Abang minta maaf Sarah. Abang sangat miskin sekali untuk berkahwin dengan kamu., begitu kata lelaki tersebut.
Tiada cincin. Tiada emas. Tiada intan permata. Tiada baju persandingan. Tiada tengkolok. Tiada inai. Tiada apa - apa jika boleh dikata. Siti Sarah tahu, hari ini hari paling bersejarah untuk dia dan mempelainya. Dia akan berkahwin dengan seorang pemuda yang miskin. Tapi kaya yang lain.
Dia bukan si miskin biasa. Si miskin yang mustadhafin (yang tertindas / oppressed ), yang muhajirin (yang berhijrah / exodus).
Abang berjanji abang akan jadi suami yang baik. Itu janji suami yang dikasihinya. Mereka bernikah syarie. Menikah tanpa wali. Bukan mutah, tapi menikah mengikut Mazhab Hanafi. Tanpa wali bermaksud tiada wali seperti dalam Mazhab Syafie, tetapi berwalikan perempuan itu sendiri. Itu semua atas nasihat dan anjuran seorang ustaz yang mereka kenali.
Kita sangat miskin sekali. Sementara saya tiada kerja apa - apa, yang stabil. Tapi awak masih mahu kahwin dengan saya, seorang lelaki yang miskin..., sedikit kesal suara lelaki itu, usai mereka menjadi satu di hotel tak jauh dari lokasi diijabkabulkan.
Shhy..., dia meletakkan jari telunjuknya di bibir suaminya yang kering. Dia sendiri telah memilih jalan ini. Tiada apa - apa yang perlu disesali sekarang ini. Lelaki yang dalam dakapannya ini bukan tiada apa - apa. Kalau mahukan apa - apa, dia tak perlu meninggalkan dunia kelas menengahnya. Lebih baik dia mengikut sahaja kehendak ibu dan bapanya yang mahukan itu dan mahukan ini. Kehendak yang tak pernah terpuas, berbakti mahu dibalas, mahu segala budi ada yang belas, dan anak boleh dipulas - pulas. Dia tak mahu lagi jadi kuda tunggangan siapa - siapa. Di mata suaminya yang menyetubuhinya dimulakan doa, dia melihat seberkas cahaya, impian menjadi manusia merdeka (free men), yang selama ini tidak pernah dibuka siapa - siapa.
Abang memang tak memiliki apa - apa sekarang, sayang. Tapi abang ada Siti Sarah. Siti Sarah yang akan kukuhkan abang. Kita akan sama - sama melakukan apa yang selama ini kita cita - citakan. Abang kan nak jadi aktivis Sama juga saya. Kita sama - sama akan jadi apa yang kita percaya, bang :) ..., dia cuba melegakan perasaan buah hatinya. Dia tidak mahu buah hatinya galau dan kacau.
Tiada siapa yang tahu berapa lama mereka begitu, berkahwin, dan tiada siapa tahu, melainkan orang - orang tertentu, tiada rumah, hanya hotel menjadi tempat mereka singgah, bagaimana mereka hidup, dia menangguh pelajaran, lelakinya yang bekerja bermacam pekerjaan, mereka seperti pelarian, dan akhirnya sampai mereka mendaftarkan perkahwinan, dan menyewa sebuah rumah murah. Segalanya senyap - senyap, dan dont trust anybody menjadi falsafah dua merpati sejoli ini. ..Kalau kita tiada apa - apa, kita kena hidup..,
Shhy..., sekali lagi, Siti Sarah meletakkan jari telunjuknya di mulut suaminya. Dia percaya masa hadapan bagi mereka bakal tiba. Dia melihat sendiri usaha keras lelakinya berusaha mencari nafkhah, supaya kehidupan mereka yang agak susah, menjadi lebih mudah. Ketika ini ayat - ayat cinta mereka teruji. Mereka pernah hidup walaupun hanya RM1. Berkongsi komputer riba yang satu. Sewa rumah yang kadang - kadang tak terbayar. Air yang sekejap ada sekejap bercatu, dapur yang tak berasap. Kain baju yang langka. Berhutang keliling pinggang. Dan kadang - kadang, ada riak bengang antara satu sama lain.
Shhy..., dan seperti biasa Siti Sarah cuba menyabarkan dirinya. Dua - dua mereka sama - sama bekerja. Kadang yang lebih menanggung yang kurang. Suaminya hari demi hari, agak nampak masa depan. Pekerjaannya sebagai penulis dan aktivis sepenuh masa, sedikit memberikan pendapatan. Walaupun tak begitu banyak, tetapi dia bukan tamak. Cukuplah kalau boleh hidup suami isteri, dan jika lebih, taruh simpan untuk anak beranak.
Kita layak dapat zakat sebenarnya.. Haha..., ketawa suaminya suatu hari, selepas Siti Sarah baru pulang dari pekerjaannya, mengambil upah mengajar bahasa Inggeris. Rumah sewa mereka yang terletak di Jalan Bukit itu tak begitu berperabot. Dia mengambil gelas dan dituangkan air kosong lalu duduk bersimpuh tepi suaminya.
Tapi kita tak pernah minta BR1M ke apa ke..., lelakinya tersenyum.
Kenapa kita tak pernah minta bang, isterinya menambah gula dalam senyuman.
Dia menyentuh licin dagu Siti Sarah.
Kita utamakan yang lain - lain, yang lebih memerlukan. Kita okey. Ada tempat berlindung. Ada pekerjaan. Ada duit sikit, okeylah. Orang lain lagi tak ada apa - apa..., ketawa lelakinya kelihatan gusi. Dia sedikit ria, sedikit bahagia. Terpamer di wajah tanda ceria. Lelaki ini jarang - jarang ketawa sebenarnya. Sangat anti-sosial. Duduk berkurung sahaja jika tak pergi ke mana - mana.
Abang ingat nak masuk ke kilanglah, Sarah.
Buat apa, bang
Nak setup union di sana. Nak memperkuatkan gerakan pekerja. Dalam masa yang sama, boleh menulis catatan perjuangan kaum buruh. Di Malaysia, tak banyak catatan - catatan perjuangan kaum buruh. Sesetengah mereka bercakap tentang kaum buruh, tetapi mereka tidak bekerja dengan kaum buruh, bagaimana mereka berani berbicara tentang kaum buruh Bagaimana percakapan - percakapan mereka, mahu merasuk kaum buruh, mahu membuatkan kaum buruh, histeria menggila Bukankah jika mereka masuk ke dalam tubuh - tubuh buruh, ke kilang - kilang, dan mengorganisasi dari dalam, bukankah percakapan dan tulisan mereka akan mempunyai ruh, dan bergemuruh Isterinya seperti seronok mendengar kisah.
...Kadang-kadang terbingung juga dengan dakwaandakwaan mereka yang mengaku Kiri ini, atau pro kaum pekerja, pro proletariat. Mereka kerja apa Freelancer Aktivis sepenuh masa Dalam ertikata yang lain, mereka bukan kaum pekerja pun. Kerana itu mereka sangat jauh dari realiti. Benar mereka memperjuangkan kaum pekerja, tetapi mereka bukan dari kaum pekerja. Jadi teori kaum pekerja yang akan memerintah tu bagaimana Dari kaum pekerja, untuk kaum pekerja, kaum pekerja bersatulah, dictatorship of proletariat tu, ianya terlalu complicated. Yang berlaku adalah seolaholah aktivis berdiri di seberang yang lain, dan kaum pekerja berdiri sebelah yang lain..,
Dia dengar saja bebelan suaminya. Benar seperti kata suaminya, terlalu complicated. Dia tak tahu nak mengangguk atau nak membangkang.
Siti Sarah tahu, abangnya bukan main cakap sahaja. Tapi abangnya terlalu non comformist.
Dia tahu, antara sosok yang menjadi kekaguman suaminya, adalah tokoh tokoh sosialis tempatan, seperti Arul, Dr. Nasir Hashim dan Dr. Jeyakumar.
Suami kau terlalu non conformist. Walaupun dia rajin membuat gerakan, dia tak pernah menjadi sebahagian daripada gerakan. Ulas Harun Aminulrasyid bila suatu hari Siti Sarah datang bertemunya di area stesen LRT PWTC. KTM ke Kajang rosak masa tu. Terpaksalah dia fikir alternatif lain.
Dia cuba untuk membuat contact dengan Harun. Antara orang kuat organisasi yang Leon bangunkan. Tetapi Harun lebih selesa berpartisipasi dengan mana mana sahaja yang kiri. Harun cuba buat jalinan dengan sesiapa sahaja yang boleh mengancam kedudukan establishment. Sama ada dari garis kelas menengah (). Atau dari bawah tanah. Harun berhujah, yang beri makan atau dana kepada bawah tanah pun, orang orang juga. Jangan nak nafi. Bawah tanah sahaja tak boleh hidup. Kita kena lebih realistik, tegas Harun membela dirinya ketika diragukan kawan kawannya.
Tapi dia sebahagian daripada proletar, Harun. Mengapa kamu semua sisihkan dia Mengapa kamu semua pencilkan dia
Siti Sarah mahu menyelidiki sendiri tentang aktiviti suaminya. Dia mahu tahu dengan siapa suaminya berkawan. Apa yang suaminya lawan Suaminya sangat jarang sekali menyentuh tentang rejim. Atau mana mana nama parti. Dia seperti tidak kisah akan perubahan parti.
Kenapa kamu semua pencilkan dia, tanya dia lagi. Siti Sarah masih tidak melepaskan Harun, daripada bertanyakan soalan yang sama. Suaminya sangat pendiam kebelakangan ini. Sudah jarang jarang senyum, seperti waktu mereka mula bermadu kasih. Siti Sarah tak mahu masjid mereka runtuh.
Deii Siti, kau tahu apa itu proletar, Harun menjegilkan matanya.
Ada bunyi dari bumbung tren. Awan - awan yang mulai kembung mengandungkan hujan. Sudah begitu lama kemarau.
Siti Sarah teringatkan suatu masa dulu. Ketika dia dan abang berlari - lari berdua di tengah hujan, seperti anak - anak di kampung, gembala kerbau bergembira dimandikan hujan, yang lama kemarau.
Tahu.
Lelaki, selalu ingat perempuan tak tahu, tak mahu tahu, dan tak tahu menahu. Sungguhpun suamiku agak lokek ilmunya denganku, tetapi dia tak segan silu turun ke bawah, memberdayakan rumput - rumput yang butuhkan tanah. Proletariat, asal dari kata Latin, proles adalah istilah yang digunakan untuk mengidentifikasikan kelas sosial rendah, anggota kelas tersebut disebut proletarian.
..Awalnya, istilah ini digunakan untuk menerangkan orang - orang tanpa kekayaan, istilah ini biasanya digunakan untuk menghina. Dalam era Rom kuno, istilah proletariat ini memang telah ada, bukan hanya orang tanpa kekayaan sahaja, tetapi juga termasuklah kelas terbawah masyarakat tersebut. Sampailah Marx datang mengubahnya menjadi istilah sosiologi yang merujuk kepada kaum pekerja (working class)..., terang Che Zul, pengagum Che dari Argentina, pendokong aliran ekonomi Marxist, atau dicop sebagai Trotskyism oleh lawan mereka. Dari Che Zul, dan pengalaman suaminya, dia kenal apa itu proletariat.
Dia mahu tahu kenapa suaminya dibiarkan begitu seorang diri. Walaupun nampak dari jauh, kelihatan dari luar seperti mempunyai ramai pengikut dan pengagum, benarkah Atau itu sebenarnya cumalah fatamorgana di padang pasir Susah untuk menebak, mana satu yang benar benar karibnya. Kadang kadang nampak seorang, kadang kadang beramai. Kadang kadang, dalam ramai ramai itu, dia tahu, dan dia pernah dengar tentang betapa banyak mulut yang munafik. Depan lain belakang lain.
Apa dia proletar, tanya Harun sekali lagi. Hujan kian deras melatu bumi.
Di hadapannya adalah Harun, aktivis yang sering meremeh-temehkan kerja buat suaminya selama ini. Aktivis-aktivis di Malaysia ni macam ada perangai sikit. Perangai ni mungkin tidak disedari mereka sendiri. Mereka sering sahaja mengggunakan tektik / modus operandi yang menganiayai sesiapa sahaja yang berbeza dengan mereka. Diam tak diam, mereka seperti mempercayai dengan konsep senioriti atau hierarchy. Antara sebab suaminya jarang bercerita tentang permasalahan dalam dunia aktivisme di Malaysia, ialah tak mahu dia berasa risau dan terbabit sama. Dia tahu suaminya akan khuatir jika isterinya diserang orang - orang sebarang. Ini antara sebab suaminya pendiam, tak banyak bercakap, hanya menulis, terlalu menyepi, dan kurang kawan - kawan yang boleh dipercayai. Sentiasa sahaja dikhianati.
Apa dia proletar, hah, Harun semakin galak menggelakkan dirinya.
Suaminya memikirkan bahawa betapa penulisan dan buku masih sangat jauh daripada aktivisme di Malaysia. Syukur ada kawan kawan yang rajin mendirikan perkumpulan buku lewat petang, di setiap taman, tasik, dan kedai-kedai makan. Dari situ, menurut suaminya, aktivis aktivis bukan sahaja akan berbuku buku, tetapi akan berbincang bincang, bertungkus-lumus membikin rumus rumus baru tentang ide ide perlawanan, ide ide pertentangan.
Aktivis macam Harun di hadapannya lebih ketagih persoalan-persoalan tentang definisi, tentang teori. Tetapi jauh sekali dari menjiwai. Dia akan tewas kalau bertarung pada bab definisi, pada bab teori. Itu bukan lapangannya. Dia masih terlalu baru.
Memang berat.
Tidak hairan suaminya dimusuhi. Kerana suaminya begitu perahsia dalam gerak-geri. Sangat dicurigai. Apatah lagi bekerja sendiri. Ada orang mengatakan, suaminya SB. Dia sudah letih mengangkat bahu, menafikan.
Kau jangan pandang lekeh akulah, Harun. Kau ingat aku kecik anak ke Kau ingat aku tak tahu apa itu proletar dan main sebut sahaja Dalam pemikiran Marx, proletariat adalah kelas kedua, kelas yang menerima gaji dari kelas pertama, iaitu kelas majikan. Proletariat ini, pekerjaan mereka cumalah mampu memenuhi keperluan mereka sehari - harian. Sementara kelas majikan adalah kelas yang bekerja dengan menghisap peluh
keringat kaum pekerja / proletariat tadi..,
Harun tergamam. Mulutnya menggumam.
..Kau tinggal di tempat elit, Harun, ada hati kau nak mengata suami aku. Kami sama - sama tinggal di tempat perkumuhan, mana kau tahu Kelas proletariat menurut Marx sering menjadi target eksploitasi para majikan yang bermazhabkan kapitalis. Untuk tujuan itu, kelas proletariat sering diperas tenaganya, dan diberikan upah - upah yang rendah, supaya kapitalis - kapitalis tadi dapat meraup laba sebesar - besarnya.., dia mendepangkan kedua dua belah tangannya.
..Selain pekerja - pekerja kilang, proletariat juga kadang-kala dianggap dari kalangan peasant / petani, bahkan nelayan pun.
Rileks, Siti Sarah..., Harun cuba mengendurkan suara Siti Sarah yang makin kuat.
Sorrylah Harun.. Aku tak ada masa nak rileks. Aku tiada masa nak main permainan istilah - istilah ini. Suami aku boleh sabar dengan kau orang. Aku tak. Hujan pun berhenti.