Dude! I'm Getting Married - 4
BAB 4

PUKUL sembilan pagi. Terkocoh-kocoh Jai berjalan ke tingkat satu bangunan tiga tingkat fakulti Perubatan.

Masuk je ke tempat kerja, Jai lihat semua dah ada. Hmm..agaknya aku yang terakhir. Mr. PCK pun dah sampai. Siap senyum lagi bila nampak aku terpacak menahan mengah di muka pintu pejabat.

Jai! Come!

Jai menapak ke meja Mr. PCK.

Ni meja you. Mr. PCK tunjuk meja di sebelah mejanya. Jai senyum lagi.

Terus Jai duduk. Helmet diletak di bawah meja. Di atas meja, Jai lihat banyak kertas dan borang untuk dikemas kini.

Err..borang ni nak kena isi ke Jai dah pening.

Tak..just susun dan masukkan ke dalam sampul tu. Kejap lagi ada sesi praktikal. Nanti haa..ada orang ajar macam mana mahu isi itu borang bila kita pergi interview nanti. Mr. PCK sengih. Pelatnya masih pekat. Rupanya dia seorang guru dulu. Sekarang ni dah pencen.

Oh..ok. Jai mula susun borang tu.

Encik Ikhwan Haris!

Jai mendongak. Siapa panggil nama penuh aku ni

Err..ya saya!

Cik Hani terkedek-kedek datang ke meja Jai membawa sekeping kertas.

Panggil saya Jai je..

Ops! Maaf.lupa.. Cik Hani sengih. Cepat je jemari halus nya menutup mulut mungil.

Ni list pekerja yang akan bekerja bersama dengan Jai nanti. Jai jadi ketua. Yang lain tu kena pergi buat temu ramah. Jai hanya pantau saja. Mereka semua tu student. Panjang lebar cik Hani menerangkan kertas sekeping tu.

Emm....maknanya..mereka ni akan bekerja bawah saya Jai dah bingung.

Cik Hani angguk.

So, how about their payment Mr. PCK pula menyampuk.

Jai turut angguk.

Kami akan bank in sejumlah wang dalam akaun bank RO masing-masing sebulan sekali. Wang tu nanti, anda semua akan beri pada pekerja bila habis kerja. Ada disertakan sekali pay slip. Cik Hani senyum lagi.

Jai angguk lagi. Pekerja lain pun turut angguk.

Sekejap lagi dia orang akan join sekali masa kelas praktikal untuk cara-cara isi borang kaji selidik. Cik Hani menambah.

Hmmok.. Jai perhati nama-nama di kertas tu. Ada sembilan orang semuanya. Lima perempuan, empat lelaki.

HARI tu Jai sibuk menyusun borang soal kaji selidik. Semuanya kena dibawa sekali. Jabatan Perubatan telah menyediakan dua buah kereta untuk digunakan semasa projek tu dijalankan nanti.

Jai jeling jam di pergelangan tangan. Dah hampir sepuluh pagi. Sekejap lagi sesi praktikal.

Ok! Semua student boleh masuk dan duduk di tempat RO masing-masing. Kita ada kelas praktikal. Berlatih jadi resident dan penemuramah. Puan Sarah pula muncul.

Bilik pejabat yang agak besar tu dah penuh dengan pelajar yang mencari pendapatan sampingan sebagai penemuramah. Mengisi masa cuti semester.

Jai hanya melihat seorang demi seorang anak buahnya mendekati meja. Memang cukup sembilan orang. Yang terakhir tu, dia tergamam. Terkedu. Masing-masing tak berani buka mulut. Macam..aku pandang dia, dia pandang aku tapi bukan main mata. Jai pulak buat muka selamba lepas tu.

Sesi penerangan bermula. Selesai je penerangan tu, mereka dikehendaki membuat praktikal sesama sendiri. Masing-masing pilih pasangan. Team Jai sembilan orang. Jai renung satu persatu. Emm..nak tak nak aku terpaksa pilih salah seorang dari mereka.

Awak, siapa nama Jai terpaksa tanya minah tu.

Err..awak jadi RO ke Gadis tu tanya Jai balik.

Nama awak siapa Suara Jai dah naik satu oktaf lagi. Soalan dijawab dengan soalan.

Eh, bukan awak ke yang langgar saya hari tu

Jai dah bengang. Awak nak kerja ke tak nak Kalau tak nak saya ambik orang lain..

Eh, marah pulak. Salah ke saya tanya

Minah ni memang nak naikkan darah aku. Jai pandang sekeliling. Yang lain dah mula berlatih praktikal temu bual.

Nama awak siapa Jai dah mula geram. Aku sekeh baru tahu budak ni.

Tu..ada kat kertas tu.. Dia muncungkan mulutnya ke arah senarai nama dalam kertas di atas meja.

Yang mana satu

Jai jenguk. Malas nak baca. Ada lima nama perempuan semuanya.

Nama penuh ke nama pendek Dia senyum.

Jai jeling. Minah ni saja nak buat aku geram! Bengang!!

Macam nilah..kita terus praktis. Tak payah tanya nama, boleh Dia mengusul cadangan.

Jai dah geram. Gadis tu ditenung seketika. Nak marah karang, menangis pulak minah ni kat sini, haru aku nanti!

Baiklah..awak bagilah nama tipu pun tak apa. Asalkan awak bahagia. Jai senyum kelat.

Okey!

Jai senyum. Perempuan..perempuan. Mengada-ngada tak kena tempat. Tak nak mengalah.

JAI hempas tubuh di sofa. Koci dan Acik belum balik lagi. Dia menoleh ke arah kanan. Jam di dinding tu baru pukul lima setengah petang. Balik dari pejabat tadi, dia terus ke rumah. Tak singgah mana-mana.

Lama Jai pandang siling. Dagu diusap lembut. Terbayang kejadian tadi. Pelajar perempuan tadi degilnya yang amat. Masa praktis pun dia boleh bergurau. Aku tanya lain, dia jawab lain. Nak je cubit mulut kecik dia tu. Pot pet pot pet. Tapi bila ingat halal haram ni..aku diam je. Orang kata diam lebih baik.

Jai..kau kenapa ni Senyum sorang-sorang ni

Jai menoleh. Koci dah tersengih di muka pintu. Ringkas dengan kemeja dan seluar jeans. Agaknya ada site visit hari tu.

Awal kau balik hari ni

Hari ni aku kena tengok tapak projek. Kau tak kerja ke Koci duduk sebelah Jai.

Kerja

Lain macam je kau ni..tadi kemain lagi senyum sengih. Koci tekan butang remote control tv.

Tak ada apalah..

Haih..baru kerja dah senyum-senyum.. Koci tak puas hati. Jai macam acuh tak acuh je jawab.

Tak ada apalah..yang kau sibuk ni kenapa

Tak ada la..mesti ada benda berlaku kat ofis ni.. Koci tukar siaran tv.

Kau macam mana Giliran Jai pula bertanya.

Apa Koci menoleh. Terteleng sekejap.

Yalah..awek. Bila kau nak serius Jai senyum sinis.

Entahlah..satu pun tak melekat ni. Aku target kahwin umur 27 tahun. Paling lewat pun 30 tahun. Koci sandar di sofa.

Tu la..cuba kau buat kajian sikit..perempuan ni suka apa Lelaki macam mana yang dia orang suka Sikap yang macam mana dia orang nak Dan yang paling penting..apa yang kau boleh bagi kat dia Duit Ilmu Bimbingan Jai mula berhujah. Dia sendiri pun masih tercari-cari jati diri.

Banyaknya..satu-satu la! Koci tepuk bahu Jai.

Nak anak dara orang, diri sendiri kena cukup ilmu dulu. Bukan cukup duit je.. Jai sengih.

Sekali lagi Koci tepuk bahu Jai. Kau sindir aku eh

Aku tak kata macam tu. Semua orang boleh cari duit tapi tak semua orang boleh cari ilmu, tambah lagi ilmu akhirat. Cuba kau fikir, kau nak nikah tapi satu ilmu pun kau tak ada, macam mana kau nak bina rumah tangga Jai lihat muka Koci. Nak tengok reaksi dia.

Maksud kau

Lafaz Aku Terima Nikahnya tu bukan hanya ucapan je..ada tanggungjawab dalam tu. Segala dosa pahala isteri tu dah jatuh atas bahu suami. Jadi masa belum nikah ni la kita kena bekalkan diri dengan ilmu. Dayus seorang suami membiarkan isteri melakukan dosa. Jai luahkan apa yang telah dia belajar.

Memanglah. Takkan aku nak biar isteri aku buat maksiat. Curang dengan aku. Main kayu tiga. Koci kalih pula siaran lain. Tadi cerita kartun.

Kau kena faham..maksiat tu bukan hanya main kayu tiga je tapi apa juga yang boleh mendatangkan dosa.

Apa maksud kau

Jai senyum hambar. Dulu dia pun macam Koci. Maksiat tu hanya dikaitkan dengan hubungan terlarang perempuan dan lelaki sedangkan maksud maksiat tu jauh lebih luas.

Buka aurat, mengumpat, tak hormat suami, makna kata, tak jaga perbuatan dan tutur kata. Sekali dosa dia buat, kita yang tanggung kecuali Jai jeling Koci. Sengaja dia biarkan kata-katanya tergantung tak bernoktah.

Koci pandang Jai tak berkelip. Menunggu kata-kata seterusnya. Dia angkat kening.

Kecuali apa Dah tinggi suara Koci. Jai dah sengih depannya. Mamat ni buat aku geram jelah!

Kecuali kau dah tegur dia, dia tak nak dengar. Ha..tu dia sendiri yang tanggung dosa..tapi kau nak ke isteri macam tu

Koci diam. Dia mengalih pandangan pada kaca tv. Otaknya masih berfikir. Kata-kata Jai ada benarnya. Makna maksiat terlalu sempit baginya. Ramai pasangan yang tidak ambil tahu soal tu.

Apa yang kau fikir Jai betulkan duduk. Kepalanya di sandar pada sofa.

Oh..tak ada apa. Aku terfikir..berat sebenarnya nikah ni Koci dah kendur suara.

Kau jangan pulak fikir macam tu. Aku cakap macam tu sikit kau dah gelabah. Nikah tu senang, yang beratnya tanggungjawab. Tanggungjawab tu akan jadi senang kalau suami dah bersedia dengan ilmu membimbing isteri dan anak-anak. Nikah itu akan jadi indah bila suami isteri

memahami arah tuju pernikahan. Nikah tu akan jadi syurga dunia bila mana suami isteri mengikut syariat. Jai menambah. Dia sendiri pun masih menimba ilmu, melengkapkan diri sebelum melangkah ke alam pernikahan.

Syariat

Jai angguk.

Kita ada agama. Hidup kita berpandukan agama dalam apa jua perkara. Dari benda kecik sampailah benda besar. Syariat tu sendiri agama. Merangkumi hukum hakam berdasarkan Quran dan sunnah. Kalau itu beres, insya-Allah pernikahan kita bahagia.

Koci diam lagi. Khusyuk dengar hujah Jai. Dia pandang Jai. Selamba je muka mamat ni. Hmm..banyak Jai tahu rupanya. Bila masa dia belajar semua tu Kat U, ambik mikrobiologi. Belajar pasal bakteria dan segala mak nenek kuman! Langsung tak ada kena mengena pun dengan semua tuhmm.

Jadi..kau pulak macam mana Koci pulangkan soalan yang sama.

Aku

Koci angguk.

Kalau aku, aku nak jadi baik dulu, baru cari yang baik. Jai sengih. Memang sejak dulu dia pegang prinsip tu. Jadi lelaki yang baik dulu sebelum mencari gadis yang baik.

Baik macam mana Kali ni Koci tarik kedua kakinya, duduk bersila atas sofa. Tapak tangan kanan menopang dagu. Tepat pandang Jai.

Baik dari segi sikap, cari ilmu akhirat dan amalkan. Dengan sendirinya kita dapat perempuan yang baik-baik. Jai sengih.

Macam yakin je aku cakapaku jeling Koci yang dah berkerut dahi.

Maknanyakena jaga tingkah laku

Jai angguk.

Habis tu tak boleh bercintalah Koci pandang Jai, ada riak tak puas hati. Jai macam tak beriak. Selamba dek je dia ni..

Siapa kata tak boleh bercinta Cinta tu satu rasa yang dianugerahkan Allah kepada hamba Nya. Cuma..kena tahu macam mana cinta tu dibawa. Cinta sebelum kahwin tak salah asalkan tahu batas. Jai tengok muka Koci dah mula ceria. Amboi..sebut pasal cinta je..dah berseri muka mamat ni..

Maknanya tak boleh keluar dating

Jai dan Koci serentak menoleh. Acik dah tersengih kat muka pintu. Entah bila dia terpacak kat situ. Sempat menyampuk lagi. Maknanya dia dengar perbincangan tak rasmi antara Jai dan Koci.

Bila kau balik Dah macam hollow man kau ni.. Jai terteleng melihat Acik yang mula melangkah ke arahnya dan Koci.

Kau ni tiba-tiba menyampuk..aku ingat suara dari mana la tadi.. Koci sengih. Urut dada sendiri.

Ingat aku ni hantu ke Acik henyak tubuh sebelah Koci di sofa panjang.

Pasal tadi tu..tak boleh dating la Acik sambung tanya.

Boleh! Siapa kata tak boleh Jai senyum kelat. Pandai nasihat orang, aku sendiri masih terkial-kial mencari ilmu. Terkial-kial mengubah diri.

Tadi kau kata ikut syariat

Jai jeling Acik sebelah Koci. Maknanya memang Acik dah lama duk tercongok kat muka pintu tu tadi.

Betul! Jai mengiakan kata Acik. Muka Koci pulak dah blur semacam.

Eh..mana satu yang betul ni Jai Kau biar betul! Jangan pulak kau bawa ajaran sesat kat sini Koci pula mencelah.

Jai sengih. Muka Koci dah lain macam. Acik pulak terkebil-kebil tengok Jai senyum selamba je. Tu la..sekolah tak habis!

Aku tak kata keluar berdua, kau tanya pasal dating. Boleh je nak dating, janji ada orang ketiga dan di tempat ramai. Itu pun bila nak bincang hal penting. Mata Jai masih pada kaca tv. Dah siaran lain pulak, dari drama Melayu ke American Chopper la pulak.

Nak cerita hal ni..panjang..sekarang ni dah nak masuk maghrib..jom jemaah sekali Jai bingkas bangun. Saja dia ajak. Koci dan Acik dah tersengih-sengih.

Kau pergi dulu..aku belum habis penat ni.. Acik dah buat alasan.

Koci pun macam tak berganjak. Jai senyum kelat.

Aku masuk bilik dulu tapi sebelum tu aku nak tanya sikit, kalau diberi pilihan, korang nak yang mana..seringgit ke dua puluh tujuh ringgit Jai menoleh sebelum melangkah ke tingkat atas.

Dua kepala mendongak ke arahnya. Berkerut dahi masing-masing.

Mestilah dua puluh tujuh ringgit! Cepat je Acik jawab.

Haah.. Koci mengiakan jawapan Acik.

Tahu pun nak yang banyak! Jai masih berdiri di situ.

Wait..kau nak bagi ke Koci sengih.

Kau rasa

Apa pulak main rasa-rasa..nak bagi, bagi je la.. Koci mencebik.

Hmm..mana lebih baik..duit ke pahala

Apa kena mengena duit dan pahala pulak Acik yang kembali menonton mula mendongak. Tadi dia asyik melayan Paul Junior merekacipta motosikal berkuasa besar.

Haah! Pahala apa Koci turut menyokong Acik.

Solat!

Erraaa. Koci garu kepala. Senyum sengih.

Acik dah berkerut dahi.

Jai senyum. Soalan macam tu pun kena fikir ke dia orang ni..parah..parah.

Aku naik dulu. Nak mandi.. Jai sengih. Biarkan dia orang terfikir-fikir. Memang Koci dan Acik dua-dua lambat sikit nak tangkap maksud aku. Tapi aku tak kisah. Janji dia orang ni tak tinggal solat. Dulu aku pun macam tu, terkebil-kebil nak jawab soalan ayah aku. Lepas tu mulalah fikir balik apa yang dia tanya. Kadang-kadang tu kena cari sendiri maksud soalan tu.