ada hal sikit. Balik tau!
Talian putus. Erk! Cepatnya putus Hal apa pulak mama aku nak beritahu ni Telefon disimpan semula dalam beg tangan. Perlahan Felisha menapak ke bilik. Zuhur dah lama masuk waktu. Usai solat, Felisha ke dapur menyediakan hidangan tengah hari. Rumah dua tingkat yang dihuni dengan dua orang lagi kawan satu universiti dulu sudah rasa macam rumah tumpangan. Nama je bertiga tapi jarang bertemu muka. Pagi aku keluar, Najwa masih buat tahi mata. Hanim pulak pagi belum subuh dah keluar. Petang aku balik, mereka berdua belum nampak batang hidung!
Hmmaku masak ala kadar je la. Goreng ikan kembung pun jadilah. Aku sorang je yang nak makan. Najwa dan Hanim pun entah balik entah tidak. Felisha jenguk ke laman rumah. Bayang kereta Najwa dan Hanim pun tak nampak!
Selesai isi perut, Felisha bergegas ke kedai bunga miliknya. Kereta Honda Accord dipecut laju ke arah Petaling Jaya. Tiba di kedai, dia terus ke bilik kecil yang dijadikan pejabat. Banyak surat yang belum dibaca. Satu persatu surat di atas meja dibelek.
Err..kak, ada pelanggan nak jumpa! Dia nak tanya apa entah..
Felisha menoleh. Ainul, pembantu kedainya sudah tersenyum di pintu bilik pejabatnya.
Siapa
Ainul angkat bahu.
Perlahan Felisha menapak ke arah susunan bunga di sepanjang rak. Melilau dia mencari kelibat orang yang dimaksudkan oleh Ainul. Mana dia ni Terjenguk-jenguk Felisha mencari pelanggan tadi di celah-celah rak bunga.
Assalamualaikum.
Felisha berpaling. Seorang lelaki kemas dengan jubah putih dan kopiah di kepala sedang tersenyum manis
kepadanya. Siapa pulak dia ni Salah tempat ke apa Ni bukan masjid atau surau ke apa ke. Ni kedai bunga la!
Err..encik nak cari bunga ke Felisha cuba senyum. Erk! Apa aku merepek ni Dah memang kedai bunga, tentulah nak beli bunga! Soalan bodoh apa aku tanya ni!
Ya..takkan nak beli sayur kat sini Dia senyum.
Ha..kan dah kena kau Felisha! What a stupid! Felisha luku kepala sendiri.
Errokeybunga apa encik nak beli Muka Felisha dah berubah rona. Merah macam bunga ros di kedainya tu.
Hmmbunga tu!
Felisha mengalihkan pandangan ke arah bunga yang ditunjukkan oleh lelaki tadi. Err..bunga dahlia ke
Saya tak tahu nama bunga tu tapi yang warna pink dan putih tu! Dia senyum lagi.
Hmm..encik nak berapa kuntum Felisha menapak pula ke arah deretan bunga dahlia yang disusun cantik dalam pasu bunga.
Kalau nak bagi kat perempuan, berapa kuntum ya
Alamak! Tanya aku la pulak. Aku dah la tak pernah tahu bab ni. Ah! Bantai je lah!
Tiga kuntum! Err..boleh saya tanya sikit Felisha senyum. Ikut hati nak suruh je beli sejambak!
Lelaki tu angguk.
Saya rasa encik beli salah bunga kut..selalunya bunga ros yang menjadi pilihan. Felisha cuba bermesra dengan pelanggan. Hati pelanggan kena jaga.
Ya ke Bukan semua bunga boleh beri ke
Felisha ketap bibir. Suka hatilah! Kalau aku ada bunga tahi ayam pun, mungkin dia nak beli jugak agaknya. Lelaki ni bukan tahu pun bunga apa. Nasib baik aku tak jual bunga lalang je lagi!
Selalunya saya tengok ramai yang beli bunga ros tapi tak apalah..err..boleh saya tahu untuk siapa
Maksud awak Lelaki tu senyum lagi.
Felisha gabra. Apa punya soalan aku tanya ni Macam nak korek rahsia orang je aku ni. Haish!!
Err..maksud saya, kalau untuk kekasih, tiga kuntum. Kalau untuk tunang rasanya lima kuntum dan untuk isteriemm..tujuh kuntum kut.. Felisha garu kepala. Erk! Betul ke Redah jelah Felisha oi! Janji bunga kau terjual!
Oh! Macam tu ke Emmsaya rasa buat masa sekarang ni..saya nak tiga kuntum. Tapi..kenapa nak kena ada bilangan macam tu Ada maksud apa-apa ke
Emm..kalau tiga kuntum tu, selalunya orang kata maknanya saya suka awak. Lima kuntum pulak..mungkin saya suka awak sepenuh hati.Felisha cuba bersikap selamba. Eii..aku kena google ni! Kalau seratus pelanggan aku macam dia ni, boleh biul aku!
Tujuh kuntum Lelaki itu tenung Felisha.
Felisha diam seketika. Haishapa aku nak jawab ni. Mamat ni dah la duk tenung aku macam tu. Kalau aku pernah terima bunga tak apalah jugak. Ni..aku yang beri bunga. Adoipening macam ni.
Im waiting Lelaki tu senyum sambil berpeluk tubuh.
Err..aaarasanya makna tujuh kuntum bunga tusaya suka awak sepenuh hati yang suci. Felisha tunduk. Erk..betul ke
Ohmacam tu. Anyways, saya nak tiga kuntum je. Ujar lelaki tadi.
Felisha jeling lelaki di depannya. Penat je aku jawab. Mamat ni nak beli tiga kuntum je Dia segera menyuruh Ainul membungkus tiga kuntum bunga dahlia untuk lelaki tadi. Dia menapak semula ke bilik pejabat kecilnya. Dari cermin tingkap bilik pejabatnya, jelas dia melihat ustaz tu asyik tersenyum dari tadi. Apa kena dengan pelanggan aku sorang ni Tersengih-sengih macam tu Dah tu, asyik tengok aku dari tadi. Ada yang tak kena kat aku ke Felisha pandang pada tubuhnya sendiri. Seluar jeans yang dipakai tak ada yang koyak. Tudung shawl yang terlilit di kepala, tak ada pulak yang terselak ke apa ke. Blaus biru pulak okey je..tak seksi pun.
FELISHA melangut di sofa ruang tamu rumah mama. Sejak bekerja sendiri ni, dia lebih suka tinggal berasingan. Nak berdikari sendiri. Memang papa ada mengajaknya bekerja di syarikatnya tapi sengaja dia tolak. Minatnya pada bunga lebih dari itu. Sampai sanggup buka kedai bunga dan tanam sendiri bunga dahlia di belakang rumah yang luas.
Dah lama Sha sampai
Felisha menoleh. Mama dah tersenyum di sebelah.
Baru je mama. Err..ada apa mama suruh Sha balik ni Cepat je Felisha tanya pasal perbualannya dengan mama pagi tadi. Mana tahu, kena suruh nikah ke apa kedah la aku tak ada calon lagi ni.
Kalau tak ada benda penting, Sha tak nak balik la Puan Bainun dah buat muka merajuk.
Alah..mama ni. Sha tanya je. Cantik pulak tengok mama merajuk macam ni. Felisha kenyit mata.
Pukul dua nanti ada tamu datang rumah kita. Sha pergi salin pakaian lain. Ni pakai seluar jeans macam ni, tak sopan.Puan Bainun pandang Felisha atas bawah.
Felisha turut pandang pada seluar jeans biru dan blaus lengan panjang yang tersarung di tubuhnya. Apa yang tak sopannya Bukan pakai seksi terdedah paha ke, ketiak ke! Felisha jeling mama. Mama merenung tajam. Faham sangat dengan riak macam tu. Dia melangkah malas ke tingkat atas.
PUAN BAINUN melemparkan senyuman manis menyambut tetamu yang dinanti dari tadi. Juadah tengah hari sudah siap terhidang di atas meja.
Semua tetamu diajak ke ruang dapur menjamu selera. Teruja bila berjumpa semula dengan kawan lama satu universiti dulu.
Silakan. Puan Bainun senyum pada tetamu. Dia jenguk ke tingkat atas. Mana Felisha ni Takkan tukar pakaian pun sampai satu jam lebih
Mana Sha Puan Akma pula bertanya.
Ada..sekejap lagi dia join. Err..ni ke anak bujang yang belajar kat Jordan tu Puan Bainun pandang lelaki muda yang segak dengan kemeja T warna coklat gelap. Terserlah kulit putihnya.
Puan Akma angguk. Dia jeling suaminya, Encik Munawir sambil tersenyum.
Dah lama habis belajar Encik Zainuddin, suami Puan Bainun pula mencelah.
Dah enam bulan pakcik. Tajdid bersalam dengan Encik Zainuddin.
Tajdid ni dah jadi pensyarah di UIA. Alhamdulillah, lepas belajar dia ditawarkan sebagai pensyarah di situ. Encik Munawir turut menyampuk.
Eh, borak je ni. Makanlah, dah sejuk lauk tu. Sila! Puan Bainun mula menyua lauk pauk kepada tetamu.
FELISHA melangkah malas ke ruang dapur. Baju kurung yang dipakai tidak bergosok. Malas! Dah la tu, tudung pun tak berganti. Warna biru baju kurung dengan tudung jingga corak polka dot tu nampak sangat tak sepadan. Lantaklah! Kat rumah je pun, bukan ada sesiapa pun! Sempat dia jeling bunga dahlia di atas meja sofa di ruang tamu. Bunga siapa pulak ni Aku tak bawa apa-apa pun tadi
Mama, mana tetamu tu Felisha jenguk ke dapur.
Tajdid mendongak. Tepat memandang gadis manis di muka pintu masuk dapur.
Felisha tergamam. Dia menelan liur. Semua mata menala kepadanya. Kakinya dah rasa kena hempap dengan batu. Betul ke apa yang aku nampak ni Perlahan dia menapak ke arah meja makan. Dia melabuhkan punggung di sebelah mama. Tak berani angkat muka. Hishmamat ni duk tenung aku sampai ternganga tu apa hal
Ni ke Sha Puan Akma senyum sebaik melihat Felisha duduk di sebelah Puan Bainun.
Puan Bainun senyum. Dia jeling Felisha yang tunduk malu.
Cantik orangnya. Sesuailah dengan Taj ni. Puan Akma jeling anak bujangnya.
Felisha mendongak. Dia pandang lelaki muda yang dah berubah gaya penampilan. Lama wajah anak muda tu diperhatikan. Memang betullah! Dari jubah putih berketayap dah bertukar kepada gaya kasual. Memang berubah tiga ratus enam puluh darjah!
Ehem! Puan Bainun berdehem kuat.
Felisha tunduk semula. Eiii! Apa hal aku pulak yang tenung dia
Dah..makan nasi tu. Esok-esok boleh tenung lagi. Encik Zainuddin pula menyakat Felisha.
Tajdid senyum melirik melihat gadis penjual bunga. Tak sangka dia akan bertemu lagi dengan gadis manis tu. Nasiblah kau Felishaaku beli bunga dahlia dari kau..rupanya untuk kau jugak..
DI RUANG TAMU, Felisha duduk di sebelah mama di sofa. Selesai menjamu selera tadi mereka semua berkumpul semula di ruang tamu.
Matanya melirik ke arah bunga dahlia di atas meja sofa. Berkerut dia melihat bungkusan bunga tu. Eh..macam bunga yang aku jual. Jadi..dia beli bunga tu untuk aku ke Aduih
Kami datang ni ada hajat. Taj dah lama habis belajar. Jadi kami ingat nak carikan jodoh untuk dia. Kalau bunga dalam taman sini belum disunting, kami nak petik! Puan Akma berbahasa.
Puan Bainun jeling suaminya dan Felisha. Setakat hari ni, belum ada yang petik tapi kenalah tanya tuan punya badan dulu, ya tak
Encik Zainuddin angguk, mengiakan kata isterinya.
Felisha diam membisu. Eii..baru kenal sekali dah nak memetik bagai! Aku dah bosan petik bunga-bunga ni! Felisha mengomel sendirian.
Sha..macam mana Puan Bainun pandang Felisha yang tunduk membisu dari tadi.
Hah Apa mama tanya Felisha mendongak. Matanya menala pula ke arah tetamu. Tajdid tersenyum.
Berangan pulak dia ni..Sha macam mana Ulang Puan Bainun lagi.
Macam mana apa Felisha masih terpinga-pinga.
Sha suka tak Tajdid ni Suara Puan Bainun ditinggikan sedikit. Anak aku ni kalau dah mengelamun, tak ingat keadaan sekeliling!
Felisha mendongak lagi. Ada ke tanya terang-terang macam ni Aku dah la gagap kalau tanya berdepan macam ni. Kalau jawab ya, memang tak aar! Matanya beralih pada lelaki muda bernama Tajdid. Masih tersenyum memandang ke arahnya. Eiitak malu ke tenung aku macam tu.
Err..mama..bagilah Sha masa. Lagipun Sha tak kenal sangat. Pernikahan ni bukan untuk sehari dua.. Felisha cuba mengukir senyum. Amboih!
Pandai pulak aku susun ayat!
Hmm..tak apa la. Eloklah tu. Kenal-kenal dulu. Tapi jangan lama-lama. Encik Zainuddin pandang Felisha yang dah tunduk semula.
Encik Munawir, suami Puan Akma turut senyum.
Bunga tu untuk siapa Puan Bainun baru perasan ada tiga kuntum bunga di atas meja sofa.
Tajdid berpaling. Serba salah nak beri pada Felisha. Dah la aku beli dari dia. Macam mana nak jawab ni. Tajdid dah berkerut kening.
Err..bunga ni saya beli untuk makcik.. Tajdid sengih. Ah..bantai je la. Takkan aku nak beri pada Felisha pulak. Dah sah sah itu bunga dia!
Ya ke Bukan untuk Sha ke Puan Bainun capai bunga dahlia dan dicium seketika.
Err..untuk dia saya belikan bunga ros nanti.. Tajdid jeling Felisha yang dah kemerahan mukanya.
Felisha dongak. Mata mereka bertembung. Dia tunduk semula. Eii..selamba je mamat ni tenung aku depan mak bapak dia.
Petang tu keluarga Felisha dan tetamu rancak berbual. Puan Bainun dan Puan Akma pula banyak berceloteh kisah lama semasa di universiti dulu. Felisha dah mati kutu di situ. Tajdid lebih banyak diam dari bersuara. Keluarga Tajdid mula minta diri. Felisha terus melangkah ke biliknya semula.