Abstrak Cinta Aku & Dia - 2
BAB 2

TERIMA KASIHsiapa nama pakcik tadi

Razak.

Yaterima kasih Pakcik Razak kerana sudi menyumbangkan suara anda. Anda yang lain pula bagaimana Ada bakat terpendam Sila datang ke khemah ini untuk

Zack sengih sendiri. Bunyi macam jemputan ke ujibakat Akademi Fantasia pula. Itulah suara abang Ayub, pengacara majlis yang sedang berceloteh riang, menambahkan lagi kemeriahan suasana kenduri. Sekali-sekala, diselang-selikan dengan suara nyanyian karaoke dari tetamu yang dijemput hadir. Menyanyi karaoke secara percuma, memang ramailah yang sedia tunjuk bakat untuk menyumbangkan suara. Yang suaranya sumbang pun.ramai juga. Entah idea siapa yang bernas sangat, menyewa set karaoke sebagai hiburan tambahan.

Pandangan Zack beralih pula ke khemah utama. Saja-saja memerhatikan para tetamu dan juga ahli keluarga yang ada. Pasangan pengantin sudah selesai makan beradab dan kini sedang bersalaman dengan para tetamu serta rakan taulan. Riak bahagia pengantin baru terpancar di wajah Shima dan suaminya, Nazri. Melihat kebahagian pasangan pengantin, dia juga turut mendoakan agar kebahagian mereka kekal selamanya.

Zack mencuri masa seketika untuk berehat. Dia bertugas di bahagian F&B memastikan hidangan jamuan, lauk-pauk dan minuman untuk tetamu cukup semuanya. Penat, sudah pasti tetapi mengeluh, tidak sekali. Bukan selalu dia dapat berkumpul dengan keluarga dan saudara-mara seperti ini. Hanya di waktu majlis kenduri-kendara begini ataupun pada hari raya, barulah masing-masing dapat bersua muka.

Secawan air sirap Selasih dicapai Zack buat penghilang dahaga. Perutnya agak lapar juga. Dek kerana kesibukan, dia belum dapat menjamah makanan. Hanya beberapa keping kuih sempat ditelan buat mengalas perut. Tetamu yang datang agak ramai. Macam majlis kahwin orang terkenal pula.

Pakcik Razak sudah mula berkaraoke buat kali ketiga. Nampaknya, Pakcik Razak betul-betul serius untuk masuk ke rancangan Kilauan Emas musim terbaru.

Zack terlihat Sham yang sedang duduk termenung sendirian di bawah khemah, di bahagian belakang. Sejak Shima dinikahkan pada Jumaat semalam, Sham menjadi agak pendiam. Teka Zack, Sham mungkin terkesan sedikit dengan pernikahan itu. Sham dan Shima memang rapat sementelah mereka adalah kembar seiras. Kalau Sham itu dipakaikan tudung, pasti ramai yang terkeliru, mana satu Sham dan yang mana pula Shima. Memang di kalangan ahli keluarga Tok Ahmad, ramai yang kembar. Zack sendiri mempunyai adik kembar, hasil perkahwinan Puan Mariah dan Encik Alwi.

Sham Tegur Zack setelah dia menghampiri sepupunya itu.

Sham sekadar mengangkat kening dan tersenyum. Zack duduk di sebelah Sham sambil minum sirap lagi.

Kahwin jugak si Shima Ujar Sham. Zack tidak membalas, hanya menepuk bahu Sham perlahan.

Ketika membesar, Zack lebih banyak menghabiskan masa di rumah Pak Lang Karim, lebih-lebih lagi setelah akil baligh. Sebab utamanya, Sham dan Zack sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. Jadi, mereka rapat. Sebab lainnya pula, Zack tak betah tinggal serumah dengan Amy. Jadi, rumah Pak Langnya menjadi rumah kedua. Puan Mariah juga tidak pernah menghalang Zack menghabiskan masa bersama Sham.

Zack. Kau rasa, turn kaubila Soal Sham, tiba-tiba.

Turn aku Zack menyoal kembali.

Kau nak membujang sampai bila

Zack sengih. Susah juga hendak dijawab apabila soal jodoh dibangkitkan. Kahwin dan berkeluarga, siapa yang tidak mahu. Bila Dia pun tidak tahu.

Masih mencari calon yang sesuai. Itupun kalau ada. Lagipun, semenjak putus cinta dengan Liana, Zack seperti kurang yakin untuk mencari pengganti.

Kaubila Tanya Zack pula.

Sham mengangkat bahu.

Kisah Sham juga hampir sama dengan Zack kasih putus di tengah jalan. Lebih hebat lagi, Sham sudah pun bertunang ketika itu.

Atas sebab-sebab tertentu, tunang Sham mahu memutuskan ikatan. Katanya, sudah tiada persefahaman. Hingga kini, Sham masih bersendirian.

Ahrileklah. Ada rezeki nanti, jumpalah jodoh Kata Sham, menyedapkan hati. Tak tahulah hati siapa. Hati Zack atau hatinya sendiri.

Yang sebenarnya, mereka tidaklah terlalu memikirkan sangat soal jodoh. Tetapi bila ada kenduri-kendara majlis perkahwinan sebegini, pasti ada mulut-mulut yang bertanya soalan seperti Hah, kau ni, bila lagi nak kahwinmembuatkan mereka turut terfikirkan perkara yang sama.

Tidak lama kemudian, mereka disertai oleh Zali, Shafiq, dan Khairul. Semuanya berpangkat sepupu belaka. Dan sama seperti Zack dan Sham, mereka masih lagi sendiri. Jangankan bakal isteriteman wanita pun tak ada. Tak laku agaknya. Mereka berborak rancak.

Biasalah, bila sudah berkumpul begini, macam-macam kisah yang keluar. Kisah kenangan waktu sekolah, masalah negara, politik, pasal bola dan apa jua yang terlintas di fikiran.

Sambil berbual, tumpuan mata mereka juga difokuskan kepada tetamu yang datang. Lebih tepat lagi, kepada gadis-gadis ayu yang menjadi tetamu. Mana tahu, jumpa jodoh di situ

Takkan nak fokus pada budak bawah umur, mamat, pakcik, makcik, abang dan kakak pula. Nak buat apa, iya tak Ada yang cantik berbaju kurung, ada yang mantap dengan kebaya. Ada yang ayu berambut ikal mayang, ada yang comel berambut pendek. Ada yang bertudung Hana Tajima, ada yang berturban Yuna. Macam-macam gaya.

Amy tu, lawa gak ek Tiba-tiba Khairul membuat pernyataan menyebabkan Zack tersedak air sirap.

Lawa ke Soal Zack pula.

Amy okey apa Kau tu, dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berbaik dengan dia. Sudah-sudahlah Zack. Dah besar panjang pun, takkan nak bergaduh macam budak-budak lagi. Balas Khairul.

Zali dan Shafiq turut mengiyakan sambil tersengih. yang Sengaja sebenarnya mahu mengapikan Zack. Memang mereka semua sedia maklum akan hubungan Zack dengan Amy tidak pernah baik. Nasihat sudah berkati-kati diberikan tapi sama ada Zack atau Amy, tidak mahu menerima teguran. Bagai ada dendam antara mereka yang takkan berkesudahan. Apabila Zali dan Shafiq turut sama memenangkan Amy, Zack mula merasa bengang. Kalaupun Amy tu sebenarnya mudah mesra, baik, lawa, gila-gila atau apa sajabiarlah! Dia peduli apa dengan Amy

Sudahlah. Kalau korang nak tackle si Amy tu, dipersilakan. Zack menjawab bengang.

Kau jangan benci-benci sangat Zack. Karang berjodohan, baru kau tau Zali masih giat menyakat.

Ishtak nak aku. Balas Zack.

Kenapa

Terasa macamsumbang mahram

Kata-kata Zack disambut dengan gelak-ketawa beramai-ramai. Zack turut ketawa juga dengan kata-katanya sendiri. Tapi betullah itu. Walaupun tidak pernah baik, Amy sudah dianggap seperti kakak. Agak pelik kalau status itu bertukar.

Dalam pada itu, mata Zack terarah juga pada Amy yang sedang berbual dengan sepupu mereka yang lain. Tidak banyak sedikit, Zack membenarkan juga kata-kata Khairul. Amydia okey saja sebenarnya

WeiituFarizah kan Sham menepuk-nepuk bahu Zack beberapa kali sambil menuding ke arah seseorang.

Mana Soal Zack. Panjang lehernya mencari.

Yang sebelah Amy tu

Zack memandang gadis di sebelah Amy. Macam mana dia tak perasan tadi Benar, itu memang Farizah. Masa dia bersekolah dulu, gadis itu pernah menjadi pujaan hati. Secret admirer kononnya

Makin lawa sekarang Ucap Zack, perlahan saja. Tidak ditujukan kepada sesiapa melainkan dirinya sendiri. Tapi, sepupu-sepupunya tetap terdengar. Mereka mula menggiat Zack.

Apa lagi Zack Pergilah tegurmanalah tahu, kut ada jodoh. Sham bersuara. Bahu Zack ditolak.

Gila kau. Entah-entah dah berpunya Zack membalas walaupun matanya tak lepas dari memandang Farizah.

Kau tak tanya, mana kau tahu dah ada yang punya ke belum Giat Sham lagi. Sejarah Zack, memang dia tahu. Dulu, Zack memang sukakan Farizah dalam diam. Tapi Zack tak pernah pun mahu meluahkan perasaan. Pemalu, satu hal. Yang keduanya, Zack boleh tahan kayu waktu dulu. Kononnya, tak mainlah awek-awek ni tapi dalam hati ada taman. Yang ketiganya, Puan Mariah sudah beri amaran keras tak boleh bercinta semasa belajar.

Zack, pergilah tegur. Suruh Zali pula, memberi semangat. Tapi Zack masih tak berganjak. Tak semena-mena, dia bertukar jadi penyegan yang amat.

Kalau kau tak nak, aku pergi. Dapat kat aku, kau jangan nak tuduh aku tikam belakang Kata Sham, sengaja mengapi.

Weijanganlah makan kawan Balas Zack walaupun dia tahu, Sham tak akan berbuat begitu.

Pergilah Zack. Sham berkata lalu menolak bahu Zack lagi.

Iyalahiyalah. Aku pergilah ni Setelah diberikan sokongan moral yang padu, akhirnya Zack memberanikan diri. Langkahnya diatur perlahan ke arah Farizah.

Hai...Assalamualaikum. Ucap Zack, menebalkan muka menegur Farizah. Orang-orang di sekelilingnya tidak diendahkan. Amy, apatah lagi walaupun Zack perasan, Amy merenungnya dengan kening berkerut.

Waalaikummussalam. Jawab Farizah, sambil tersenyum manis.

Hampir gugur jantung Zack kala itu.

Awak kenal kita lagi tak, Farizah Zack tak tahu bagaimana ayat seskema itu boleh keluar dari mulutnya. Tetapi skema atau tidak, bukan masalah besar sekarang. Zack berazam, dia mahu mendapatkan sekurang-kurangnya, nombor telefon Farizah.

Mestilah saya kenal awak lagi, awak Zakry

Hati Zack tiba-tiba mengembang.

KENDURI sudah pun selesai. Waktu pun sudah melepasi Maghrib. Zack menunaikan janjinya kepada Shima untuk mengambil-alih tugas si pengantin baru membasuh periuk-belanga. Zack pun tak tahu, apa relevannya pengantin baru disuruh membasuh periuk selepas tamat majlis Kalau iya pun nak buli pengantin, bukankah banyak lagi kerja yang boleh ditugaskan Sapu sampah ke.. kemas rumah ke ataupun mungkin juga boleh disuruh mengelap lantai. Kenapa perlu spesifik kepada sesi pembasuhan periuk-belanga Zack bukanlah mahu merungut, sekadar terfikirkan kenapa.

Ditemani oleh Sham dan Shafiq, mereka melakukan kerja-kerja membasuh dengan cekap Setakat basuh periuk-belanga, kerja enteng saja. Aini, Emma dan Shida juga ada bersama menolong tolong tengok!

Aini sayangtolong ambilkan abang air sirap Pinta Sham sambil tersengih. Dia memang suka mengusik Aini dari dulu. Lucu apabila melihat Aini terkulat-kulat dengan muka merah.

Ainiabang pun nak jugak Shafiq turut sama mengusik Aini.

Ah...ambil sendiri. Mengada-ngada betul korang ni Balas Aini, garang.

Alajanganlah garang sangat sayang. Takut abang Kata-kata Sham disambut dengan gelak ketawa.

Eiitolonglah Sham. Cair telinga aku ni, tau tak Aini tergeleng geram.

Sham semakin giat mengusik Aini. Gegak-gempita jadinya kawasan itu. Usik-mengusik memang selalu terjadi di kalangan mereka, sekadar memeriahkan suasana. Selalunya, Aini yang menjadi mangsa usikan.

WahZack. Bukan main lagi kau tadi kan Kata Shida, tiba-tiba mencelah.

Apa dia Zack pura-pura tak faham.

Tadilah. Bukan main gedik lagi kau dengan Farizah...

Ala...Shida. Mintak nombor telefon aje pun. Bukan aku ajak dia kahwin Balas Zack. Baru berbual panjang begitu, sudah dituduh gedik.

Kalau korang nak tau, masa sekolah duluZack memang ada hati dengan Farizah.

Dengan selamba, Sham pecah rahsia membuatkan Zack terbatuk tiba-tiba.

Laaiya ke Zack Soal Shida.

Kau percayalah cakap si Sham tu Zack menafikan tapi itu cuma mengundang senyum sinis dari Sham.

AlaZack. Malu-malu pulak. Kalau betul pun kau ada hati, apa salahnya. Tahun depan, boleh makan nasi minyak lagi Tersengih Shida.

Tak ada pun. Mana ada Zack masih menafikan lagi.

Tak silap aku kan Zack, Amy tu serumah dengan Farizah kat Cheras. Bolehlah kau suruh Amy jadi orang tengahkalau kau betul-betul berkenan...

"Eh" Zack mengangkat muka memandang Shida. Amy serumah dengan Farizah Macam mana dia boleh tak tahu Mana nak tahu Bercakap dengan Amy pun setahun sekali...

Amboimeriah sakan korang Tegur Makcu Suhana. Dia datang bersama Amy, membawa dulang berisi dua jag air sirap limau dan beberapa biji cawan. Amy pula membawa dua piring besar berisi kuih-muih.

Zack ni Makcumalu-malu pulak nak ngaku Shida menjawab.

Mengaku apa Soal Makcu Suhana.

Aladia berkenan kat kawan kita orangFarizah. Tapi tak nak mengaku Terang Shida, sengaja mengenakan Zack.

Adoilah Shida. Aku sumbat mulut kau dengan span nibaru tau. Zack hanya mampu menahan rasa. Periuk yang sudah bersih berkilat, dia lumurkan kembali dengan sabun. Pura-pura sibuk membasuh. Topik perbualan terus menjurus kepada Farizah - Zack - jangan malu - nanti tak kahwin sampai ke sudah - forever alone - Zack - Farizah Amy boleh tolong Farizah.Telinga Zack mula berbulu.

Sudah-sudahlah tu, cerita pasal aku. Kata Zack, mengharapkan topik mengenai dia dan Farizah digugurkan terus dari perbincangan.

Lagipun, dia tidak mahu berbual mengenai Farizah di saat Amy ada di kalangan mereka. Dia perasan, sejak dia berbual dengan Farizah, Amy kerap merenungnya dengan tajam. Seolah-olah, berbual dengan Farizah merupakan satu kesalahan besar. Apa yang Amy tak puas hati sangat

Lantak kau le, kak. Zack tidak mengendahkan renungan Amy. Tapi...mungkin juga, dia boleh berbaik dengan Amy sebab gadis itu satu rumah dengan Farizah. Dia mula berkira-kira.