Menyulam rasa
dari pandangan mata
Memutar akal
mengerah setiap diagonalnya
Agar tak menampik
dan memekik tanpa hala.
Daerah cintaku menarikan tinta
Mengisih kata biar mudah
kau mengerti
Bukan kerana aku antagonis
atau protagonis dalam ceritera.
Kau sendiri memiliki
daerah cinta di dada
Di situ letaknya perwatakanmu
di pentas dunia.
Dewan Siswa
-----
DIKSI: KECUAIAN DAN KETAKTAHUAN
Keindahan bahasa juga tidak tercapai dengan penggunaan
ungkapan-ungkapan yang klise, seakan-akan ada ritma, selalunya
cenderung berbunga-bunga. Lihat sahaja puisi karya Sayidah
Muizzah Kamarul Shukri berjudul Daerah Cinta:
"Daerah cinta menarikan tinta
Menyulam rasa
dari pandangan mata
Memutar akal
mengerah setiap diagonalnya"
Bukankah wajah yang terlalu disolekkan dengan kosmetik
tebal selalunya untuk menutup kecantikan dalaman Adikadik
harus banyak membaca puisi penyair mapan. Belajarlah
mendapatkan tenaga dalaman bagi sesebuah puisi.
Faisal Tehrani