Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 4
BAB 4

MUNDAR-MANDIR Felisha di biliknya. Panggilan telefon dari mama semalam cukup membuatkannya berada dalam dilema. Kejadian di rumah Fariz tadi pun belum habis lagi otaknya berfikir. Sekejap duduk. Sekejap berdiri. Ya Allah..apa aku nak buat ni

Felisha menapak ke ruang dapur. Habis satu gelas besar air kosong ditogok!

"Aduh..macam mana ni" Kedua tangannya melekat di kepala. Tunduk mengadap meja makan.

"Sha!"

Felisha mendongak. Najwa dah terpacak di muka pintu dapur. Tersengih dengan fail merah dikepit celah ketiak. Baju blaus dan skirt labuh berona merah hati memang padan dengan tudung bercorak abstrak yang terlilit di kepala. Dia kembali tunduk.

"Kau kenapa ni" Najwa mendekati Felisha yang dah termengguk di meja makan.

"Beb..aku bingung la. Aku ni belum bersedia nak nikah." Felisha tuang lagi segelas air kosong.

"Eh! Kau nak nikah Bila" Najwa tarik kerusi duduk dekat dengan Felisha. Teruja!

Felisha jeling Najwa yang dah beria bertanya. Aku baru cakap nak nikah, dia ni dah excited semacam ni kenapa Aku yang serabut, dia pulak yang seronok! Soalan Najwa tidak dijawab.

Najwa berkerut kening. Hmm..ada sesuatu yang tak kena ni. Felisha dah mencuka. Masamnya dah terlebih dari belimbing buluh!

"Sha..kenapa ni Kau tak suka ke mendirikan masjid" Najwa pegang bahu Felisha.

"Bukan macam tu tapi aku belum bersedia. Sebelum aku ke arah tu, aku nak siapkan diri dengan ilmu dulu. Sekarang ni aku dalam proses bekalkan diri dengan semua tu. Takkan main redah je. Bukan senang nak nikah." Felisha luahkan apa yang dirasa.

"Laa..yang tu ke kau risaukan sangat. Cik Felisha..itu tanggungjawab lelaki nak memimpin sebuah rumahtangga. Lelakilah yang perlu bekalkan diri dengan ilmu kerana mereka akan menjadi nakhoda rumahtangga." Najwa pula meluahkan apa yang dia rasa.

Felisha pandang Najwa tak berkelip. Pandai jugak minah ni bab agama ni.

"Kau jangan lupaperempuan jugak ada peranannya dalam sebuah rumahtangga. Anak perlu dididik, bukan pandai beranak je!" Felisha luku kepala Najwa.

"Alah..tu lepas nikah boleh fikir. Sekarang ni kau kena fikir siapa bakal suami kau. Adakah dia tu..kacak ke, baik ke, penuh dengan ilmu agama ke tak, ha..yang penting..dia boleh tanggung ke makan pakai kau" Najwa senyum. Matanya dah menala ke siling.

Felisha jeling tingkah Najwa. Berangan la tu! Nak cari yang perfect je minah ni. Patutlah sampai sekarang tak jumpa-jumpa!

"Dahlah! Aku dah pening ni! Aku ingat nak ambik angin kat luar..kat tasik ke..mana-manalah!" Felisha bingkas bangun. Gelas dibasuh dan diletakkan atas rak.

Hanim mana Tak balik lagi Felisha jenguk ke ruang tamu.

Entah..dia kata kena stay back hari ni. Najwa turut intai ruang tamu. Teringat Hanim yang bekerja di sebuah bank di bandar Kajang. Akauntan seperti Hanim memang selalu kena stay back selagi akaun tidak diseimbangkan.

Felisha menapak ke luar dari rumah.

"Sha! Aku ikut!" Najwa turut bangun.

PANDANGANNYA dilemparkan jauh ke tengah tasik. Tenang air tasik beralun di permukaan ditiup angin petang. Rasa damai melihat ciptaan Allah yang sungguh cantik.

"Weh! Kau ni datang kat sini semata-mata nak mengelamun je ke" Najwa tepuk bahu Felisha.

Felisha berpaling. "Kau ni! Boleh tak kalau bercakap tu, biar mulut je yang bergerak Ni dengan tangan-tangan sekali pot pet pot pet!!"

Najwa sengih.

"Aku buntu ni. Otak aku ni dah tak boleh fikir dah ni. Tadi, mama aku call. Dia kata hujung bulan ni ada orang nak datang merisik..." Felisha kuis-kuis rumput di tepi tasik dengan ranting kayu.

"Baguslah tu! Apa yang peningnya Kau pun bukan ada pakwe lagi kan" Najwa sengih lagi. Dia turut tarik-tarik rumput di tepi kakinya.

"Bagus apanya Baru tadi, aku terpaksa jadi girlfriend bidan terjun!" Felisha dah terbayang muka Fariz yang tersengih sinis memandangnya masa makan tengahari di rumah tu. Poyo semacam je muka mamat tu!

"Girlfriend bidan terjun Apa kau merepek ni" Najwa dah berkerut kening. Felisha dipandang tak berkelip.

"Panjang ceritanya. Malaslah aku nak cerita kat kau. Esok lusa pun takkan habis." Felisha melepaskan pandangan ke tengah tasik semula.

Najwa diam seketika. Masih berfikir kata-kata Felisha tadi.

Felisha ambil telefon bimbit dalam beg tangannya yang dah berdering kuat. Siapa pulak kacau aku ni Aku dahlah bengang gila ni!

"Alamak!!" Felisha menelan liur. Nak jawab ke tak...

Najwa berpaling. Muka Felisha dah pucat. "Kenapa"

"Mak boyfriend bidan terjun aku call ni..adoih..macam mana ni" Felisha tuding ke arah skrin telefonnya. Serba salah nak jawab.

Najwa beri isyarat supaya Felisha menjawab panggilan tu.

"Err..assalamualaikum. Ya saya. Hah Minggu depan"

Talian putus. Telefon bimbit di tangan Felisha terlepas jatuh atas rumput. Najwa pulak cepat-cepat mengambil telefon bimbit Felisha. Muka Felisha dah bukan pucat macam mayat lagi dah. Dah berubah jadi muka Frankenstein! Berjahit sana sini! Riak muka Felisha dah macam kerabu!

Felisha masih memandang ke arah tasik. Hatinya dah tak keruan. Pening! Buntu! Dia menoleh ke arah kiri. Di celah-celah orang ramai yang mengunjungi tasik tu, dia ternampak seseorang yang dikenalinya. Terjenguk-jenguk Felisha melihat ke arah dua lelaki tu. Seorang darinya membelakanginya. Hmm...dia bercakap dengan siapa tu Baik aku blah dari sini. Kalau dia nampak aku kat sini, nanti dia tuduh pulak aku ni mengekori dia! Felisha mula bangun.

"Kau nak ke mana pulak Tadi bukan main lagi nak hilangkan stress!" Najwa turut bangun.

"Aku nak balik. Ingatkan boleh tenangkan jiwa aku kat sini. Lagi parah aku kat sini kalau duduk lama-lama!" Felisha jeling ke arah kiri. Mamat tu masih di situ.

Najwa hanya mengikut rentak Felisha.

FARIZ teguk air 100 PLUS dalam tin. Helmet diletak di tepi bangku. Otaknya dah pening. Keputusan mama tadi memang cukup memeningkan otak!

"Kau fikir apa"

Fariz menoleh. Sepupunya dah tersenyum di sebelah. Dia pandang seketika. Memang jauh bezanya dia dan sepupunya yang rapat sejak kecil lagi. Bila habis SPM, masing-masing bawa diri ke destinasi berbeza. Aku ke UK. Sepupu aku tu ke Jordan. Memang jauh beza. Aku belajar ilmu kejuruteraan, dia pulak ilmu Usuluddin. Kan jauh bezanya tu!

"Aku tanya ni! Pandang aku macam nak telan tu kenapa"

"Taj..aku nak tanya sikit. Perempuan yang macam mana jadi pilihan kau" Fariz teguk lagi 100 PLUS yang masih berbaki.

"Oh..yang kau duk melangut, mengelamun, berangan dari tadi tu..kau fikir pasal perempuan la ni.." Tajdid sengih.

Fariz diam. Pertama kali dalam otaknya dia berfikir secara serius tentang perempuan. Sebelum ni, kehidupannya banyak dihabiskan dengan belajar dan berseronok dalam dunianya sendiri. Habis belajar pulak, sibuk dengan kerja yang tak pernah habis!

"Kau nak nikah dengan perempuan yang kau kenal ke atau yang kau tak kenal Maksud akupilihan orang tua"Fariz menambah.

Sebelum tu, aku nak tanya kau, kenapa kau nak nikah Tajdid renung mata Fariz yang dah terkebil-kebil.

Errnak halalkan apa yang haram dan.nak ramaikan umat nabi Muhammad... Fariz sengih nakal.

Tajdid geleng sambil tersenyum.

Pernikahan ni bukan sekadar menghalalkan apa yang haram tapi lebih dari tu. Lafaz Aku Terima Nikahnya tu besar peranannya. Tanggungjawab seorang suami mendidik isteri dan anak menuju ke jalan syurga. Bukan setakat nikah dapat anak je. Anak dan isteri semua tu berkait rapat dengan kehidupan akhirat kita nanti. Tajdid senyum.

Fariz angguk-angguk. Malu pada Tajdid yang banyak ilmu.

"Kalau perempuan tu kita kenal, lagi bagus. Harus hukumnya untuk kenal terlebih dahulu sebelum menikahi perempuan tu. Tapi..kalau tak kenal pun tak apa bila bakal isteri kita tu adalah pilihan orang tua atau dari orang yang baik-baik.. Kita kena ingat, jadi orang yang baik, kita akan dapat pasangan yang baik. Ataupun...pilihan dari orang yang baik-baik, pasangan kita juga insyaAllah dari kalangan orang yang baik jugak. Jadi, pilihan orang tua tu kan baik." Tajdid senyum. Sepupu aku ni pun dah nak menikah agaknya. Dulu bukan main melenting bila sebut soal nikah.

"Maksud kau.....aku kena jadi orang baik dulu Selama ni aku tak baik ke" Fariz garu kepala. Jaket hitam yang dipakai dibuka dan diletak atas bangku.

"Bukan macam tu. Maksud aku tadi tu, bila kita baik, ada ilmu, hormat orang tua dan hormat perempuan, insyaAllah kita akan mendapat jodoh yang baik. Orang kata sekufu!" Tajdid jeling Fariz yang masih berkerut kening. Tak faham la tu!

"Jodoh seperti rezeki. Ia telah ditentukan tapi kita tak tahu apa yang Allah tentukan. Jadi kita kena berusaha mencari. Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya tapi kita kena ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding dengan kita sendiri. Sesiapa yang taat pada Allah dan tekad menjadi khalifah yang taat di bumi Allah ni, pasti tidak akan dikecewakanNya. Jadi, orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu" Tajdid sandar di bangku. Dia turut melepaskan pandangannya ke tengah tasik.

"Tapi aku tak sebaik kau. Kau banyak ilmu, lebih bersedia nak bernikah. Sudah bersedia nak mendirikan masjid. Bagi aku, aku kena cukupkan ilmu dulu. Bukan senang nak didik isteri dan anak kalau ilmu setakat buku lali. Aku kalau boleh nak bawa sekali mereka ke syurga. Bukan hanya lafaz Aku terima Nikahnya sajadah selesai." Fariz turut mengakui kata-kata Tajdid.

"Itu yang silapnya, mencari ilmu tidak semestinya sebelum bernikah. Ilmu tu berterusan selagi ada nyawa di badan. Apa yang kau fikir tu dah baik untuk sebuah rumahtangga. Tinggal kau saja yang perlu bekalkan diri dengan ilmu munakahat, muamalat.."

Fariz menoleh. Munakahat Muamalat Apa benda pulak tu wei

"Bukan ke selama ni kau pandang kecantikan je" Usik Tajdid. Faham sangat sikap Fariz.

"Tak salah kan" Fariz sengih.

"Memang tak salah tapi kecantikan tu benda relatif dan subjektif. Beauty is the eye of the beholder! Ianya berbeza pada setiap pandangan manusia. Aku tengok perempuan tu cantik tapi belum tentu cantik di mata kau tapi akhlak yang baik itu bersifat mutlak dan lebih kekal sifatnya sedangkan kecantikan boleh berubah mengikut keadaan, masa dan usia. Pada orang yang beriman dan budiman, dia akan memandang akhlak yang baik sebagai pengukur seseorang perempuan tu untuk dijadikan isteri. Bagi orang yang suka pada kecantikan, sifat tu akan menjadi perkara utama. Bagi aku, untuk apa cantik kalau sekadar untuk tatapan mata tapi untuk tadahan telinga, kita rasa sakit dan penat bila dia asyik membebel dan marah-marah. Orang kata sikap tak seiring wajah. Biarlah dia sederhana asalkan sentiasa senyum dan tenang bila bersama."

Panjang lebar Tajdid berhujah.

Fariz diam. Fikirannya melayang pada wajah Felisha yang memang cantik. Cuma hati aku je yang kering!

"Kenapa kau tanya semua ni Kau dah ada calon ke" Usik Tajdid sambil kenyit mata.

"Calon tangkap muat!" Selamba Fariz menjawab

Tajdid berkerut kening.

"Macam nilah..kalau kau masih rasa ragu-ragu. Satu je aku nak pesan kat kau. Janji Allah tentang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah di sepanjang jalan menuju ke syurga Allah!" Tajdid tepuk bahu Farid yang dah mengelamun dari tadi.

"Hmm...okey. Jomlah! Kau lapar tak Aku belanja! Kita kan dah lama tak jumpa!" Fariz bingkas bangun dan mencapai helmet dan jaket hitam di atas bangku.

Tajdid menbuntuti Fariz menuju ke sebuah restoran di sebelah tasik.

SEMINGGU berlalu. Felisha dah gelisah di dalam bilik. Hari ni, keluarga Fariz datang berkunjung ke rumahnya. Tak sangka Puan Suraya bersungguh nak kenal kedua orang tuanya. Felisha mundar mandir dalam bilik.

Sha! Turunlah cepat! Tetamu dah sampai ni!

Felisha pandang ke arah pintu. Suara mama dah terjerit di luar pintu. Haih..macam mana ni Apa aku nak cakap nanti Felisha menapak ke arah cermin besar. Dia lihat dirinya sendiri dalam cermin tu. Baju kurung hari raya tahun lepas yang tersarung di tubuhnya masih elok. Baju warna biji kundang dengan hiasan manik halus di tepi lengan baju dan kain cukup menyerlah. Tudung dibetulkan supaya tak nampak anak rambut. Lama dia merenung arca dirinya. Hmmapa hal aku ni pakai cantik macam ni Mamat tu bukannya boyfriend kau pun Felisha oi! Felisha garu kepala.

Sha! Tetamu dah tunggu tu! Laung mama lagi.

Yalah mama! Felisha betulkan baju dan tudung sekali lagi.

Perlahan dia menapak ke arah tetamu yang sedang berbual mesra dengan mama dan papa. Berhati-hati Felisha menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Matanya menala ke arah Fariz yang dah tersenyum dari jauh. Alia di sebelah Fariz juga turut tersenyum.

Apa yang dia orang sengih-sengih Ada yang tak kena ke dengan baju aku ni Ke...tudung aku yang senget Langkah Felisha terhenti seketika. Lama dia mencari apa yang tak kena pada pakaiannya. Dia meneruskan langkah. Sengaja dia duduk di sebelah mama.

Fariz masih senyum ke arah Felisha.

Felisha tunduk. Haru macam ni! Aku baru jumpa dua kali, dah kena paksa jadi girlfriend mamat ni. Apa aku nak cakap ni Nak berterus terang

Fariz pun satu! Dari tadi macam kerang ternganga! Tersengih-sengih! Ingat aku ni suka sangat ke kat dia

Cantik Sha hari ni.

Felisha mendongak. Puan Suraya dah mengukir senyum kepadanya. Adoihmuka mak Fariz dah lain macam cerianya.

Mama jeling Felisha yang dari tadi diam membisu. Asyik tunduk memandang lantai marmar. Dah nak tembus lantai tu! Dia cuit lengan Felisha.

Err..mama..ni mak dan ayah Fariz dan Alia. Terpacul kata-kata dari mulut Felisha.

Fariz menahan ketawa. Memanglah tu orang tua aku! Apa punya gelabah minah ni!

Maaf Puan Bainun, kami datang ni nak kenal keluarga kawan Fariz ni. Terlanjur datang ni, kami ingat nak tanya la puan pasal anak dara puan, Felisha ni. Yalah..Felisha dan Fariz ni pun dah lama berkawan. Kami ingat nak satukanlah mereka ni. Puan Suraya berbahasa. Dia jeling suaminya Encik Mustafa di sebelah yang turut mengangguk.

Felisha mendongak. Dia pandang pula ke arah Fariz. Muka mamat tu pun dah berubah rona.

Oh ya ke Sha tak ada pulak beritahu apa-apa yang dia dah ada kawan istimewa.. Puan Bainun jeling Felisha dan Fariz. Bila masa pulak anak aku ni ada boyfriend Habis tu, kenapa dia diam je bila keluarga Tajdid tanya pasal hal tu hari tu Aduh! Pening macam ni!

ErrSha dan Fariz satu universiti ke Encik Zainuddin pula mencelah.

Tak pakcik Fariz senyum. Sempat jeling Felisha yang dah tunduk.

Habis tu, macam mana kenal Sha ni Puan Bainun pula menyampuk.

Kami kenal di tepi jalan. Fariz berkata selamba.

Hah Tepi jalan Puan Bainun tercengang.

Kedua orang tua Fariz turut tercengang.

Errmama, papa, dulu saya terlanggar dia. Saya yang salah masa tu. Saya nak cepat, terlanggar dia kat tepi jalan. Felisha terangkan keadaan sebenar. Dia jeling Fariz. Selamba je mamat ni jawab! Poyo betul!

Oh..jadi kebetulan la ni! Encik Mustafa pula menyampuk.

Mana yang ada di situ mula ketawa. Hanya Felisha dan Fariz saja yang diam membisu. Bengang dengan apa yang berlaku sekarang. Felisha jeling Fariz. Memang mamat ni muka tak malu! Dulu tuduh aku muka tak malu, sekarang ni dia boleh buat muka selamba dek je! Memang sah muka seposen!

Itu maknanya cinta pandang pertama. Siapa yang tak jatuh cinta pada orang yang secantik Sha ni. Puan Suraya pandang Felisha dan kemudian beralih pada Fariz.

Fariz bersahaja pandang Felisha yang dah kemerahan pipinya. Berangan la tu! Puji sikit dah sebakul kembang hidung tu! Macamlah cantik sangat!

Felisha tunduk. Hish! Memang dah parah! Dah kritikal! Ada ke cinta pandang pertama Pandang ke seratus kali pun belum tentu aku jatuh cinta dengan mamat poyo ni! Eii!! Muka handsome pun nak buat apa kalau cakap tak ada insuran!

JadiSha dan Fariz ni memang serius ke Puan Bainun dah bingung. Apa yang dia nak cakap dengan keluarga Tajdid nanti

Tak!

Serentak Felisha dan Fariz menjawab.

Mana yang ada di situ masing-masing tercengang.

Apa maksud Sha Puan Bainun dah bingung. Sekejap ya, sekejap tak!

Selalunya bila jawab macam tu, maksud lain tu. Saya sebenarnya dah suka pada Sha ni. Kalau boleh, saya nak sunting bunga dalam taman ni. Puan Suraya mencelah. Bibirnya dah tersenyum simpul. Sudah lama dia menunggu saat ini.

Pantas Felisha mendongak. Dia menelan liur. Matanya menala pula ke arah Fariz. Muka Fariz dah panik. Gila ke apa mamat ni Baru jumpa dua kali dah nak meminang aku Dahlah cakap asyik nak menyakitkan hati aku je! Ataudia juga rasa terpaksa dengan mama dia

Errmakcik, makcik dah salah faham ni. Saya dan Fariz sebenarnyaKata-kata Felisha terhenti. Fariz dah memotong cakapnya.

Sebenarnya kami baru kenal. Jadi, elok rasanya kami berkawan dulu. Kalau serasi, boleh teruskan. Kalau tak, mungkin setakat tu saja. Fariz jeling Felisha.

Felisha menelan liur. Kawan pun tak ingin!

Tapi kalau dah suka sama suka, elok disatukan terus. Tak baik berkawan lama-lama tanpa ikatan yang sah. Sha macam mana Encik Zainuddin jeling anak gadisnya.

Hah Err Felisha garu kepala. Papa aku ni pun satu! Elok-elok si Fariz dah bagi kata putus, boleh pulak suruh aku nikah cepat dengan mamat tu!

Haihberangan apa ni..dah tak sabar ke

Felisha muncung. Mama dah menyakatnya depan tetamu.

Macam nilah...apa kata kita ikat dengan tali pertunangan dulu. Itu yang sebaiknyamacam mana Puan Suraya jeling Felisha dan Fariz silih berganti.

Pantas Felisha mendongak. Apa Bertunang Matanya menala pada Fariz yang turut terbeliak.

Err..mama,papa..Sha tak boleh fikir sekarang ni. Bagilah Sha masa. Felisha berkata perlahan.

Tak apa..Sha fikirlah dulu. Kalau dah setuju nanti, kami akan hantar rombongan meminang. Puan Suraya senyum meleret.

Hari tu, pertemuan berakhir tanpa ada keputusan yang dibuat. Masing-masing buntu. Aku lagi la. Aku tak kenal sangat siapa Fariz. Alih-alih, nak masuk meminang tapi apa yang aku sangat pasti, Fariz memang sah-sah tak suka aku! Jadi dah terang lagi bersuluh, aku dan mamat tu memang tak boleh ngam! Ni bukan zaman dolu-dolu, ikut je pilihan orang tua!