Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 3
BAB 3

SUDAH seminggu berlalu. Felisha belek fail akaun jualan bunganya untuk bulan tu. Banyak bunga dahlia dan bunga ros dapat dijual berbanding bunga lain. Felisha senyum, musim orang bercinta agaknya. Tak macam Tajdid tu, satu apa pun tak tahu pasal bunga ni. Main bantai je beli!

Siapa pulak call aku ni Felisha capai telefon bimbitnya dari atas meja yang dah melalak lagu Afgan.

Dah siap Berapa encik Felisha berkerut kening.

HahFelisha letak telefon. Takkanlah sampai lima ratus ringgit. Hari tu aku tengok calar sikit je..

Felisha buka pula buku pesanan pelanggan. Nama Alia dicari. Terus dia dail nombor Alia. Dia bergegas pula ke bengkel.

ALIA letak telefon. Panggilan dari kakak penjual bunga tadi cukup membuatkan hatinya senang. Dia segera tukar pakaian dan bergegas ke pejabat abangnya di Damansara. Tiba di pejabat, Alia terus menuju ke bilik abangnya.

Aik! Adik buat apa kat sini Datang dengan siapa Fariz dongak sebaik terdengar pintu bilik pejabatnya dikuak.

Tak boleh ke Pak Mat yang hantar tadi.. Alia menapak ke meja Fariz. Dia melabuhkan punggung di sofa.

Amboih! Pak Mat tu drebar mama je tau! Fariz pandang Alia yang dah tersengih-sengih.

Aladrebar mama, drebar adik jugak kan

Ni..dah tercongok pejabat abang ni, ada apa Ya la..selalunya duk lepak je kat rumah lepas SPM ni. Apatak sabar nak kerja dah ke Usik Fariz, turut duduk di sebelah Alia di sofa.

Niadik nak ajak abang ke suatu tempat. Mesti abang suka! Alia kenyit mata sambil tersenyum.

Kan abang tengah kerja ni. Fariz jeling jam di pergelangan tangan. 11.30 pagi.

Alah..dah nak lunch kan Jomlah! Alia terus bangun dan tarik tangan Fariz.

Fariz terpaksa mengikut rentak Alia.

Sepanjang perjalanan, Alia senyum memanjang. Fariz jeling Alia di sebelahnya. Apa kena adik aku ni Dia nak pergi mana sebenarnya Kereta Toyota Camry dipandu laju menuju ke arah Bangsar. Dia hanya mengikut arahan Alia. Lama dia perhatikan keadaan sekitar. Hmmaku macam kenal je tempat ni..

Ops! Masuk simpang tu! Alia tuding ke arah simpang menuju ke deretan kedai.

Hish! Nak bagi arahan tu biarlah awal sikit! Karang langgar orang, tak pasal-pasal abang kena belasah! Fariz jeling Alia yang dah mengekek ketawakannya.

Kereta diberhentikan tepat di depan kedai bengkel motosikal.

Eh..ni bengkel yang repair motor abang ni! Mana adik tahu motor abang kat sini Fariz senyum. Hampir terlupa pada motosikal yang sakit dah masuk bengkel gara-gara minah penjual bunga tu!

Assalamualaikum!

Fariz dan Alia serentak menoleh.

Waalaikumussalam..kak! Ni saya dah panggil abang saya. Alia senyum lebar. Dia pandang abangnya dan kakak tu silih berganti.

Hah! Kenapa lambat sangat motor saya ni siap Fariz bercekak pinggang.

Felisha tergamam. Suara tinggi Fariz dah berdesing masuk ke lubang telinga. Eii! Mamat ni! Tak boleh ke tanya elok-elok Ni macam nak cari gaduh! Aku ni teruk sangat ke

Awak ni cakap tak pakai otak tahu tak Bukan salah saya motor awak lambat siap! Tanya lah dia orang ni! Felisha tuding ke arah pekerja bengkel.

Awak yang bertanggungjawab. Jadi awak kena alert la pasal motor saya tu! Tak boleh harap langsung! Fariz mengetap bibir.

Alia ternganga mendengar drama sebabak antara abangnya dengan kakak penjual bunga tu.

Eh! Apasal saya pulak Itu motor awak! Saya dah beri nombor telefon bengkel ni pada awak! Felisha tak nak mengalah. Cakap dengan mamat berlagak ni memang menyakitkan hati! Lain sangat dengan Tajdid!

Perempuan memang macam ni! Kalau bercakap tu nak menang memanjang! Nasib baik bukan makwe aku. Fariz menggumam.

Apa awak cakap Felisha tenung Fariz. Ingat aku ni pekak ke Siapa yang terhegeh nak jadi makwe kau

Dah! Tu! Abang tu dah lama tunggu depan tu. Alia tuding ke arah seorang pekerja bengkel yang dari tadi hanya jadi pendengar setia. Dia dah tersengih-sengih di situ.

Err..maaf bang. Berapa semua Felisha mendekati pekerja bengkel tadi.

Lima ratus ringgit.

Felisha kuak dompet duitnya. Fariz senyum.

Awak ni kan lurus bendul betullah! Simpan jelah duit awak tu. Nah! Fariz hulur lima keping not seratus kepada pekerja bengkel.

Felisha pandang Fariz, bibirnya diketap kuat. Kau kata aku lurus bendul Nak kena sekeh mamat ni! Kalau aku tahu dia nak bayar, tak adalah aku tergesa-gesa tinggalkan kedai bunga aku tu semata-mata nak datang sini bayar motor rosak kau tu!! Felisha dah geram.

Fariz periksa keadaan motosikalnya seketika. Dia senyum. Puas hati dengan perkhidmatan di bengkel tu. Dia jeling Felisha yang dah muncung di sebelahnya. Pandai jugak minah ni cari bengkel

Abang..kereta abang tu macam mana Alia tuding ke arah Toyota Camry Fariz. Fariz dah mula hidupkan enjin motosikalnya.

Suruh kakak tu hantar rumah kita! Selamba Fariz suruh Felisha. Dia memecut laju dengan motosikalnya meninggalkan kawasan bengkel.

Felisha pandang Fariz dengan riak jengkel. Gila mamat ni! Ingat aku ni orang gaji dia ke apa

Kak..saya boleh bawa kereta tu. Saya pun ada lesen Alia kenyit mata pada Felisha. Inilah peluang untuknya memandu kereta. Baru dua bulan dia dapat lesen P.

Betul ni Tapi akak risau la. Tak apa la..sekejap. Felisha mendekati pekerja bengkel.

Alia hanya pandang Felisha bercakap sesuatu dengan pekerja di situ. Pekerja tu angguk-angguk. Felisha kemudian menapak semula ke arah Alia. Dia menelefon seseorang.

Okey! Jom! Akak hantar Alia. Felisha senyum.

Alia turut senyum. Hmmkalau kakak ni jadi kakak ipar aku kan bagus jugak. Mama tu asyik tanya je bila abang nak nikah. Inilah peluang aku nak kenakan abang!

SAMPAI di perkarangan rumah Alia, Felisha parkir kereta di laman. Kali kedua dia menjejakkan kaki di rumah tu. Keadaan sekitar laman masih sama seperti dulu. Tenang melihat bunga segar berkembang di setiap sudut laman. Tambah lagi ada kolam ikan koi dengan air pancut. Nyaman!

Kak..masuklah dulu. Alia tarik tangan Felisha.

Err..tak apa la Alia. Akak pun nak cepat ni. Lagipun akak tengah tunggu kereta akak ni. Tadi akak suruh orang bengkel hantar kereta akak kat rumah ni. Felisha teragak-agak. Dia pandang sekitar rumah. Besar tersergam!

Alah..lambat lagi kan. Jomlah! Alia terus tarik tangan Felisha menuju ke ruang tamu.

Felisha terpaksa mengikut. Dia pandang sekitar ruang tamu. Cantik dan kemas. Penuh dengan gaya Inggeris. Dia duduk di sofa. Alia dah hilang di dapur. Hmmmemang rumah ni cantik. Perabot pun nampak mahal. Patutlah mamat tu berlagak sakan! Anak orang kaya rupanya. Matanya melirik pada deretan foto yang diletak di atas meja kecil di tepi dinding. Dua beradik je ke Felisha menapak ke arah foto yang penuh dengan gambar Fariz dan Alia.

Err..maaf..ni siapa

Felisha terperanjat. Foto di tangannya tercampak jatuh ke lantai. Alamak! Pecah! Matanya menala pada seorang perempuan yang agak berumur sedang tersenyum manis kepadanya.

Ma..maaf..saya tak sengaja. Nanti saya ganti. Felisha segera mengutip serpihan kaca yang bertaburan atas lantai.

Oh..tak apa. Kak Timah! Mari sini kejap! Laung perempuan yang agak berumur tu.

Felisha masih mengutip sisa kaca dan foto diletak semula atas meja kecil. Kak Timah yang dipanggil perempuan tadi menghampirinya. Mungkin orang gaji rumah tu.

Eh..cik luka ni! Kak Timah pegang jari manis Felisha yang sudah berdarah terkena serpihan kaca.

Kak! Kenapa luka ni Alia muncul dari dapur membawa jus oren dan sepinggan kek lapis Sarawak.

Err..sikit je. Felisha tunduk. Eii! Kau ni Felisha! Muda lagi dah terperanjat bagai! Kan dah pecah foto tu!

Mama..ni kak Felisha. Alia kenalkan dengan mama.

Puan Suraya senyum. Kawan Fariz ke

Felisha mendongak. Jarinya sudah siap dibalut dengan pembalut selepas dibubuh ubat oleh kak Timah tadi.

Err..tak..

Ya! Inilah girlfriend abang mama! Pantas Alia mencelah.

Felisha membuntang. Dia jeling Alia yang sudah tersengih-sengih. Eii..budak ni! Suka hati je cakap aku ni makwe abang dia! Parah macam ni!

Oh ya ke Patutlah bila mama tanya abang, dia asyik berdalih je. Rupanya dia ada girlfriend secantik ni. Dah lama berkawan Puan Suraya semakin dekat dengan Felisha.

Felisha menelan liur. Adoi..macam mana aku nak jawab ni. Kalau aku jawab aku ni bukan makwe mamat berlagak tu, percaya ke dia nanti

Dah lama Felisha berkawan dengan Fariz Ulang Puan Suraya.

Err..sa..saya bukan.. Felisha dah tergagap-gagap.

Mama! Masak apa tengah hari ni

Tiga kepala berpusing ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Fariz dah tersenyum di situ. Helmet dikepit di celah ketiak kanan. Lengkap dengan jaket hitam.

Fariz berjalan perlahan ke arah ruang tamu. Dia henyakkan tubuh di sofa sebelah Alia. Matanya melirik pada Felisha yang dah pucat muka. Apa hal minah ni Tengok aku pun dah pucat muka Apa aku ni handsome sangat ke Fariz sengih.

Kenapa Riz tak beritahu mama Puan Suraya pandang Fariz sambil tersenyum.

Fariz berkerut kening. Apa kena dengan mama aku ni Beritahu apa Memang tiap-tiap hari aku makan tengah hari kat rumah. Takkan itu pun nak kena beritahu

Errberitahu apa ni mama Fariz pandang Puan Suraya tak berkelip.

Felisha dah gelisah. Dia jenguk ke laman. Kereta Honda Accord kelabu miliknya masih belum sampai. Eii! Mengapalah lembab sangat dia orang ni hantar Tadi aku dah beritahu alamat rumah ni. Kalau dia orang sesat, sampai ke malam la aku kat sini. Lehernya dipanjangkan ke arah pintu pagar rumah.

Cantik girlfriend Riz ni! Puan Suraya jeling Felisha yang dah terjenguk-jenguk ke arah laman dari tadi.

Hah Tinggi suara Fariz. Cukup menusuk ke lubang telinga.

Felisha pantas menoleh. Suara tinggi Fariz dah mematikan lamunannya tadi pasal kereta yang ditunggu. Apa mamat ni Tiba-tiba terjerit-jerit Tak sopan langsung!

Alia ketawa mengekek.

Fariz pandang Felisha yang menyambung semula memandang ke arah laman. Minah ni memang tak tahu malu! Ada ke datang rumah aku mengaku dia tu makwe aku Muka letak kat lutut agaknya! Kerek betullah!

Felisha makan tengah hari kat sinilah ya. Mama dah siapkan makanan tu. Puan Suraya bangun dan menuju ke ruang dapur.

Felisha membuntang. Mama Alamakmampus aku.

Ilmu apa yang awak pakai sampai mama saya percaya yang awak ni girlfriend saya Fariz sandar di sofa. Kaki kiri diletak atas lutut kaki kanan. Kedua tangan didepa atas sofa. Dia jeling jari manis Felisha yang dah berbalut. Matanya menala ke arah foto yang dah pecah. Hmm..aku dah agak dah. Minah ni memang kalut tak ingat! Sebab tulah langgar aku hari tu! Berangan je lebih!

Siapa girlfriend awak Saya datang sini hanya nak menunaikan kata awak tadi tu, hantar adik kesayangan awak ni. Felisha ketap bibir.

Memang sakit hati bercakap dengan dia ni!

Ya ke Bukan awak nak ambil kesempatan ke Fariz senyum sinis.

Kesempatan

Ya! Ambil kesempatan mengaku depan mama saya yang awak ni girlfriend saya. Eh! Awak tak malu ke Fariz tuding ke arah Felisha.

Felisha menahan marah. Kedua tangannya digenggam kuat. Ikutkan hati aku nak tonyoh je mulut mamat ni dengan cili!! Ingat aku ni terhegeh sangat ke Teringin sangat ke

Alia bangun perlahan menuju ke ruang dapur. Pertengkaran abangnya dengan kakak jual bunga tu dah macam dalam drama. Ni semua angkara mulut aku la nibaik aku blah cepat! Karang tak fasal-fasal aku disalahkan dalam hal ni.

Puan Suraya jenguk ke ruang tamu semula. Dia memanggil Fariz dan Felisha menjamu selera. Terpaksa Felisha terima pelawaan Puan Suraya.

BALIK dari rumah Fariz, Felisha terus pulang ke rumah. Dia dah tak ada mood nak ke kedai bunga. Apa yang berlaku di rumah Fariz benar-benar mencabar dirinya.

Macam mana aku nak buat ni Takkan nak terima ustaz Tajdid tu semata-mata nak mengelak dari mamat tu Felisha garu kepala. Buntu.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Siapa pulak call aku ni

Mama! Ada apa mama Hah Merisik

Talian putus. Felisha tergamam. Dia menelan liur berkali-kali.