BERPELUH Jai berlari ke dewan kuliah. Temu duga pukul sepuluh. Sampai je, dia terus ke kaunter pendaftaran. Kena isi borang dulu. Sesekali dia jeling ke arah pintu masuk dewan. Beratur panjang!
Huih! Panjangnya mak ai! Ada can ke aku ni Jai cepat-cepat isi. Borang dipulangkan semula ke kaunter. Dia disuruh beratur di muka pintu tadi.
Seorang demi seorang masuk. Ada yang lama. Ada yang tak sampai lima minit. Jai dah berpeluh sambil betulkan tali leher merah yang dipinjam dari Acik. Rasa dah nak tercekik.
Encik Ikhwan Haris bin Muzafar!
Jai mendongak. Alamak..turn aku. Dia menapak perlahan masuk ke dewan. Ada tiga orang yang duduk di kerusi. Mungkin tu penemuduga.
Jai senyum. Ambil hati. Fail di tangan diserahkan kepada penemuduga. Jantung dah berdebar-debar. Apalah dia orang ni nak tanya. Ni first time aku attend interview.
Hmm..sila kenalkan diri anda. Salah seorang penemuduga mula bertanya.
Jai betulkan tali leher yang dah rasa senget. Macam ada yang tak kena. Menggelabah. Berpeluh.
Jai mula perkenalkan diri secara ringkas. Soalan ditanya lagi. Dia jawab lagi. Hampir setengah jam. Macam-macam soalan.
Kelentong jelah. Kalau diterima, okey..kalau ditolak, cari lagi kerja lain.
FUH! Lega. Jai cepat-cepat buka tali leher. Dia segera menapak ke tempat parkir motosikal. Helmet dipakai. Motosikal dipecut laju ke medan selera di kompleks Perdana Siswa. Dari pagi perutnya tak diisi. Dah kembung!
Jai melangkah laju ke medan selera. Rimas bila berpakaian kemeja lengan panjang. Macam manalah orang kerja kat pejabat. Lapan jam kena pakai kemas macam mat skema!
Hoi! Mata tu letak mana
Jai toleh sebelah. Minah ni lagi
Apa awak cakap
Awak langgar saya tadi. Sengaja kan Nak ambil kesempatan.
Jai bengang. Ambik kesempatan apa ke bendanya Perempuan tu dah gosok-gosok bahu. Entahlah..mungkin juga aku langgar dia tadi. Asyik berfikir je dari tadi.
Kalau saya langgar awak, saya minta maaf. Jai mengaku. Malas layan, nanti banyak cerita.
Nasib baik tahu minta maaf. Dia menggumam.
Jai pandang atas bawah. Pakai tudung dah cantik dah tapi suara mengalahkan halilintar! Bingit telinga. Perempuan zaman sekarang memang tak tahu sopan langsung!
Dia masuk ke medan selera. Daripada layan minah tu baik aku isi perut. Ada jugak gunanya. Perut pun kenyang.
JAI melangkah malas ke bilik. Koci dan Acik belum balik dari kerja. Sempat jenguk jam. 4.30 petang. Patutlah...masih awal.
Hmmbaik aku mandi dulu.
Siap mandi, Jai segera menunaikan solat asar. Quran dibelek di halaman yang bertanda. Membaca setiap ayat sampai habis empat muka surat.
Quran diletak atas rak semula. Jai sandar kepala di tepi katil. Masih memikirkan keputusan yang bakal diterima nanti. Dapat ke tak dapat. Rasanya tadi aku jawab okey je. Hmmnasiblah. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha.
Dalam hidup, kalau tak ada usaha, apa kerja sekali pun takkan menjadi. Tanyalah siapa pun. Mudah je prinsip hidup ni. Buat sedaya mungkin kalau nak berubah. Cuba setekun mungkin kalau nak sempurna. Paksa diri untuk berubah walaupun terpaksa.
Kerana bila terpaksa itulah yang menjadikan diri berjaya!
Esok..aku akan tahu jawapan. Kalau berjaya, aku terima. Tak apalah walaupun kontrak je. Janji aku ada kerja sementara menunggu kerja tetap. Kalau dah terdesak sangatkerja je dengan ayah aku.
Jai pandang kalendar di atas meja. Memang dah tiga bulan aku petik anggur. Salah aku jugak, nak berdikari. Masa daftar jurusan di universiti dulu pun, ayah menentang habis-habisan. Tak sesuai katanya. Jurusan tu sesuai untuk perempuan je. Ah! Apa-apa jelah. Janji aku minat. Tak guna belajar kalau tak minat. Buat penat perah otak je.
Ingatkan senang nak cari kerja lepas habis belajar. Baru sekarang tahu. Kena berhempas pulas berusaha. Dulu, dah terbayang, habis je belajar, terus jadi pegawai penyelidik di jabatan kerajaan atau setidak-tidaknya dapat kerja swasta.
Kalau aku dapat kerja tu..habis enam bulan..aku kena cari kerja lagi. Acik pun lagi satu, mimpi apa suruh aku tackle adik dia sendiri. Hmmyang mana satu adik dia ni.
Ah! Aku harap dia lupa hal ni. Aku pun banyak benda nak kena fikir.
SEBELUM subuh, Jai dah bersedia di tikar sejadah. Lima minit lagi nak masuk waktu. Dia pandang muka pintu.
Kalau aku kira sampai sepuluh dia orang tak masuk lagi, aku simbah dengan air satu baldi. Satu..dua..tiga..empat..lima Jai senyum.
Acik dan Koci dah mula nampak batang hidung. Koci betulkan kain pelekat yang hampir terlondeh. Dari sekolah lagi, Koci memang kalut. Liat nak bangun subuh. Acik dah kemas, siap dengan songkok dari Madinah yang ayah dia beli masa pergi umrah dulu.
Dah siap
Mereka angguk serentak.
Siapa nak jadi imamSengaja Jai tanya.
Err..kaulah..kau kan pandai baca surah-surah ni Koci sengih.
Kau Jai pandang Acik
Err..aku ke Acik garu kepala.
Tak apa..kali ni aku jadi imam. Minggu depan giliran kau pulak.Jai senyum penuh makna.
Acik mula iqamat. Subuh tu mereka menunaikan suruhan wajib. Jai jadi imam. Memang sengaja dia buat peraturan macam tu.
Waktu lain memang susah nak berjemaah. Koci dan Acik kerja sampai ke maghrib. Isyak pulak, kadang-kadang je sempat berjemaah. Masing-masing ada hal. Koci yang selalu tak ada. Malam je merayap. Katanya nak lepas serabut otak pasal kerja. Dah ambik bidang kejuruteraan, bidang yang ayah aku suruh dulu. Aku je yang degil, melawan.
Usai solat, masing-masing mula bertaburan atas muka bumi ni. Cari rezeki. Koci dah blah dengan kereta Honda City yang baru dibeli. Acik yang dari zaman studi dulu pakai
BMW pula akan singgah di rumah mak ayah dia dulu untuk sarapan. Jai pulak, macam biasa melangut la pagi-pagi ni.
Hmm..aku buatlah apa yang patut.
Pagi tu Jai mula mengemas rumah. Dah macam tongkang pecah. Ke laut semua!
Siapa pulak call aku ni
Hello Ya saya..oh ya..alhamdulillah..
Jai raup muka. Akhirnya..aku akan kerja juga. Aku dah diterima bekerja sebagai Pegawai Penyelidik dalam projek tu.