SUASANA di tanah perkuburan suram seperti biasa. Zack baru saja selesai membaca Surah Yassin. Doa turut dipohonkan kepada yang Maha Esa agar roh bapanya ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.
Zack membersihkan serba sedikit pusara arwah bapanya. Iskandar bin Hussin, itulah nama yang tertulis di atas batu nisan.
Kehilangan bapa seawal usia tiga tahun, memori dengan arwah hampir tiada. Rupa wajah bapanya juga hanya dapat dikenang melalui gambar-gambar lama. Jujur dia merasakan, dia tidak berapa ralat dengan kehilangan itu. Dia terlalu kecil untuk memahami makna sebenar kehilangan.
Pada awalnya, dia memang sedih. Namun, kasih-sayang daripada keluarga dan saudara-mara terdekat telah mengubati perasaan itu.
Kasih-sayang dan didikan seorang bapa diperolehi dari Encik Alwi. Agak tegas namun tidaklah garang. Ayah tirinya itu tidak pernah membezakan kasih sayang antara dia dan Amy. Kedua-duanya dilayan sama rata. Anak tiri atau tidak, jika salah, mereka tetap dihukum. Dia juga, tidak pernah menganggap Encik Alwi sebagai ayah tiri. Lelaki itu disayangi seperti ayah sendiri. Tapi, itu tidak bermakna yang dia melupakan terus arwah bapanya. Setiap kali pulang ke kampung, sekiranya berkesempatan, dia akan menziarahi pusara bapa.
Pusara keluarga Encik Alwi juga terletak di kawasan yang sama. Dia kurang pasti, bagaimana kemalangan itu terjadi. Tapi, menurut mereka yang bercerita, kemalangan yang berlaku memang ngeri. Ketika itu, keluarga Encik Alwi dalam perjalanan dari Kluang ke Mersing. Jalan ke Mersing memang banyak selekohnya. Encik Alwi dikatakan cuba mengelak lori dari arah bertentangan. Akibatnya, kereta yang dipandu oleh Encik Alwi telah terbabas.
Aliza, anak sulung Encik Alwi berumur sepuluh tahun ketika kejadian itu berlaku. Aliza meninggal serta-merta di tempat kejadian.
Puan Zaleha mengalami kecederaan yang teruk. Dia meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Encik Alwi turut mengalami kecederaan namun nyawanya masih panjang. Yang bernasib baik hanyalah Amy. Tiada kecederaan serius berlaku kepadanya, hanya sedikit calar-balar di badan. Amy dikatakan tertidur ketika itu.
Pada mulanya, Zack tidaklah terlalu berkira dengan Amy. Sikap Amy yang menjengkelkan itu juga belum mendatangkan apa-apa kesan padanya. Pesan ibu supaya memberi ruang dan peluang kepada Amylea dipatuhi. Namun, tinggi manalah sangat tahap kesabaran seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun. Satu peristiwa menyebabkan dia benar-benar hilang sabar.
Suatu hari, dengan niat ingin berkawan, dia memberikan patung Ultraman kesayangannya kepada Amy. Malangnya, niat baiknya tidak bersambut. Sebaliknya, Amy merentap patung itu dengan kasar lalu membalingnya ke dinding menyebabkan leher patung itu patah.
Dia memang sayangkan patung itu kerana itulah alat mainan terakhir yang dihadiahkan oleh arwah bapa kepadanya. Disebabkan tindakan Amy yang di luar jangkaan itu, dia turut naik hantu.
Zack masih ingat lagi. Dek kerana terlalu geram, rambut Amy ditarik sekuat hati. Sudahnya, mereka berkelahi. Mujur saja perkelahian mereka disedari. Mereka dileraikan oleh Encik Alwi. Mulai saat itu, perang dilancarkan. Mereka pantang bersemuka, pasti ada saja yang ingin digaduhkan, walaupun perkara sebesar kuman.
Apabila meningkat remaja, perang mereka bertukar menjadi perang dingin. Amat sukar sekali untuknya mahupun Amy bertegur-sapa.
Jika ada pun, yang penting-penting saja. Telah berkali-kali Encik Alwi dan Puan Mariah menasihati mereka supaya berbaik, namun semuanya tidak mendatangkan kesan hingga akhirnya, Encik Alwi dan Puan Mariah malas hendak membangkitkan lagi perkara itu. Asalkan kedua-duanya tidak bergaduh besar, sudah.
Zack
Zack mengangkat muka ketika namanya dipanggil. Sham, Shafiq, Zali, Khairul dan beberapa lagi ahli keluarga telah bersedia untuk pulang. Di tanah perkuburan Kampung Melayu inilah, bersemadinya kebanyakan ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi.
Kubur arwah Tok Ahmad dan Nek Maznah, datuk dan nenek mereka juga di sini. Kubur arwah Mak Long Rahmah mereka juga di sini. Bukan hanya hari raya, bila mana berkesempatan, mereka akan ke sini, membersihkan kawasan kubur serta menyedekahkan doa buat yang tersayang. Semoga roh-roh mereka yang telah pergi dicucuri Rahmat.
Mereka semua beransur pulang.
USAI membersihkan diri, Zack melangkah ke dapur. Tekaknya terasa haus. Peti sejuk dibuka lalu dia membongkok, mencapai sebotol air masak sejuk di bahagian bawah. Setelah itu, pintu peti sejuk ditutup.
Hai Zack.
Nasib baik Zack tidak terlepas botol air. Nasib baik juga dia tidak melatah. Jika tidak, hilang macho di hadapan gadis cantik itu. Dia menarik nafas panjang,menghilangkan kejutan. Entah bila pula si Farizah ada dalam rumah. Dia menjengah-jengah seketika ke pintu masuk dapur. Mencari-cari sekiranya ada kelibat orang lain dalam rumah. Macam tak ada...
Sorryterkejut keSoal Farizah.
Zack tersenyum sumbing.
Sikitlah. Jawab Zack. Takkan nak mengaku yang dia memang terkejut beruk pula.
Izah buat apa kat sini Giliran Zack menembak soalan.
Farizah tersenyum manis sebelum menjawab. Tunggu Zacklah.
"Tunggu Zack...kenapa"Zack terkebil-kebil, keliru.
Farizah tertawa kecil. "Taklah. Izah tunggu Amy."
Buat apa tunggu AmyZack seperti mahu menyoal-siasat pula gayanya.
Nak balik KL sekalilah. Masa balik sini,Izah tumpang Amy. Boring nak balik sorang-sorang. Terang Farizah.
Zack mengangguk. Tunggu Zack pun boleh....
Bila Zack balik KL Tanya Farizah pula.
Esok
Farizah senyum sambil mengangguk. Mereka terdiam seketika.
Izahnak airTapi..air masak ajelah. Air lainhmm..tak ada kut...Pelawa Zack. Karang, kalau minum seorang diri, dikata tak pelawa pula.
Tak apalah. Izah dah minum... Balas Farizah, tersenyum lagi.
Makin cair hati Zack dibuatnya.
Izaherrjom duduk. Ajak Zack, tergagap sedikit. Matanya mengarah ke meja makan. Farizah menurut lalu mereka duduk sebelah-menyebelah.
Dah lama ke Izah kerja jadi stewardes ni Zack mulakan perbualan.
Lama jugak. Sejak dari habis belajar dulu.
Mesti seronokkanjadi stewardess. Free aje nak pergi oversea Tutur Zack.
Free Zack ingat, Izah goyang kaki aje ke dalam flight Balas Farizah.
Tak adalah Zack kata macam tu. Maksud Zack, dapatlah Izah peluang pergi overseatak payah bayar. Terang Zack. Farizah dilihat tertawa kecil.
Awal-awal tu, seronoklah. Dapat tengok negara orangjalan sana-jalan sini. Tapi lama-lamadah boring. Balik-balik, tempat yang sama.Jawab Farizah bersahaja.
Oh Zack terangguk-angguk dan kemudian, dia kehilangan modal untuk berbual. Terasa janggal duduk berduaan dengan gadis secantik Farizah. Apatah lagi, si Farizah itu pernah menjadi pujaan hati dalam diam waktu zaman persekolahan.
Zack kerja apa ya Farizah memecah sunyi.
Tak adalah best pun macam kerja awak tu, boleh jalan sana sini. Jawab Zack.
Yalahkerja apa
Errdesigner. Graphic designer.
Ah..okeyinteresting.Farizah senyum. IyalahIzah ingat lagi. Dulu, Zack memang suka benda-benda lukisan, graphic ni kan
EhIzah ingat lagi
Mestilah ingat. Zack memang pandai lukis. Farizah tersenyum manis.
Zack turut tersenyum. Kembang kuncup rasa hati.
Mereka berbual lagi. Zack terperasan yang Farizah seolah-olah bermain mata. Atau mungkin, dia yang perasan lebih, yang Farizah itu bermain mata dengannya
Babe. Sorrylah kau kena tunggu lama. Contact lens aku jateh
Perbualan mereka terhenti. Amy muncul di pintu dapur. Riak terkejut terlukis di wajah tatkala melihat Zack yang turut berada di situ, berbual berduaan dengan Farizah. Matanya tajam merenung Zack menyebabkan Zack memalingkan mukanya ke arah lain.
Okeylah Izah. Ada masa nanti, kita jumpa lagi. Zack rasa, lebih baik dia meminta diri sebelum Amy melancarkan perang teluk.
Zack
Degupan jantung Zack tergendala seketika apabila Farizah memegang lengannya. Seperti terkena renjatan eletrik.
Zack dah ada phone number Izah kan Jangan lupa call Izah. Ill waitSekali lagi, Farizah tersenyum manis sebelum melepaskan lengan Zack.
Zack pula, hanya mampu mengangguk.
I really wish to see you againZack.
Aa hmmokey Zack terus bangun, tidak mahu menunggu lama. Sebab pertama, dia perlu membetulkan detak jantung. Kedua, pandangan Amy semacam sahaja.
Bye...Zack.
Err...bye.
Zack terus meninggalkan dapur, tidak menghiraukan langsung Amy apabila lalu di tepi kakak tirinya itu.
Setelah kelibat Zack hilang, Amy menghampiri Farizah dengan kening kiri terjongket sebelah.
Apa Soal Farizah. Senyum manis masih kekal di bibir.
Apa yang kau buat ni Suara Amy kedengaran jengkel.
Buat apa
Macamlah aku tak nampak. Kau saja aje kannak gedik-gedik dengan Zack kan
Aku main-main ajelah. Kalau iya punapa salahnya He is so sweet though. Tak kayu masa macam zaman sekolah dulu
Kan ramai lagi orang lain. Kenapa dengan si Zack tu pulak yang kau tiba-tiba berkenan
Farizah ketawa manja. Kau jealous ek
Amy memutarkan biji matanya.
Then, kalau macam tutak salahkan
Izah
Okey...okey. Aku tak kacau Zack lagi dah. Puas hati
Good. Balas Amy.
Tapikalau Zack yang datang pada aku, aku tak boleh buat apa
Kali ini, Amy tidak membalas apa-apa pada Farizah. Hanya menarik nafas dan menggeleng.