JAM sudah menunjukkan pukul 10 pagi apabila Zack terbangun buat kali kedua. Setelah menunaikan solat subuh tadi, dia tertidur kembali. Bukan dia seorang sahaja yang selalu macam tu, Sham, Shafiq, Zali dan Khairul juga sama sepertinya. Mereka tidur bergelimpangan di ruang tamu rumahnya. Malam tadi, mereka menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Arsenal. Zack dan Sham, sebagai penyokong tegar Manchester United, meraikan kemenangan itu dengan bongkak dan berlagak.
Shafiq pula, lebih suka diam daripada menegakkan benang yang basah setelah Arsenal kalah. Kutukan dari Zack dan Sham tidak mampu ditangkis seorang diri.
Zali dan Khairul, bukanlah peminat Manchester United mahupun Arsenal. Jadi, mereka tidak kisah milik siapa kemenangan itu. Tapi, Zali sempat mengutuk Zack dan Sham dengan mengatakan, penyokong tegar Manchester United semuanya poyo.
Woi! Bangunlah! Dah pukul sepuluh! Zack mengejutkan sepupu-sepupunya. Ada yang bergerak-gerak dan tertidur kembali. Ada yang langsung tak bergerak. Ada yang cuba membuka mata luas-luas tapi kemudian kembali menyambung tidur.
Lima minit kemudian, Zack bangkit dari pembaringan lalu menggeliat sedikit. Mengantuk macam mana sekalipun, dia tetap memaksa diri untuk bangun. Hari ini, hari terakhir dia bercuti. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini.
Zack masuk ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala. Sempat jeling dua orang adik kembarnya, Fakri dan Fazli juga masih tidur. Dia sengih. Mentang-mentang cuti sekolah. Tuala di penyidai dicapai lalu dia melangkah malas menuju ke bilik air untuk mandi.
Usai mandi, Zack tercium bau yang enak dari dapur. Dia tersenyum sementelah perutnya juga sedang lapar. Sambil menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala, Zack menuju ke dapur.
Masak apa, mak Zack menegur lembut.
Spaghetti Puan Mariah menjawab pendek.
Spaghetti Bukan nasi lemak ke
Tahu pun. Yang kamu tanya lagi, mak masak apakenapa Balas Puan Mariah.
Aduyaimak ni. Tanya pun tak boleh
Boleh. Hah..tanyalahtanya. Kamu nak mintak resepi nasi lemak ni pun, boleh
Ialah mak Zack mencekut sedikit ikan bilis goreng di atas piring, sebelah kuali lalu disuap ke mulut.
Nak makan ke, Zakry Soal Puan Mariah
Tak mak. Ambil bau aje Balas Zack.
Puan Mariah tersenyum.
Duduklah. Nak siap dah ni. Nanti mak ambil nasi
Zack sengih dan tanpa banyak bicara lagi, dia menuju ke meja makan. Terangkat kening apabila Sham dan Zali juga sudah turut berada di meja makan sambil minum kopi. Zack yakin, kedua-duanya masih belum menggosok gigi.
Kamu nak balik KL pukul berapa Zakry Ketika menghidangkan makanan, Puan Mariah bertanya.
Lepas Zohor Jawab Zack.
Puan Mariah mengangguk.
Sambil berbual-bual, mereka menikmati sarapan pagi yang lazat itu. Nasi lemak berlaukkan ayam goreng ala kampung berserta dengan sambal tempe, cukup membuka selera. Sempat Puan Mariah menasihati Zack dan yang lain-lainnya supaya menjaga diri di tempat orang, jangan lupa solat dan lain-lain lagi sebagai peringatan kepada mereka. Zack, Sham dan Zali mengangguk sahaja.
Bila Puan Mariah mula menyentuh soal jodoh dan kahwin, Zack, Sham dan Zali pura-pura tidak mendengar lalu berbual sesama sendiri.
ZACK berhenti seketika di tempat Rawat & Rehat Ayer Keroh untuk menghilangkan lenguh akibat lama memandu. Hajat untuk bertolak selepas Zohor, tersasar menjadi selepas Asar gara-gara tertidur lagi. Setelah keretanya diparkirkan, dia mengambil kotak rokoknya lalu diperiksa. Ada dua batang lagi. Cukuplah untuk bekalan hari ini.
Zack keluar dari kereta. Sambil bersandar di tepi pintu, rokoknya dinyalakan. Entah bila nak berhenti, dia pun tak tahu.Seperti biasa, mesej di telefon bimbit diperiksa. WhatsApp Group Keluarga Tok Ahmad kurang meriah hari ini. Ramai yang sudah meninggalkan Kluang, pulang ke tempat mereka bermastautin dan mencari rezeki. Kebanyakan mereka tinggal bertebaran di Lembah Klang namun hendak berjumpa, amat payah sekali. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Mesej dari Johari atau lebih suka dikenali sebagai Joe dibaca seketika.
(Joe - Johari) 12 haribulan depan ada show. Confirm
Zack mengerutkan kening. Masih belum tahu tahap kesibukannya pada tarikh itu. Selain mempunyai kerja tetap sebagai pereka grafik di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibukota, diajuga bermain muzik secara separuh masa.Saja suka-suka.
(Zack Iskandar)
Nanti aku confirm balik
Pendek balasan Zack. Telefon bimbit diteliti lagi. Menerima mesej dari Joe juga. Tapi kali ini, nama sebenarnya adalah Zulkifli. Entah macam mana boleh
Nicki Lee Abstrak Cinta Aku & Dia
~ 38 ~
jadi Joe, dia pun tak tahu. Zulkifli adalah rakan sekerjanya.
(Joe Zulkifli) Zack, bila masuk kerja
(Zack Iskandar) Esoklah bhai
(Joe Zulkifli) Cantek. Lega aku. Kerja banyak der. Tak larat aku nak handle sorang
(Zack Iskandar) Baru kerja sikit, dah merungut.
(Joe - Zulkifli) Mahu tak merungut bhai. Function banyak ni
(Zack Iskandar) Yelah. Apa citer
(Joe - Zulkifli) Boss baru Marcom dah masuk dua hari lepas. Cun bhai
(Zack Iskandar) Ceh! Kalau kaukambing pakai skirt pun kau kata cun
(Joe - Zulkifli) Ni betul bhai
(Zack Iskandar) Yelah lain
(Joe - Zulkifli) Date untuk staff party dah confirm. Aku kena jadi committee. Aduh!
(Zack Iskandar) Padan muka. Dah la bhai. Jumpa esok ler..
(Joe - Zulkifli) Okay bro
Perbualan maya dengan Joe Zulkifli tamat. Zack melihat jam tangan. Sudah hampir ke waktu maghrib. Dia membuat keputusan untuk bersolat Maghrib saja di sini.
ZACK sampai di rumah sewanya di Selayang lebih kurang pukul sembilan malam. Selepas memberi salam, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tiada kelibat Hanif, rakan serumahnya di mana-mana. Mungkin Hanif keluar. Yang ada hanya Jack, sedang tidur dengan aman di atas sofa.
Tidur ajelah kerja kau Tegur Zack sambil mengunci kembali pintu rumah.
Jack mengangkat kepala apabila mendengar suara Zack tetapi masih tidak berganjak dari sofa. Dia tak tahu sama ada Zack marah atau perli melalui nada suaranya tapi Jack tidak ambil peduli tentang itu. Jack kembali berbaring sambil memejamkan mata.
Zack menghampiri Jack lalu mengusap kepalanya. Jack menjadi manja secara tiba-tiba.
Meow.
Jack berbunyi perlahan lalu menyambung kembali tidurnya yang terganggu oleh kepulangan Zack tadi. Seronok betul jadi Jack makan tidur saja kerjanya.
Jack adalah kucing belaan Hanif. Tahun lepas, Hanif terjumpa Jack di tepi tong sampah, dalam keadaan sakit dan lapar. Nama betul Jack adalah Jack Sparrow, diambil sempena nama lanun dalam filem Pirates of Carribean. Jack buta di mata sebelah kirinya akibat jangkitan kuman dan atas sebab itu, Hanif menamakan kucing itu dengan nama lanun.
Setelah mandi dan solat Isya, Zack membuat keputusan untuk tidur saja. Esok dia akan bekerja semula. Setelah bercuti lama, memang malas rasanya untuk kembali bekerja.
Bismikallahumma ahya wa amuut. Amin
Tidur.