JALAN KIRI MENUJU SYURGA - 3
Kamu nak menjadi Marxist dia seperti ketawa, mengejek.

Siti Sarah serius. Matanya yang kecil membulat. Cermin mata bulatnya dipakai.

Kenapa Tak boleh

Kedua pasangan yang saling rangkul merangkul itu melepaskan rangkulan masing masing.

Abang. Lelaki ini terlalu bermakna buat dirinya. Buat kehidupannya. Dunia lamanya telah dilepaskan untuk meraih cinta lelaki ini. Sepertimana lelaki itu telah mengorbankan segala galanya, demi hidupnya yang satu itu, seperti itu jugalah dia cuba meninggalkan yang pernah dipunyainya itu. Sama sama berkorban, demi dunia yang sama rata, sama rasa.

Bukan masalah tak boleh. Tapi bolehkah kamu menjadi seorang Marxist tanya abang, mempersoal. Mempertikai sebenarnya.

Maksud abang, apa Siti Sarah masih tak faham.

Kenapakah abangnya seakan mengabaikan, seakan meninggalkan Tidakkah abangnya sedar bahawa mereka semakin lama semakin terasing, semakin terisolasi antara satu sama lain. Abangnya berada dalam dunia yang lain, sementara dia berada di benua yang lain. Inikah alienasi

Kerja yang saya bagi kepada kamu pun, kamu belum dapat buat, bagaimana kamu nak menjadi seorang Marxist tangan suaminya mencapai jeans yang tersadai di bahu tilam.

Tetapi dia telah berusaha untuk faham, kenapa suaminya ini masih tak faham - faham Kadang kadang dia merasa seperti sedang dibuli, dan dipermainkan suami sendiri.

Suaminya seperti mendengar suara tidak puas hatinya.

kalau kerja-kerja mudah yang saya bagi tu pun kamu tak mampu nak buat, bagaimana kamu nak buat kerja kerja yang lebih besar Apa kamu ingat menjadi Marxist ini, kerja yang kecik anakkah Kamu ingat senangkah, menjadi seorang Marxist Mudah Orang bagi kerja senang, tak mahu buat. Konon nak minta kerja yang lagi susah, advencer konon..,

Siti Sarah menarik selimut, menutup separuh tubuhnya yang terdedah, apabila suaminya bangkit dan menyarung pakaiannya. Abang nak pergi mana

Nak keluar., jawab suaminya pendek. Seperti biasa ringkas tapi menyakitkan hati. Dia seperti tidak berguna dan hanya menjadi teman tidur, atau bantal peluk sahaja. Atau bertaraf bibik. Kerja mengemas rumah dan buku buku yang bersepah

Siti Sarah tak mahu menyerah, tak mahu kalah, tak mahu menyesal dengan perkahwinan muda ini. Dia pun mahu menjadi couple yang rebel, sama seperti suaminya. Menjadi regu yang puas, dan tangkas. Menjadi seorang perempuan, di belakang seorang antagonist merupakan mimpi mimpinya semenjak sekolah menengah.

Dia mahu mencium tangan suaminya, tetapi seperti selalu, abangnya lebih dulu membuka pintu dan berlalu. Dia seperti malu sendiri. Apakah aku sudah tidak ada apa apa di matanya Mata Siti Sarah berkaca kaca. Bibirnya yang mungil seakan akan mengomel, menggumam geram, berkata kata sesuatu yang telinganya sendiri tak mampu menangkap dengan jelas.

Siti Sarah bangun berdiri dan membiar pecah empangan di mata. Jam masih awal lagi untuk study sendiri.

Sudah tamat masa untuk terpinga pinga., dia menampar pipinya dua kali. Sedarkan diri.

Boleh ajarkan kepada saya, apa itu Marxisme, Leon Siti Sarah malu malu meminta tunjuk ajar. Dia sudah terlalu lama menahan. Dia tak mahu jadi clich atau drama Melayu. Sentiasa berulang, boleh diagak, boleh dijangka, sentiasa menagih simpati dan kasihan orang. Dia bukan begitu. Dia seorang yang unexpected. Dia perempuan yang sentiasa melakukan kejutan.

Mata Leon dan Che Zul, dua comrade suaminya membundar, bersinar sinar. Mereka memang sudah lama memerlukan orang baru. Mamak di Restoran Hakeem singgah di hadapan mereka dan bertanyakan pesanan.

Sebelum tu, Siti, mana suami kamu, tanya Che Zul.

Dia tak pernah cakap apa apa yang bukan bukan tentang suaminya. Suaminya sangat luhur sekaligus nave. Suaminya cuma tiada masa dengannya sahaja. Itu sahaja crime terbesar suaminya, dosa yang dianggap akbar bagi dirinya. Suaminya bukan curang. Atau keluar dengan perempuan lain. Atau melakukan hal yang tak baik di belakangnya. Dia tahu suaminya, dia kenal suaminya. Suaminya cuma terlalu sibuk dengan pekerjaannya, sampai tak nampak isteri sendiri, yang telah mengorbankan pelajaran dan keluarganya untuk suami yang dia kasih.

Abang di rumah, Che Zul. Sibuk. Kerja. Banyak benda dia nak kena tulis dan baca. dia cuba untuk ketawa, tak mahu nampak kecewa, tapi apakah muram di wajahnya boleh disapu

Leon tak mahu terlalu membuang masa. Dia tiada masa untuk berdrama.

Siti, apa yang kamu nak belajar hari ini adalah suatu perkara yang penting. Seperti saya dan Che Zul yang telah mengabdikan diri. Kami tidak mahu main main dalam hal ini..,

Siti Sarah mengangguk.

Marxisme adalah sains, adalah alat untuk menganalisa. Sebuah method yang diperkenalkan oleh Karl Marx dan temannya, Friedrich Engels..,

Siti Sarah menghirup teori seperti menghirup kopi yang baru tiba.

Marxisme adalah sebuah faham yang mengikut pandangan Marx. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik. Pengikut teori ini disebut sebagai Marxist..,

Saya teruskan ya, Siti Siti yang seperti melamun jauh ditarik balik ke bumi.

Ya, teruskan Leon.. Saya okey.., Siti Sarah bukan melamun. Dia begitu tekun sampai tak berkelip. Dia teringatkan beberapa hari lepas yang Leon dengan motor Hondanya datang ke rumah dan menitipkan buku Marx berjudul, Wages, Price and Profit. Dia tidak faham sepenuhnya, walaupun suaminya marah marah apabila mendapat tahu Leon ada datang ke rumah, dia sudah tidak ambil kisah. Dia lebih tertarik pada pidato Marx dalam buku itu, yang mana Marx mengkritik pedas John Weston, seorang buruh Inggeris yang mempertahankan dalil dalam Dewan Umum Perhimpunan Kaum Buruh Internasional, bahawa upah upah yang lebih tinggi tidak akan dapat memperbaiki keadaan kaum buruh dan kesatuan kesatuan buruh menurut Weston, haruslah dianggap mempunyai pengaruh yang merosakkan. Ketika itu, di daratan Eropah sedang bermaharajalela wabak pemogokan yang menjadi hantu, yang menakutkan kaum kapitalis, dan mereka memekik akan kenaikan upah.

Leon tanpa membuang masa menceritakan apakah yang paling asas, yang paling fundamental, yang membezakan antara sosialisme yang diperjuangkan Marx dan lain lain sosialis sebelum ketibaan Marx.

Dalam On Society and Social Change, Marx ada menyebutkan, bahawa ..It is not the consciousness of men that determines their being, but, on the contrary, their social being that determines their consciousness..,

Siti Sarah terkebil kebil juga, walaupun Bahasa Inggeris merupakan majornya di universiti. Leon kemudian menerjemahkan,

Bukanlah kesedaran atau gagasan yang ada dalam kepala individu yang menentukan kehidupan atau keadaan mereka, melainkan kesedaran atau gagasan individulah yang dibentuk oleh realiti sosial..,

Inilah merupakan dasar dari konsep dialectica materialism. Kesedaran dan tindakan individu tidak lahir dari apakah yang ada dalam fikirannya, melainkan lahir dari melihat, mengamati dan mengalami langsung setiap hari. Materialism yang dimaksudkan Marx adalah hal hal yang nyata, realiti, bukan fantasi, bukan ilusi, bukan imaginasi, atau apa yang ada dalam realiti sosial. Hal hal yang bersifat abstrak, tidak boleh dilihat, lebih lebih sesuatu yang hanya bersifat keyakinan, mestilah dikesampingkan. Konsep dialectica materialism ini merupakan kritikan atas gagasan idelisme yang dominan dalam pemikiran falsafah ketika itu, terutama yang dikembangkan oleh Hegel..,

Hegel, Siti Sarah berkerut. Mata pensilnya terhenti sejenak. Dia berhenti mencatat.

Ya, Hegel, seorang ahli falsafah Barat, tokoh aliran idelisme, yang melihat kesedaran dan gagasan sebagai pangkal yang mempengaruhi dan menyebabkan tindakan individu dan sekaligus membentuk realiti sosial.

Hegel bertitik tolak dari kesedaran individulah yang membentuk realiti sosial, Marx sebaliknya..,

Leon, mungkin kau kena jelaskan daripada mana Marx mengambil ide dialectica ini..,, kata Che Zul. Dia menghirup kopi pahit kegemarannya. Wap kopi yang panas meruap-ruap naik ke permukaan cawan. Leon memandang Che Zul.

Ya betul juga. Sorry Siti..,

Tradisi mereka dalam perbincangan, akan meracik topik halus halus, seperti serdak serdak kopi yang turut ditelannya. Segala butiran harus disiasat.

Leon menjadi semangat bila bola mata Siti Sarah semakin asyik.

Baik, konsep yang paling murni atau asli dari Marx sendiri, adalah class struggle. Selainnya dipinjam dari tokoh tokoh lain. Termasuklah dialectica. Tetapi apapun, sebaik sahaja Marx telah mengubahnya, maka konsep itu memang milik Marx pun. Dialectica tadi sebenarnya diambil dari konsep yang dibangunkan Hegel, sebuah perjalanan sejarah manusia yang terbangun di atas tiga bahagian, yang disebut sebagai thesis, antithesis dan synthesis.

Thesis merupakan persoalan yang ada. Antithesis adalah tanggapan kritis daripada persoalan tersebut. Sementara synthesis merupakan keadaan baru yang terhasil, yang tercapai setelah thesis dan antithesis bertembung.

Menurut Hegel, untuk mencapai bentuk kebenaran, sejarah manusia harus terlebih dahulu melalui kesalahan dan masa masa buruk..,

Leon pergi ke tandas, kemudian Che Zul menyambung.

Kau faham ke Siti, apa yang Leon terangkan tadi Che Zul bertanya perlahan. Matanya masih mengekori Leon yang baru menutup pintu tandas.

Siti Sarah tersenyum senyum. Ya, ya. Sikit sikit, Che Zul..,

Haha. Biasalah. Pelan pelan. Leon pun satu. Macam nak orang faham dan jadi Marxist, dalam satu hari. Aku dulu pun ambil masa yang agak lama juga.

Siti Sarah tidak mahu perbincangan yang sia sia. Dia terus memutuskan.

Boleh Che Zul, terangkan lagi, apa yang Leon susah nak jelaskan tadi

Che Zul terdiam sekejap. Dia baru sahaja hendak bergurau senda dengan Siti Sarah.

Baiklah. Siti, berangkat dari konsep yang disebutkan Leon tadi, Marx merumuskan apa yang menjadi thesis, antithesis dan synthesis sebagai perjalanan sejarah manusia untuk mencapai bentuk masyarakat yang paling sempurna. Dan bagi Marx, sejarah manusia terbentuk dari upaya mereka, untuk memenuhi keperluan mereka.

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan, kemampuan produksi, err, maksud saya, pengeluaran, merupakan hal yang utama harus dikuasai. Keberadaan alat pengeluaran dan akses individu terhadap alat pengeluaran tersebut menjadi masalah utama dalam upaya memenuhi keperluan..,

Che Zul meneruskan lagi apabila Siti Sarah belum nampak tanda untuk bertanya apa apa.

Marx menyebutkan ada tiga tahap tindakan sejarah yang lahir dari hubungan individu dan kemampuan pengeluaran. Pertama, adalah ketika individu berjuang untuk mendapatkan alat pengeluaran agar mampu memenuhi keperluan utamanya, basic needsnya. Kedua, adalah tindakan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan keperluan lain, apabila keperluan utama tadi dipenuhi. Dan ketiga, setelah dua tahap itu dilalui, barulah individu mulai melakukan sesuatu untuk individu lainnya, dimulai dari hubungan suami dan isteri, orang tua dan anak, dan seterusnya, dan seterusnya..,

Siti Sarah semakin teruja. Terpampang di wajahnya, dia dapat mencerna satu demi satu maklumat baru.

Permasalahannya sekarang, Siti Sarah, adalah, dengan keterbatasan akses pada alat pengeluaran, tidak setiap individu memiliki kemampuan pengeluaran. Alat pengeluaran hanya dikuasai oleh satu lapisan masyarakat, yakni kelompok borjouis. Sementara kelompok yang tidak menguasai alat pengeluaran adalah kelompok proletar. Di sinilah dialectica Marx dimulai. Bagaimana perjuangan kelompok proletar merebut akses terhadap alat pengeluaran dari tangan kelompok borjouis..,

Proletar..,, Siti Sarah menggumam sendirian. Che Zul terdiam sebentar sebelum meneruskan lagi perbincangan. Lama betul Leon dalam tandas, fikirnya.

Perjuangan proletar untuk merebut alat pengeluaran dari tangan borjouis merupakan bentuk perjuangan kelas, atau class struggle yang kita sebut awal tadi. Marx melihat pertentangan kelas dimulai ketika masyarakat meninggalkan kehidupan primitif..,

..marxisme merupakan suatu bentuk protes Marx terhadap faham kapitalis. Marx menganggap bahawa kaum yang mempunyai kapital / pemodal telah mengumpulkan wang wang dengan banyak dan lumayan dengan mengorbankan kaum proletar. Di London, Marx melihat sendiri bagaimana golongan aristokrat dan industrialist (pemodal) tadi hidup mewah, dan pada masa yang sama keadaan kaum proletar sangat menyedihkan kerana dipaksa kerja berjam jam dengan upah upah yang begitu murah, sementara hasil hasil pekerjaan mereka, apa apa yang mereka hasilkan hanya dinikmati oleh kaum kapitalis, ada yang tidur di jalanan dengan tahap kesihatan yang teruk, malah golongan kanak kanak dikerah sebagai tenaga kerja. Ini semua membuatkan Marx tertanya tanya, mengapa dalam negara yang kaya raya, masih ramai orang yang miskin ditindas, mengapa revolusi sebelumnya, iaitu Revolusi Industri dan Revolusi Peranchis gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat, dan bagaimana perkara ini boleh diubah

Siti Sarah menyalin, tak mahu meninggalkan walau seinci perkataan sekalipun.

..Banyak kaum proletar yang harus hidup di kawasan kawasan yang pinggiran yang kotor, busuk dan sempit. Marx berpendapat bahawa masalah ini timbul kerana adanya pemilikan peribadi (private property) dan penguasaan kekayaan yang didominasi oleh orang orang kaya. Untuk menyelamatkan kaum proletar, Marx berpendapat bahawa faham kaum pemodal (kapitalisme) ini mestilah ditukar dengan faham komunisme..

Maaf saya nak tanya, Che Zul.

Apa itu proletar yang kamu dan Leon sebut dari tadi

Leon kembali ke meja. Tangannya dilambai memanggil pelayan, memesan minuman.

Kau orang semua dah sampai di mana

Proletar., kedua dua mereka menjawab sekali.

Ada telefon bergegar atas meja. Tadi telefon Siti Sarah. Sekarang telefon Leon.

Ya, bro, ada apa

Isteri aku mana, tanya suara itu.

Muka Leon berkerut kerut. Masam mempelam. Kemudian Leon menutup panggilan.

Okey semua, cukup untuk hari ini., Leon mahu khalas. Komunikasi sebentar tadi di telefon agak mengacau fikirannya. Dia mahu balik. Tak mahu gaduh. Tak mahu kecoh. Dia menjentik rokoknya yang sudah menjadi puntung.

Perlahan tapi keras, Siti Sarah memintas, Maaf..,

..Saya belum fikir nak balik lagi. Boleh kita teruskan