Dude! I'm Getting Married - 3
BAB 3

ACIK sengih. Dia pandang Jai sekilas. Kacak dalam kemeja biru lengan panjang dan seluar slack warna hitam. Siap dengan tali leher merah hati, belang-belang kecil. Sesuai dengan kulit putih Jai yang kemerahan sikit. Sekali tengok macam pelakon Korea pun ada.

Kau sengih-sengih ni kenapa Jai jeling Acik.

Ni namanya semangat kerja. Acik senyum lagi. Dia betulkan tali kasut.

Alah..dahlah tu perli aku. Aku tahu la aku ni first time kerja. Anyway, thanks. Jai kenyit mata. Kasut Bally yang ayahnya hadiahkan masa hari jadi ke 24 dulu disarung kemas ke kaki.

Thanks Untuk apa Acik dongak.

Sebab kau bagi aku iklan tu. Tak sangka, aku jawab cincai pun, dapat jugak job tu

Itu namanya rezeki. Acik bangun. Dia betulkan tali leher.

Kau nak aku hantar ke Tambah Acik.

Tak payah. Aku ada motor..

Koci muncul di pintu. Dia paling lambat ke tempat kerja. Dah namanya mamat karang siang. Malam tadi, dia dipaksa juga buang sampah!

Jai, kau kerja ke hari ni

Jai angguk. Doakan aku ya..

Wah! Segak kau ya. Kalah aku macam ni. Nampaknya kau dulu la yang dapat awek nanti. Koci kenyit mata.

Rupa dan penampilan tak menjamin semua tu Jai berkata selamba. Agak je la..aku sendiri pun tak pernah bercinta, tak pernah nak mengayat awek. Tak ada masa.

Ya ke Bukan ke perempuan ni tengok rupa dulu baru perangai Koci duduk di tepi rak kasut. Dia capai kasut but keselamatan.

Jai sengih. Acik jeling Koci.

Satu lagi..poket kena tebal. Kalau tak, jangan harap awek nak dekat.. Tambah Koci sambil menyarung kasut. Terhegeh-hegeh dia ikat tali kasut pula.

Patutlah kau ni asyik kering je. Tengah bulan je, pinjam duit aku. Acik menyampuk.

Haah..kenapa satu pun tak lekat Jai menambah.

Koci angkat bahu. Mulutnya terjuih.

Jai pandang Koci. Hairan jugak. Waktu sekolah dulu, Koci boleh dikatakan terkenal jugak. Bukan saja diminati budak perempuan sama kelas, budak tingkatan tiga pun selalu jugak hantar surat biru senyap-senyap. Aku yang jadi posmen tak bergaji nilah yang selalu hantar surat balas Koci tu.

Aku rasa..kau kena belajar dengan Jai ni. Ayat perempuan sikit. Perempuan ni bukan nak duit je tau..kasih sayang, romantik ke tak..kalau sikap tu macam robot je..mana dia orang nak! Acik jeling Jai yang dah siap pakai helmet.

Wah! Kau pun macam ada pengalaman je. Macam mana kau tahu semua tu Koci dongak ke arah Acik yang dah siap berdiri tepi pagar rumah.

Err..aku baca kat internet.. Acik senyum sumbing. Kantoi!

Eh! Kau dah ada awek ke Koci tak puas hati.

Alahbaru nak kenal-kenal.. Acik tersipu-sipu.

Jai jeling Acik. Oh..rupa-rupanya dalam diam kau dah menyulam kasih. Patutlah tanya aku macam-macam.. nak suruh tackle adik kau konon. Entah-entah nak tahu macam mana caranya nak dekat dengan perempuan.

Okey guys! Aku blah dulu! Motosikal Kawasaki Jai dah mula membelah kesibukan jalan raya.

SAMPAI di fakulti perubatan, Jai tergesa-gesa ke tingkat satu sebagaimana yang diberitahu semalam. Dia kena daftar diri kat situ dulu sebelum memulakan kerja.

Mana satu pejabat ni Melilau mencari bilik yang dimaksudkan oleh kerani yang menelefonnya semalam.

Err..maaf cik, yang mana satu pejabat untuk projek NHES Kebetulan ada seorang gadis lalu di situ.

Oh..di hujung sana. Dia tuding ke arah bilik hujung sekali.

Terima kasih.. Jai senyum. Laju dia melangkah ke arah pejabat yang dimaksudkan oleh gadis tu tadi.

Pintu pejabat dah terbuka luas. Jai jenguk. Teragak-agak. Masing-masing sibuk. Tak ada seorang pun perasan dia kat muka pintu. Hmmketuk jelah..

Nak daftar Tanya seorang gadis yang berdiri di tepi meja dekat dengan pintu.

Jai angguk.

Kat sini..nama Dia belek kertas. Ada empat belas nama semuanya yang dipilih.

Jai tandatangan di ruangan kosong sebelah namanya.

Encik Ikhwan Haris boleh duduk dulu. Ada dua orang lagi yang belum sampai. Pukul sembilan nanti, ada briefing. Ni ada sedikit penerangan tentang projek ni. Encik Ikhwan Haris baca dulu.. Gadis itu senyum.

Err..panggil Jai saja.. Jai senyum lagi. Rasa janggal bila orang panggil dengan nama penuh. Mak ayah aku pun panggil Jai je.

Nama Jai tu..sejak sekolah lagi. Entah cikgu mana selalu ingat namanya Jai. Lekat sampai sekarang. Mak ayah aku pun dah terikut-ikut. Haahha!

Jai Gadis tu dah terpinga-pinga.

Jai angguk. Memang tak ada kena mengena langsung dengan nama penuhnya.

Oh..okeyJaiduduk dulu.. Gadis tu macam malu-malu nak sebut nama Jai. Dia pandang Jai tak berkelip.

Jai pulak membalas senyuman gadis tu. Angguk lagi. Macam budak sekolah ikut arahan cikgu.

Jai duduk di sebelah lelaki yang agak berumur dan mula berkenalan. Sekitar bilik tu penuh dengan kertas kerja dan komputer. Fail bertimbun atas lantai. Dia jeling borang pos National Express berlambak di atas meja. Hmmprojek apa sebenarnya ni. Ah! Tak kisahlah. Janji aku ada kerja.

Jai perhati lagi. Ada juga RO yang mungkin sebaya dengannya. Dia melemparkan senyuman pada RO yang lain. Suasana di bilik tu dah macam pasar. Masing-masing dah mula bersembang. Saling berkenalan. Tinggal dia je yang kematu kat kerusi ni. Nak tegur, tak tahu nak tanya apa.

You are Lelaki di sebelah Jai menyapa.

Err..Im Ikhwan..just call me Jai. You Jai mengukir senyum. Mereka berjabat sebentar.

Phua Chu Kang.. Dia sengih.

Hah Jai amati wajah lelaki Cina tu. Tak ada rupa PCK dalam sitcom terkenal negara jiran tu.

I know..every time I introduce myself, they laugh at me. Their eyes got blinked! Dia ketawa. Siap buat riak mata terbeliak.

Jai hanya senyum kelat. Oo..ok..

Suasana bising dah mula senyap. Seorang lelaki Cina yang agak gempal tersenyum masuk ke bilik. Di belakangnya ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang agak berumur juga. Pada hemahnya, dia orang ni mungkin pensyarah di fakulti tu.

Good morning everyone! Lelaki Cina tadi mula mengucap selamat pagi.

Semua yang ada di situ menjawab serentak. Macam dalam kelas tutorial aku dulu. Bila pensyarah beri salam, serentak jawab.

Macam sekolah tadika pun ada.

Im Mr. Edmund Wong. Principal of this faculty. For the briefing I will let Ms. Hani to give you a short briefing.

Jai dengar penuh khusyuk. Sempat jeling pada pekerja yang lain. Masing-masing mendengar penuh minat. Ada yang tersenyum-senyum bila Cik Hani membuat lawak. Entah apa yang lawak pun aku tak tahu. Aku tadah telinga je la. Okey la..ada elaun makan dan penginapan. Hmm..not bad. Campur dengan gaji bulanan..boleh la nak hidup

SELESAI solat isyak, Jai termenung di kepala katil. Masih memikirkan kerja apa yang dia kena buat esok pagi. Siang tadi, Cik Hani bagi penerangan tentang projek tu yang memakan masa selama enam bulan. Kajian tentang masalah kesihatan dan perbelanjaan kesihatan sama ada di klinik kerajaan atau swasta. Semua pekerja kena buat kajian dan menemu bual isi rumah yang telah dipilih berdasarkan pilihan rumah yang telah dipilih oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kira projek ni kerjasama antara Jabatan Perubatan Universiti dengan Jabatan Perangkaan Malaysia la.

Hmm..macam best je kerja ni. Adventure pun ada jugak..nak kena pergi temu ramah orang. Bukan senang nak ketuk rumah orang. Silap hari bulan kena hambur.

Kalendar di atas meja dibelek malas. Kalau enam bulan bermakna bulan tujuh baru habis projek ni. Hmm..ada peluang la aku singgah sekejap kat rumah aku di kampung.

Hoi! Jauh mengelamun

Acik dah tercongok kat muka pintu.

Tak ada apa lah..masuklah. Apa segan ke nak masuk bilik aku Jai sengih. Macam anak dara si Acik nihehehe..

Macam mana

Macam mana apa Jai tercengang. Soalan tergantung.

Kerja kau la..apa lagi Acik duduk sebelah Jai. Turut sandar kepalanya di kepala katil.

Oh..itu. Setakat ni okey je Jai jawab acuh tak acuh.

Hmm..okey. So, apa keputusan kau Acik alih muka ke kanan. Jai masih melangut memandang siling. Kaki kanan atas lutut kaki kiri.

Jai pantas berpaling. Acik merenungnya macam nak telan.

Keputusan apa

Laa..pasal hal yang aku cakap hari tu! Acik berkerut dahi. Eh, mamat ni, buat tak reti pulak.

Hal adik engkau

Acik angguk.

Jai menelan liur. Ingat lagi rupanya Acik ni pasal tu. Aku ingat dia dah lupa. Adoiyya

Macam mana Acik tanya lagi.

Aku tak faham dengan kau ni. Kenapa aku Kau nak aku berkenalan dengan adik kau ke apa Atau..kau hanya nak aku jadi penasihat tak bertauliah adik kau tu Giliran Jai pulak tenung Acik yang dari tadi tak berkelip memandangnya. Kalau perempuan yang tenung macam tu, memang sah mati kutu dibuatnya.

Sebab aku harapkan kau je. Macam nilah, aku kenalkan kau dengan dia. Kau tengok sendiri nanti. Hujung minggu ni, kau ikut aku balik rumah aku. Macam mana Acik senyum.

Hujung minggu ni

Kenapa

Err..tengoklah. Sebab aku pun tak pasti. Masa briefing tadi, mungkin hujung minggu ni jugak aku kena start kerja tu. Enam bulan aku kena balik negeri aku. Jai ada alasan kukuh kali ni.

Enam bulan Kontrak ke apa

Ya Jai sengih.

Ohnampaknya lambat lagi la.. Acik dah kendur suara.

Alah..kau boleh cari orang lain. Awek kau! Dia pun boleh nasihat adik kau apa Jai beri cadangan.

Hish! Aku mana ada awek! Acik siku lengan Jai.

Hari tu..bukan main lagi kau kata kau ada dah ada steady Tu la..dulu ramai yang kejar kau..kau buat toya je.

Alah..aku kenal macam tu je. Seganlah..tiba-tiba nak suruh dia nasihat adik aku.. Acik capai buku dari rak di atas meja kecil sebelah katil. Buku tu dibelek-belek sepintas lalu.

Aku bukan apananti timbul fitnah. Aku lelaki, adik kau perempuan..macam magnet tahu tak! Jai jeling Acik yang dah berkerut dahi.

Aku tahu tu..

Kalau dah tahu..nak teruskan jugak Jai jeling lagi. Acik dah muncung. Nampak sangat dia dah buntu.

Macam nilahkalau aku bersedia nanti, aku beritahu kau.

Acik dah senyum. Jai sengaja tak nak panjangkan perbincangan tu.

Koci dah balik

Entah..tadi masa aku balik, kereta dia tak ada lagi. Pergi ayat awek la tu agaknya. Dia kan engineer. Sekali petik, berduyun awek datang! Acik senyum penuh makna.

Kita kena ingat..perempuan sekarang ni dah bijak. Bukan main petik je. Poket tebal pun kalau tak kena gaya, kita pulak yang kena hambur nanti. Jai berpeluk tubuh. Acik di sebelah masih berfikir. Entah apa yang difikir.

Hmm..aku pun perasan. Dua tiga orang yang aku jumpa, semuanya nak lelaki yang romantik, boleh jaga anak bini. Soal duit tu jatuh nombor dua. Acik usap dagu yang agak runcing.

Jai berpaling. Menoleh ke arah Acik yang masih mengusap dagunya. Memang ada keturunan Siamkalau jadi hero filem pun laku dia ni. Patutlah ada minah yang sangkut kat Acik ni. Dulu, masa di universiti, ramai jugak yang nak mengendeng Acik ni. Siapa yang tak meleleh. Acik ada pakej lengkap. Kaya dan kacak! Mat bangla kat sini pun ramai perempuan yang tergoda. Tu belum cerita anak dara yang sanggup ikut mat Lombok ke negara seberang. Jawabnya muka macam aku ni la yang masih terkial-kial cari calon isteri. Jadi..dengan ilmu jelah aku harap dapat memiliki isteri yang faham dan sedia bersama aku waktu susah dan senang.

Kau mengelamun eh Sekali lagi Acik siku lengan Jai.

HeheheJai senyum sumbing.

Okeylah, aku nak masuk tidur. Penat otak aku. Kerja aku ni hari-hari nak kena perah otak, buat sistem tak habis-habis. Acik bingkas bangun.

Dah namanya system analyst! Takkan kau nak fikir pasal bakteria pulak. Apalah kau ni! Jai ketawa mengekek.

Acik sengih. Dia menapak keluar. Jai..Jai..bila la aku boleh kenalkan kau dengan adik aku ni..

Hmm..Acik..Acik..apa kena dengan dia ni Hairan jugak aku..istimewa sangat ke aku ni Nak kata ustaz..aku

pun masih merangkak nak jadi baik. Nak kata aku ni lelaki idaman, rasanya ramai lagi yang lebih handsome dari aku. Nak kata aku ni lelaki soleh..rasanya belum layak lagi aku ni jadi imam..

Jai tutup lampu. Masih berfikir dalam gelap.