BUKAN AMIGO BIASA - 2
Adalah engkau jemari senja yang menurunkan langit malam

Pada waktu mataku mahu melena

Adalah engkau lembut suria yang membawa pagi kala mimpiku belum sempat menjadi ngeri

Adalah engkau selebat hujan pada waktu laman hatiku

berkeping-keping rekahnya

kala amarah kemarau bertebaran

Adalah engkau penyedekah maaf paling dermawan tetapi pengemis maaf paling angkuh kerana katamu

Jangan mudah jadi pemurah untuk maafkan aku.

Bimbang suatu ketika, aku memandang enteng kemaafanmu.

Antologi Penyair Muda Malaysia-Indonesia 2009