JALAN KIRI MENUJU SYURGA - 2
Im not afraid to take a stand

Everybody come take my hand

Well walk this road together, through the storm

Whatever weather, cold or warm

Just letting you know that youre not alone

Siti Sarah membuka mata. Agak lenguh juga mendengar kuliah Dr. Chandra. Sesekali dia menguap. Sesekali dia terlelap. Malam tadi, Siti Sarah tidur agak lewat. Mata lambat nak rapat. Rasa rindu pada seseorang. Yang begitu lama menghilang. Dia masih dalam kebingungan sebenarnya.

Siti

Dia mahu jadi lebih, sebab itu pilih jalan ini.

Filem Candy lakonan Heath Ledger benar benar menggamit perasaan. Membuai. Filem itu diulang berkali kali dalam seminggu ini. Dia benar benar berazam tak mahu sia siakan hidup ini. Demi janji yang pernah terlafaz pada seseorang yang menghilang itu. Dia mahu menjadi lebih kuat.

Siti, Dr. Chandra di hadapannya. Menggoyang goyangkan tangannya. Lelaki berketurunan India ini, seperti Leon, tidak mahu yang datang sekadar datang, yang dengar sekadar dengar. Mereka sedang menyusun organisasi revolusioner. Maka anggota anggotanya, kader kadernya mesti siap siaga, seperti singa, yang bila bila masa menunggu untuk menerkam mangsa, untuk menyerang atau dari diserang pemangsa. Mereka sedang menyusun army. Army, vanguard atau revolusioner, tidak sama dengan massa.

Tabiat mereka mesti dibezakan. Mereka mesti membezakan antara diri mereka, dengan habitat habitat yang lain. Kalau orang lain study satu jam. Mereka mesti sekurang kurangnya study dua jam. Kalau orang lain study dua jam, mereka mesti tiga jam. Jika yang lain study 15 jam, mereka mesti 16 jam. Pendek kata, mereka mesti melebihi orang lain dalam usaha mereka.

Dr. Chandra tidak mahu Siti Sarah hanya datang menyertai mereka kerana marahkan suaminya. Ini tidak akan membantu perjuangan mereka. Sesekali Dr. Chandra menjeling tajam Leon yang membawa Siti Sarah ke dalam perbincangan yang serius ini. Semalam dia sudah bertekak dengan Leon tentang perkara ini.

Betul ke keputusan kamu ni Leon, nak bawa dia join kumpulan kita

Ya, ada apa-apa masalah ke

Takde. Tapi saya harap kamu sudah fikir masakmasak, pro-kontranya.

Itu saya tahulah Chandra. Kamu tak perlu risau. Leon memetik jari. Membangunkan Siti Sarah.

Siti Sarah tersedar. Yang lain lain tersenyum sahaja. Kuliah Dr. Chandra memang sedikit membosankan. Ramai kawan kawan yang bercakap begitu. Ahli akademik. Seakan sukar melihat academician boleh bercakap dengan bahasa bahasa yang pesona. Jika mereka turun ke bawah pun, mereka seakan itik. Dan audien mereka pula serupa ayam. Itik dan ayam berkomunikasi, manakan faham Mereka tidak berdaya mengubah percakapan mereka ke dalam perkataan yang mudah mudah. Kerana itu ide orang orang universiti tersangkut di pagar universiti. Ide ide mereka tidak mampu melepasi pagar dan tembok universiti. Semacam penjara. Leon berkali mengkritik Dr. Chandra sama ada di belakang atau di hadapan. Dengan level Dr. yang dimilikinya, dia seperti punya jarak atau jurang dengan kita, kata Leon. Semacam kasta dalam masyarakat India juga. Sanggupkah Dr. Chandra menanggalkan Dr. yang dimilikinya Dan Dr. Chandra juga bukan seorang yang proletariat. Dr. Chandra bukan sebahagian dari kita juga sebenarnya. Dia intelligentsia. Dia tidak berbahaya pada kita buat masa sekarang. Pada masa hadapan, kita belum tahu. Leon bertegas. Malangnya Siti Sarah tidak faham sangat apakah yang diperkatakan ketika itu. Proletariat Intelligentsia

Kamu tidur pukul berapa tadi, Siti, tanya Leon lembut. Mereka meneguk teh tarik yang baru sampai. Sudah bergelas teh di hadapan mereka semenjak jam lapan pagi tadi.

Pukul enam, Leon., Siti Sarah menjawab. Mulutnya yang hendak menguap dikatup rapat. Kepalanya terasa berat. Kepalanya terasa sarat. Terlalu banyak benda yang dia kena ingat. Tetapi dia kena kuat. Kalau tidak dia akan dilipat. Ini perjuangan kaum perempuan hari ini, fikirnya.

Kalau bukan aku, siapa lagi Sampai bila hanya lelaki sahaja yang akan berbicara segala galanya Sudahlah. Cukup - cukuplah. Mungkin dengan memahami pertentangan-pertentangan yang berlaku, dia akan lebih mudah nak memahamkan kepada kaum perempuan akan hak hak mereka yang telah dirompak oleh banyak lelaki yang tamak ini. Lebih mudah untuk menghasut seluruh wanita untuk memberontak terhadap nasib mereka yang dipijak oleh kaum lelaki. Kaum perempuan hanya dibiarkan mengangkang, untuk kaum lelaki mengongkong. Sampai bila kaum perempuan mahu diperbudak dan dipijak oleh kaum lelaki

Siti

Siti Sarah mengangguk tanda dia jaga. Dia menghirup perlahan teh tariknya.

Silakan, teruskan., kata Siti Sarah lagi.

Satu perkara yang Siti Sarah salute kepada kumpulan ini, mereka konsisten. Dan diskusi mereka halus. Mereka sentiasa mencuba menghalusi, mendalami apa apa sahaja perkara yang mereka perbuat, dan apa apa yang berlaku dalam dunia ketiga. Dan mereka serius, sangat fokus.

Ini yang membezakan diskusi mereka dengan diskusi - diskusi lain yang pernah Siti Sarah ikuti. Kebanyakan perkumpulan aktivis di negara ini, tidak serius, dan tidak fokus. Mereka marahkan rejim, tetapi perbahasan mereka melompat lompat, dan tak kemas. Analisa mereka samalah seperti analisa Islamist fundamentalist, seolah tak pernah dihantar servis. Mereka cuma berfikir seperti kanak kanak yang belum baligh, tidak matang, dan belum pandai berfikir.

Mereka tidak tahukah apa risiko sekiranya mereka tidak tuntas dalam analisa mereka Mereka sedang menghabiskan riwayat mereka sendiri. Orang orang liberal berhempas pulas melobi dan menyusun agenda mereka, sementara yang bertentangan dan berseberangan ideologi dengan mereka, iaitu gerakan aktivis yang sinonim dengan label Kiri atau leftist itu, seperti tidak bersedia untuk mentadbir daulah. Mereka perasan, jika mereka menguasai jalan raya, maka mereka akan menaklukkan massa. Mimpi di siang hari!

Siti, ada apa apa nak tanya, Che Zul bersuara selepas melihat Siti Sarah seperti diam walaupun sorotan matanya mengarah ke perbincangan.

Di sini, Restoran Hakeem ini menjadi saksi, dia belajar tentang marxisme dengan lebih jitu dan tersusun.

Marxisme itu sendiri, apa, tanyanya polos waktu itu. Dia memang benar benar buntu. Benar benar mahu tahu.

Leon membakar rokoknya dulu sebelum menjawab. Asap yang keluar dari mulutnya, dihalau ke tempat lain. Dia merenung retina mata Siti Sarah.

Marxisme adalah sosialisme versi Karl Heinrich Marx, seorang ahli falsafah revolusioner Jerman. Sebelum tu, sosialisme telah ada dengan pelbagai rupa bentuk. Sebelum itu Siti, sosialisme telah wujud, tapi dalam bentuk utopis.

Utopis Utopia maksud kamu

Ya, utopia, tapi bukan mereka yang menggelar diri mereka dan apa yang mereka buat sebagai sosialisme utopis / utopia, sebaliknya Marx yang memberikan panggilan itu kepada mereka.

Boleh kamu jelaskan lagi, Leon, dia menunjukkan rasa ingin tahunya yang membuak buak. Bunyi bingit yang keluar dari motokar dan motosikal di seberang jalan Restoran Hakeem tidak menghalang naluri bertanyanya menjadi kurang atau menghilang.

Baik. Term socialist pertama kali dipakai pada tahun 1827 dalam Cooperative Magazine sebagai gambaran umum doktrin kooperatif milik Robert Owen (1771 1858), dan kemudian socialism pada 1832 dalam La globe, jurnal milik pengikut tokoh sosialis Comte de Saint Simon (1760 1852).

Matahari sedikit demi sedikit meninggi di jalan bukit tempat mereka tinggal.

Balik pada utopis tadi, apakah sebenarnya

Secara sejarahnya, sebelum ketibaan Marx, ramai berpendapat bahawa sosialisme awal bercorak religius kerana ajaran nabi nabi Yahudi, seperti Moses dan Jesus cenderung berpihak kepada yang tertindas, kezuhudan mereka, dan perlawanan mereka terhadap kelas penindas atau ruling class, Pharaoh pada zaman Moses, dan Emperium Rom pada zaman Jesus. Tapi semua ini tidak clear, dan tidak jelas.

Tak clear, dan tak jelas, maksud kamu apa, Leon

Setelah Eropah mengalami renaissance, bagaimana mahu praktik stail Moses dan Jesus di zaman industri ini

Itupun, adakah Moses dan Jesus karakter yang hidup Atau cuma fiksyen orang - orang tertindas masa itu Tanya Leon kembali. Dia menyedut asap rokok dalam dalam, sebelum melepaskan kepulan asap keluar.

Siti Sarah angkat bahu. Dia mana tahu menahu dalam hal ini. Baru nak belajar belajar. Baru nak teroka teroka. Dia melihat buku yang Che Zul pegang, tentang Friedrich Engels. Dia belum kenal siapa Marx, siapa Engels. Dia baru nak kenal kenal.

Robert Owen, yang saya sebut tadi, cuba buat. Dia adalah seorang bisnesman berjaya yang menyumbangkan sekian banyak laba keuntungan perniagaannya untuk peningkatan hidup pekerja - pekerjanya. Dia dianggap sebagai bapak gerakan koperasi. Dalam New Harmony, Indiana dan New Lanark, Scotland..,

..Di New Lanark, Owen mendirikan kilang tekstil dan memperkenalkan waktu kerja yang lebih pendek, membangun sekolah untuk anak - anak, dan renovate rumah - rumah tempat tinggal pekerjanya. Akan tetapi sebahagian besar di antaranya tidak bertahan lama. Salah satu yang dapat bertahan untuk beberapa waktu adalah Oneida Community di New York, yang mampu bertahan sejak 1848 sampai 1881. Apapun, pada abad 19, Sosialisme Utopis ini mula tergeser dengan gerakan gerakan yang lebih radikal dan militan seperti Anarkisme, Sindikalisme dan Marxisme.

Leon mengangkat tangan memanggil mamak. Roti canainya belum sampai dari tadi. Dia menyambung tentang Sosialisme Utopis selepas mamak datang menghantar pesanannya.

Teori sosialisme moden ini dimulai dengan sebuah kritik pada teori upah dalam ekonomi klasik ide David Richardo dan Adam Smith. Sosialis-sosialis yang wujud pada masa itu mengkritik cara produksi kapitalis dan akibat akibatnya atas praktik kaum borjouis. Namun demikian, mereka tidak dapat menjelaskannya, dan tidak dapat mencari penyelesaian atas peristiwa sosial yang muncul dalam masyarakat kapitalis tersebut. Mereka hanya dapat menolaknya begitu sahaja sebagai satu hal yang buruk. Semakin keras sosialis-sosialis ini mencela penghisapan atas kelas buruh, yang tidak dapat dielakkan di bawah kapitalisme, semakin kurang ia mampu menunjukkan secara ilmiah berupa apa penghisapan ini dan bagaimanakah kemunculannya, mereka tidak dapat menjelaskan sifat sebenarnya dari perbudakan upahan di bawah sistem kapitalisme. Ia tidak mampu mengungkapkan hukum hukum perkembangan kapitalisme atau memperlihatkan kekuatan sosial apa yang mampu untuk membentuk suatu masyarakat yang baru. Atas sebab itulah maka sosialisme model tersebut dipanggil utopis.

Owh. Okey., Siti Sarah cuba untuk tidak bertanya lagi. Terlalu banyak juga untuk permulaan ini. Dia belum biasa. Belum ada stamina yang padu untuk sesuatu yang seperti ini. Dia berharap dia tidak silap membuat keputusan untuk study subjek ini.

Tak apa Siti. Pelan-pelan, nanti kamu akan jumpa jalan. Leon cuba untuk tidak membunuh semangatnya. Leon mencucuh rokoknya sekali lagi sebelum meneruskan lagi.

...Selain watak Robert Owen, watak Campanella, atau nama penuhnya Giovanni Domenico Campanella (1568 - 1639) adalah watak yang baik juga untuk dikaji dalam Sosialisme Utopis ini..,

Ugh, siapa tu

Campanella, dia seorang politikus yang progresif dan patriotik. Pada masa itu, Itali berada di bawah kekuasaan Sepanyol. Campanella berjuang melawan penindasan Sepanyol, menjadi pemimpin organisasi rahsia yang bermatlamatkan pembebasan

Itali. Kerana pembelotan, organisasi rahsia itu dihancurkan. Tahun 1602, Campanella dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, dan kemudian baru dibebaskan setelah 27 tahun dipenjara..,

Pergh..,, Siti Sarah separuh melongo. Mukanya melotot. 27 tahun penjara

Sabar Siti, belum habis lagi. Saya belum cerita apa yang Sosialisme Utopis pada Campanella.

Ya, ceritalah..,

Dalam penjara, Campanella menulis karya karyanya yang terkenal, selain Pembelaan Atas Galileo (Apologia pro Galileo) beliau menulis, Kota Surya (LaCitta del Sole). Dalam Kota Surya, Campanella menghuraikan khayalannya, mimpinya tentang masyarakat komunis yang utopis. Campanella mengkritik masyarakat penghisap. Menurut beliau, kemelaratan (proletarisasi) yang melampaulah yang menyebabkan seseorang itu menjadi sang bajingan, licik, perompak, tukang tipu muslihat, berakal busuk, penjahat, sampah masyarakat dan pembohong. Adanya kekayaan yang melimpah ruahlah yang menyebabkan seseorang itu menjadi sombong, tinggi diri, penindasan, pemerasan, ketidakadilan sosial, tekanan ekonomi, ketamakan, dan kezaliman..,

Leon tetap serius dari tadi tanpa henti, seperti kenderaan di hadapan mereka yang tanpa henti dari awal pagi, walaupun Che Zul dan Dr. Chandra sudah mengenyit mata untuk berhenti. Leon menerangkan tanpa peduli kepada Siti Sarah yang baru bermula. Bagi Leon, pelajaran ini bukan pelajaran yang boleh dibuat main-main.

..Campanella tanpa ragu ragu, membela pandangan bahawa di dalam masyarakat yang di mana tidak ada pemilikan peribadi (private property), tidak ada ketempangan masyarakat dan tidak akan ada ketempangan atau kepicikan kehidupan. Dalam keadaan sedemikianlah, barulah ilmu pengetahuan, teknik teknik dan dan kesenian kesenian akan berkembang dengan pesat. Ide ide Campanella sebenarnya adalah pernyataan isi hati dan harapan dari kaum miskin desa dan para intelektual lapisan bawah di Itali pada akhir abad XVI sampai permulaan abad XVII.

..Walaupun begitu, terpaksa saya beritahu kamu, Siti, ide ide utopis Campanella mengenai masyarakat adil di masa depan hanyalah rekaan, khayalan semata mata, yang tidak didasarkan pada pengetahuan tentang hukum perkembangan masyarakat yang real, tidak cukup saintifik..,

Siti Sarah termenung mendengar penjelasan yang panjang sebegitu. Pen di tangannya tidak bergerak gerak. Maklumat yang diterima seakan terlalu banyak untuk diproses.

Siti

Siti Sarah membuka matanya. Dr. Chandra di hadapannya. Dia terlelap rupanya.

Ya Siti Sarah sedikit bersalah. Terlena pula. Dia betul - betul mengantuk.

Saya mahu tanya kamu persoalan penting. Tajam Dr Chandra menatap matanya.

Siti Sarah mengangguk kebodohan.

Ya. Tanyalah.

Benarkah kamu nak jadi seorang Marxist

Tanya Dr. Chandra.