MANUKLON - 4
AZIZI tidak tahu entah bila dia terlelap semalam. Dipaksa matanya supaya berehat tidur. Apabila terbangun di pagi itu, dia kurang merasa segar. Insomnia semalam bukannya tidak dapat tidur kerana suasana baru, dan bukan pula kerana kapsulnya tidak sempuna, tetapi dia memikirkan mengapa di kubanah-kubanah lain yang pernah disinggahinya, bilik-bilik penginapan itu dinamakan kabin sedangkan di Kubanah Nuang, mereka sebut kapsul. Apakah kabin itu hanya sesuai untuk kapal sahaja, tidak di kubanah, biarpun kapsul yang disediakan sesuai untuk perajurit muda tetapi suasananya tidak begitu selesa.

Mungkin juga ada perkara lain yang menghantui fikiran Azizi sehingga dia tidak lena tidur. Atau rasa bersalah meninggalkan mayat rakan-rakan seperjuangannya. Mereka tidak memilih untuk mati bersama rakanrakannya. Terasa seperti suara-suara mereka melaung, Kenapa lari. Masakan mereka tahu, fikirnya. Mereka sudah mati ketika dia terpaksa mengundur diri. Ya, bukan lari tapi undur untuk menyelamatkan nyawa. Barangkali juga suara-suara itu adalah roh mereka. Roh mereka datang pada malam itu meminta penjelasan atau mahu menghukumnya. Sekiranya mereka dalam keadaan seperti dirinya pasti mereka juga akan mengundur diri. Ah! Tak mungkin kerana mereka banyak. Mereka akan berjuang mati-matian. Dia susah berjuang mati-matian tetapi kematian tidak menjemputnya. Dibiarkan saja tangannya yang masih sakit, luka melecet yang dialaminya tempoh hari. Namun Tuhan lebih menyayangi mereka dan mereka tidak perlu menuntut apa-apa daripadanya.

Dia tidak dapat tidur semalam mungkin juga kerana temu janjinya dengan Kolonel Lumping. Ya, nama itu sungguh aneh. Bukan nama Melayu, dan bukan juga nama Cina. Kalau nama Cina pasti ada nama induknya. Masakan pula orang Cina mahu menjadi Pengarah Perisikan TENAMA. Tak mungkin, fikir Azizi.

Leftenan Halid terus menghilang setelah menunjukkan kepada Azizi bilik menunggu di Jabatan Perisikan. Bilik itu kosong tanpa sebarang perhiasan dinding kecuali sebuah cermin. Tidak seperti bilik Jeneral Basuki yang penuh dengan lukisan Ibrahim Hussien, pelukis Melayu dari kurun ke-20. Pusaka yang tidak ternilai harganya disimpan di Kubanah Nuang sebagai aset TENAMA. Pada dindingdinding kosong itu, terbayang dalam fikiran Azizi, bekasbekas cat warna daripada seni halus Ibrahim Hussein memenuhi kekosongan dinding yang putih.

Waktu setengah jam berlalu begitu saja. Cuma diisi oleh lamunan dan peristiwa-peristiwa yang sudah menjadi sejarah. Tidak disedari, di belakang cermin itu dua pasang bola mata sedang mengamati gerak-geri Azizi.

Jeneral Basuki fikir dia calon yang sesuai tanya Kolonel Lumping sambil mengusap kulit kepalanya yang licin.

Ya. Keputusan ujian di PUSLAT pun membuktikan kecergasan otaknya, jawab Leftenan Halid.

Daya tahannya, bagaimana tanya Kolonel Lumping lagi.

Hebat. Dia satu-satunya yang survive daripada serangan Tentera Republik di Lebuh Raya Fraser-Bentung baru-baru ini, jelas Leftenan Halid.

Ketangkasannya

Dia memang jitu tembakannya. Dalam situasi simulasi, matanya10.

Refleks

Satu per seratus saat, jawab Leftenan Halid sambil membelek nota-nota dari kertas faks.

Seni bela diri

Selendang merah Silat Pakualam, tali pinggang hitam judo.

Latar belakangnya, bagaimana

Anak keempat daripada lima beradik daripada keluarga kelas pertengahan di Metropolitan Esjay. Bapanya seorang pensyarah, lulusan Ph.D. dalam bidang ekonomi dari UKM. Pernah ditahan oleh MIA kerana dituduh menghasut mahasiswa menentang pentadbiran universiti. Dibebaskan pada tahun 2085 sebagai warga kota Esjay sahaja. Latar belakang ibunya tidak ketahui.

Kedua-dua orang tuanya induk semula jadi

Ya, induk semula jadi.

Tak ada klon

Tak ada tuan.

Bagaimana dengan saudara-saudara tuanya

Kesemuanya sudah berumahtangga kecuali adik bongsunya dan tidak tinggal di Esjay. Yang tua bekerja sebagai ahli diagnosis di Pulau Langkawi, kakaknya, satusatunya saudara perempuan bekerja sebagai pengesan genetik di USM dan yang ketiga sebagai juruteknik robotik di PuRoNas.

Tidak ada rekod dengan afiliasi kita tanya Kolonel itu lagi.

Tak ada, jawab Leftenan Halid pendek setelah memeriksa nota-nota kertas faksnya.

Adiknya masih bersekolah

Ya, dan tinggal bersama bapanya.

Ok, kita boleh mulakan temuduga, kata Kolonel Lumping kepada Leftenan Halid dengan senyum sinis yang melebar.

Perajurit PT-4334-05! Azizi terkejut, lamunannya mati di situ. Masuk!

Azizi bingung seketika. Masuk ke mana Dinding-

dinding itu sepejal tembok keluli, sekeras batu yang sukar ditembusi. Dalam kebingungan itu tiba-tiba ada pintu yang terbuka menuju ke satu ruang di antara dinding yang di hadapannya.

Ruang itu agak samar. Hanya diterangi oleh cahaya dari bilik menunggu. Azizi melangkah masuk melalui pintu itu. Keadaan yang samar kemudian menjadi gelap-gelita apabila pintu itu ditutup rapat. Kegelapan membuatkan dia tidak dapat menduga besarnya ruang itu. Tetapi dia yakin ruang itu agak besar jika diukur dari gema bunyi hentakan kaki yang sampai di gegendang telinganya. Dalam kegelapan yang menutupi permukaan retinanya, keduadua bola matanya berkisar dari kiri ke kanan, mencaricari sesuatu yang boleh dilihat. Namun tiada apa pun yang melintas di hadapan matanya selama dia menunggu penyesuaian matanya dengan suasana gelap itu. Biasanya, apabila dia masuk ke bilik gelap hanya pada peringkat permulaan matanya tidak dapat berfungsi, kemudian akan terjadi penyesuaian mata dengan suasana di tempat itu yang membolehkan dia mengenali benda-benda di sekitarnya. Tetapi dalam ruang gelap ini, perubahan keadaan yang dinanti-nantikannya tidak terjadi. Keadaan yang gelap tidak berubah. Apakah ini tanda kekurangan vitamin A Tanya Azizi kepada dirinya. Padahal setiap hari dia mengambil table multi-vitamin.

Tanpa sempat menjawab pertanyaan yang berlegar di dalam benaknya, dia dikejuti oleh cahaya yang menyoroti mukanya. Sinaran itu mengejutkan sel-sel kon dan rod di layar retina yang segera bertindak menangkis pancaran sinar itu. Tangan kanannya pantas bertindak menangkis silauan itu daripada menikam retinanya. Azizi seolah menjadi buta dalam terang. Meskipun begitu dia menyedari ada beberapa lembaga duduk di kerusi di hadapannya.

Nama kamu tanya suara di balik silauan cahaya itu.

Perajurit Azizi PT-4334-05, tuan! jawab Azizi. Keduadua matanya terpejam rapat sambil memberi tabik hormat yang seolah-olah juga mahu melindungi mata kanannya.

Apa! Saya tidak dengar suara kamu. Suara itu begitu lantang.

Azizi tuu ...aan! balasnya juga lantang mengimbangi kelantangan itu.

Di sini tak ada Perajurit Azizi! Perajurit PT-4334-05 sudah mati. Siapa kamu Jawab! bentak suara itu.

Azizi terdiam. Dia agak ragu-ragu untuk menyebut namanya lagi. Sejenak berlalu, Azizi teringat pada nama yang diberikan oleh Jeneral Basuki.

Khairil tuan, katanya gugup.

Khairil apa ....!

Khairil Marzuki tuan!

Siapa nama kamu

Khairil Marzuki tuan!

Siapa nama kamu

Khairil Marzuki tuan!

Siapa nama kamu

Khairil Marzuki tuan!

Siapa nama kamu

Khairil Marzuki tuan! Setiap kali jawapan itu diberi, setiap kali pula pertanyaan yang sama muncul di balik cahaya terang yang menyilau itu. Berulang kali tanya jawab seperti itu berlangsung. Keghairahan Azizi menjawab mulai kendur kerana situasi menotoni yang membosankan. Azizi terasa aneh dengan pancaran cahaya yang seolaholah mahu menarik-narik tubuhnya. Lama-kelamaan suara Azizi menjadi lemah. Suara yang tegas itu menjadi semakin lemah. Hanya sekali-sekala suara lemah itu mendadak menjadi lantang tetapi lemah kembali kerana keletihan menunggu lebih dari satu jam lamanya.

Azizi hanya melihat bayang-bayang sahaja. Kakinya tidak lagi setegap tiga jam yang lalu. Tubuhnya seakan-akan terapung-apung di laut yang bergelombang. Suara-suara yang bertanya tadi menjadi suara bisikan. Walaupun silauan cahaya itu tidak seterang seperti tadi, tetapi cahayacahaya spiral berpusar-pusar di matanya yang tidak lagi terpejam. Cahaya spiral yang pantas bergerak membuat Azizi merasa seperti meluncur di pusaran air yang ligat berputar. Pukauan sinar yang berputar-putar memisahkan Azizi dari dunia nyata ke alam bawah sedar. Dia cuba menyimpan nama Azizi jauh terpendam di benaknya, sejauh mungkin agar tersembunyi di celah-celah neuron yang tidak aktif lagi.

Terasa bumbung dan lantai tempat dia berpijak berputarputar. Tubuhnya terasa terhuyung-hayang. Cahaya lampu yang menyoroti mukanya berputar dalam putaran maksimum seolah-olah mengelilingi tubuhnya. Lututnya tidak lagi dapat menahan beban badan yang disangganya sejak tadi. Lalu dia tersungkur jatuh ke depan.

Apabila Azizi terkulai di lantai, ada seseorang datang membawakan kerusi. Diletak kerusi itu di tengah-tengah sorotan lampu. Seorang lagi datang menghampiri Azizi. Kedua-dua askar itu mengangkat Azizi dan didudukkan Azizi dengan kasarnya di atas kerusi tadi. Kedua-dua lengannya diikat pada bingkai kerusi. Begitu juga keduadua kaki Azizi digandingkan bersama kaki kerusi dan diikat simpul mati. Setelah selesai tugas mereka, mereka pun menghilangkan diri dalam kegelapan.

Kolonel Lumping memberi isyarat kepada lelaki yang berjubah putih itu. Bersenjatakan siring berjarum, larutan sodium tiopenal disuntikkan ke dalam pembuluh vena lengan Azizi yang telah terikat. Suntikan itu dilakukan amat perlahan. Lelaki berjubah putih itu membuka kelopak mata kiri Azizi seperti memeriksa sesuatu. Bola mata terpaku kaku tanpa refleks. Kelopak mata itu ditutup kembali dan mata itu terus terkatup. Dia kemudian membuka kembali kedua-dua kelopak mata Azizi. Ia kelihatannya bagaikan mata anak patung yang tercengang kaku. Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan Azizi. Tiada gerakan pada kelopak mata itu. Azizi benar-benar telah dipukau katatonik yang mendalam. Setelah puas melakukan hipnotisme, lelaki itu mencabut jarum siring tiopenal dari lengan Azizi dan beredar dari situ.

Khairil! bentak Kolonel Lumping. Azizi tidak menjawab.

Khairil! ulang Kolonel itu dengan nada yang lebih keras.

Ya, balas Azizi lembut.

Nama awak, apaaa ...

Khairil....

Khairil apa

Khairil Marzuki, jawab Azizi dengan suara parau. Saya tidak dengar! Kuat sedikit. Siapa nama awak Khairil Marzuki, jawab Azizi lantang.

Nama kod awak

Azizi diam sejenak kemudian menjawab, Taming 3.

Ulangi kata-kata saya, kata Kolonel Lumping dengan lembut seperti memujuk kanak-kanak yang baru pandai bercakap. Saya Khairil Marzuki, perisik SKK TENAMA. Nama kod saya, Taming 3.

Saya Khairil Marzuki, perisik SKK TENAMA. Nama kod saya, Taming 3, ulang Azizi patuh.

Saya anak yatim piatu, mahasiswa tahun pertama Institusi Merdeka Syalam, dalam jurusan Komunikasi Massa. Katakata Kolonel itu semakin lunak dan lembut tetapi tegas. Dia memandang Azizi yang tidak berkedip-kedip. Azizi mengulangi, patuh tetapi hambar tanpa penghayatan.

Persekolahan saya dibiayai oleh Lembaga Anak Yatim Nasional. Saya dibesarkan di Panti Asuhan Piatu, Beranang sejak dilahirkan sehingga berumur 12 tahun. Khairil menelan kata-kata itu tanpa menyedari kewujudan Azizi lagi. Diulangi kata-kata itu seperti yang diminta.

Ketika berusia 13 tahun, saya berpindah ke Seremban di bawah jagaan Lembaga Anak Yatim Nasional dan bersekolah di Sekolah Menengah Lianyu sehingga tamat. Sambil mendengar kata-kata Khairil, Kolonel Lumping meneliti lembaran-lembaran biodata Khairil yang akan dibacakan seterusnya.

Misi saya di ITM adalah sebagai aktivis mahasiswa. Berusaha untuk menjadi salah seorang pemimpin siswa yang bertanggungjawab memupuk dan memulihkan rasa dan semangat kebangsaan dalam kalangan mahasiswa peribumi, cakera padat merakam gelombang suara Khairil sahaja tanpa suara Kolonel Lumping.

Mengumpulkan dan melatih rekrut-rekrut baru untuk menjadi mata dan telinga SKK dan TENAMA.

Saya akan menyelaras penyampaian maklumat timbalbalik antara Jabatan Perisikan TENAMA dengan agenagen SKK di dalam kampus.

Taat setia saya kepada TENAMA tidak berbelah bagi. Saya akan mengutamakan kepentingan TENAMA daripada segala-galanya.

Otak Khairil sekarang ibarat cakera komputer yang kosong. Kekosongan itu sedang diisi dengan data-data baru, sementara data-data atau ingatan masa lampau dihapuskan. Sesi itu berjalan melebihi dua jam setelah Khairil benar-benar terpukau. Namun tidak kelihatan tanda-tanda Kolonel Lumping hendak berhenti. Terlalu banyak keterangan yang mahu dirakam kembali. Satu demi satu, data peribadi Khairil dimasukkan sehingga benaknya hampir letih. Keletihan itu dirasakan juga oleh Kolonel Lumping yang sudah tidak sesegar seperti pada permulaan sesi tadi.

Seorang anak buah Kolonel Lumping menghampiri Khairil yang masih terikat. Dia diperintahkan untuk melepaskan Khairil daripada ikatan. Khairil dituntun seperti seorang buta meninggalkan kerusi itu menuju ke bilik lain.

Di bilik itu, sekali lagi lelaki berjubah putih pembantu Khairil membuka bajunya. Kalung Zaki tergantung di pangkal lehernya. Zaki nama yang sudah tersemat di dalam ingatannya. Amnesia ciptaan diterap dalam lipatan otak Khairil yang kosong, menjadikan dia patuh menurut. Kemudian dia dibaringkan di atas sebuah katil kecil. Sepasang elektrod dipasang pada kedua-dua kawasan temporal dan elektrod superkonduktor dimasukkan pada oksiput melalui persimpangan sutura-sutura. Elektrod itu terbenam pada bahan kelabu lobus osipital, bahagian yang bertanggungjawab pada penglihatan manusia. Pada keduadua liang telinganya disumbatkan alat pendengaran yang bebas daripada sebarang talian kawat. Dan pada kedua-dua belah matanya yang telah tersengkang luas itu dipastikan kelopaknya tidak tertutup dengan pelekat plaster. Seluruh penglihatan Khairil sekarang dikuasai oleh sebuah kaleidoskop yang diletakkan pada kedua-dua matanya. Cakera padat yang merakam suara Khairil itu dimainkan semula, menggemakan kembali apa yang telah dirakam dari fon telinga yang terpasang.

Arca-arca pengalaman mulai disusup masuk dibenaknya melalui pancaran kaleidoskop menerusi layar retina. Manusia-manusia kenalan Khairil sewaktu kecil dipaparkan dalam gambaran audio-visual begitu jelas dan berkesan. Wajah demi wajah, gambar demi gambar silih berganti, menjadi arca-arca yang lama-kelamaan merupakan satu himpunan koleksi ingatan dari masa pertumbuhan masa peremajaan hinggalah ke masa pendewasaan. Peristiwaperistiwa penting dilakonkan semula dalam mimpi palsu yang diolah daripada kaleidoskop. Dalam masa beberapa jam, suatu keperibadian baru dibentuk dalam jasad yang dahulunya dikenal sebagai Azizi dan kini jasad yang sama itu mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dalam perkembangan riwayat. Teknik menguburkan identiti lama penting bagi setiap agen SKK. Dengan kaedah ini, MIA sukar menembusi benteng psikologi agen SKK yang kental dan utuh. Biarpun diseksa, agen SKK tidak akan membocorkan pengetahuannya mengenai aktiviti SKK atau TENAMA.

Kolonel Lumpang mulai berehat. Keringat yang membasahi kulit kepala yang licin itu sudah kering. Kulitnya yang putih tidak pula membolehkan dia digolongkan sebagai orang Barat. Raut dan ciri mukanya ketara orang Asia, mempunyai ketinggian rata-rata orang Asia. Pada usia awal empat puluhan, dia adalah perwira tertinggi di Jabatan Perisikan TENAMA. Dia adalah satu-satunya orang purist yang menjawat jawatan tertinggi dalam TENAMA. Asalnya dari suku Bidayuh, dan dia jatuh penghidu dari bumi Kenyalang.

Dia mempunyai masa tiga jam untuk menghilangkan keletihan yang menumpuk. Akan dibiarkannya komputer itu mengendali program melalui kaleidoskop. Kol Lumping meninggalkan bilik programming itu ke bilik rehatnya. Tangan kanannya mengusap kepala botaknya ketika dia berbaring di katil. Otaknya telah merencanakan identiti ratusan perisik TENAMA. Perisik-perisik itu tersebar di seluruh Semenanjung yang terjajah. Sehingga hari kebangkitan yang dinanti, pembebasan adalah suatu proses yang memakan waktu. Persiapan untuk hari mulia itu harus berterusan tanpa henti biarpun cahaya hari itu, entah bila akan kelihatan. Kolonel Lumping tidak pernah bosan dengan kegiatannya selama ini. Kemahiran dan kepakarannya itu adalah untuk bangsa peribumi. Bangsa yang dia fikir layak menjadi tuan di tanah air sendiri. Dari zaman ke zaman bangsa itu senantiasa dijajah. Selepas empat ratus tahun dijajah, mereka tiba-tiba merdeka seperti hampir seluruh penduduk dunia. Penjajah Eropah sudah bosan menjajah setelah kekuatan mereka diuji dalam Perang Dunia Ke-2, lantas mereka memerdekakan tanah jajahan kemerdekaan yang dikecapi tidak melebihi setengah abad. Mereka kembali dijajah oleh Neo-kolonialis, bukan sahaja dengan penjajahan fizikal tetapi juga dengan proses kolonialisasi. Kekalahan bangsa peribumi kerana pencakaran dan kerakusan kelompok-kelopmpok politik peribadi. Proses kolonialisasi kemudian diganti pula dengan kolonialisasi ras penjajah sehingga bangsa peribumi tersisih, terhimpit dan akhirnya lari ke pergunungan.

Dia terasa seperti baru saja tertidur apabila dikejutkan oleh pembantunya. Kolonel Lumping memicit-micit sudut dalam matanya dengan ibu jari dan telunjuknya. Jamnya diperhatikan. Ternyata tiga jam telah berlalu. Pasti programming Khairil Marzuki sudah selesai. Dengan tenang, dia beredar dari bilik rehatnya, menuju ke bilik programming.

Sudah selesai, tuan, kata lelaki berjubah putih itu kepada Kolonel Lumping yang menghampirinya. Dia kelihatan sedang mencabut elektrod-elektrod superkonduktor dari kepala Khairil.

Bagus. Kita boleh mulakan ujian, Kolonel memerhati di sekitarnya. Dia seperti mencari-cari seseorang. Kemudian dia memandang tepat kepada dua orang askar yang tercegat di situ. Mana Leftenan Halid. Panggil dia. Kedua-dua orang askar itu bersiap sedia dengan merapatkan keduadua kaki mereka sambil mendada. Salah seorang daripada mereka bergegas dari situ setelah berlangsung komunikasi di sudut mata.

Perajurit! Bawa dia ke bilik pengujian, perintah Kol Lumping.

Gred berapa tuan tanya lelaki berjubah putih itu sambil membuang kaleidoskop itu dari mata Khairil.

Sepuluh.

Sepuluh tuan tanya lelaki berjubah putih, meminta kepastian.

Kenapa Ada masalah

Tidak tuan, jawab lelaki itu yang jarang-jarang menguji calon dengan gred sepuluh.

Persiapkan juga ujian simulasi, tambahnya lagi dan menghilang dari bilik itu.

Kedua-dua orang lelaki yang berjubah putih dan askar itu memimpin Khairil keluar. Dia masih dalam katatonia yang mendalam. Tanpa mimik, tanpa ekspresi. Perjalanan mereka ke bilik pengujian mengambil masa kerana gaya berjalan Khairil begitu kaku dan perlahan.

Mata Khairil tersengkang di wajah kosong, tidak berkedip sekalipun semasa perjalanan. Apabila sampai dia didudukkan di sebuah kerusi khas. Bilik itu, bilik lain daripada bilik suluhan lampu benderang yang telah memukaunya. Persamaannya, kedua-dua lengan dan kakinya diikat pada kerusi. Cahaya di bilik itu amat samar, tetapi tidak gelap. Biarpun cerah, mata Khairil tidak mungkin dapat mengenal sesiapa.

Kolonel Lumping masuk ke bilik bersama Leftenan Halid. Asap cerutnya tampak berpusar-pusar di pintu, kemudian hilang di pinggiran bayang-bayang dinding. Ketika pintu ditutup oleh Leftenan Halid, asap dan bayangan itu segera menghilang. Cuma bau keras cerut Kolonel Lumping masih terhidu. Kesamaran menggantikan kesemua bayang itu.

Lelaki berjubah putih memandang kepada Kolonel Lumping. Tangan kanannya memegang satu siring berjarum. Kolonel Lumping mengangguk. Kebenaran untuk membuat suntikan penawar telah diberikan. Lelaki berjubah putih itu menghampiri lengan kanan Khairil.

Disisihkan kawat elektrod yang telah terpasang pada dahi Khairil. Salah satu kawat itu setentang pada tempat suntikan. Tatkala jarum itu menembus pembuluh lengan, tampak darah mengisi bahagian bawah siring. Bila larutan penawar itu ditekan masuk, darah yang terkeluar tadi ikut masuk sama. Sebelum semua larutan itu masuk, mata Khairil mula berkedip semula. Kekakuan wajahnya bertukar. Dia menjadi sedar daripada katatonianya. Hanya sahaja mata-mata itu masih curiga dan hairan.

Khairil bersin. Asap curut yang terhembus di mukanya, merangsang deria bau. Nyalaan bara curut itu begitu ketara dalam samar bilik yang mulai terasa dingin pada kulit Khairil. Lelaki berjubah putih mengundur diri, meninggalkan Kolonel Lumping duduk berhadapan dengan sebuah wajah yang setengah bingung.

Kenal saya tanya Kolonel Lumping. Khairil tidak menjawab. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala, ringan sahaja. Hisapan curut Kolonel Lumping membuat bara curut menjadi terang, memberi cahaya merah pada kedua-dua muka. Meskipun cahaya itu cukup membuat seseorang itu dikenali, namun benak Khairil tidak merakam sebarang informasi. Dihembuskan kepulan asap ke muka Khairil. Khairil terbatuk, mahu dikibaskannya asap itu dengan tangan namun tangannya terbelenggu.

Kenal siapa saya bentak Kolonel dengan suara yang lantang. Terasa renjisan air liurnya ke muka Khairil.

Tidak, jawab Khairil, terperanjat.

Saya, Lumping teriak Kolonel itu, Siapa pula nama saudara

Khairil Marzuki.

Saudara bukan Khairil Marzuki, uji Kolonel itu.

Benar, saya Khairil Marzuki.

Kamu perajurit Azizi, tengking Kolonel itu sambil menolak dada Khairil dengan jari-jarinya.

Tidak, saya tidak pernah dengar nama itu. Saya, Khairil Marzuki.

Baik kamu mengaku, telapak tangan Kolonel Lumping menyambar ke pipi kiri Khairil. Peluh yang membasahi rambut Khairil, menggerimis.

Saya tidak mengerti. Saya bukan orangnya. Saya, Khairil Marzuki. Saya dalam perjalanan mendaftar ke ITM sebagai mahasiswa.

Itu bohong. Saudara adalah perajurit TENAMA dari

Platun T-4334.

Saya bukan soldadu. Kamu salah menahan saya.

Jangan cuba berdalih. Nanti awak menyesal.

Saya Khairil Marzuki, calon mahasiswa.

Cepat mengaku! bentak Kolonel itu. Dia mengoyak baju Khairil sehingga butang-butangnya tercabut. Khairil cuba meronta, namun apakan daya. Lengan dan kakinya terikat. Cubaannya itu dibalas dengan tamparan kuat pada keduadua belah pipinya. Terasa pipinya mekar dan kembang. Sedikit darah mengalir dari sudut mulut kiri.

Saya beri kamu peluang terakhir, kata Kolonel Lumping lagi. Belum sempat dia menyambung, Khairil meludah ke mukanya. Spontan, dia menempeleng dalam satu renteten. Tindakan yang tidak ada dalam rancangan. Kamu mahu tunjuk jaguh, ya Tapi jangan dengan saya, tambahnya setelah puas membelasah pipi Khairil, baru diusap air ludahan dengan belakang tangannya.

Sekali lagi, saya tanya. Siapa nama kamu tanya Kolonel itu dengan lebih keras. Khairil tidak menjawab. Dia hanya membeliakkan matanya.

Melihat tiada jawapan daripada Khairil, Kolonel itu menyedut curutnya. Bara api curutnya itu menjadi merah. Tangan kirinya yang bebas, memaksa dagu Khairil mendongak. Curut berbara itu dicucuhkan pada puting kiri yang terbogel. Beberapa helai rerambut dada mengerekot kerana ikut terbakar, mengiringi jeritan ngeri yang terhalang. Terdengar suara gertakan sadis Kolonel Lumping, mengulangi pertanyaan.

Kamu perajurit Azizi bukan ulangi Kolonel itu.

Tiii...daaakkk.

Mengapa tidak mahu mengaku Nah rasakan ini. Sekali lagi curut berbara dimasukkan di lubang pusat yang dangkal seperti orang mahu mematikan api. Bodoh! Kenapa degil bentak Kolonel Lumping tanpa mengendahkan suara jeritan sakit dari halkum Khairil.

Ini yang paling akhir saya tanyakan. Siapa nama kamu sebenarnya tanya Kolonel Lumping itu.

Khairil Marzuki.

Kamu bernasib baik. Api ini sudah padam. Kalau tidak saya cucuh pada kepala bawah itu!

Kolonel Lumping bangun dari situ. Dia bercakap sesuatu kepada lelaki berjubah putih. Lelaki itu datang menghampiri Khairil dan memeriksa kawat-kawat. Dia memperkukuh ikatan pada lengan dan kaki Khairil. Ditambahnya balutan plaster lebar di sepanjang kedua-dua lengan.

Kawat-kawat itu menghubungi mesin EPS. Walaupun kelihatan primitif, Electro-pain Stimulator akan membuatkan uncang-uncang prostaglandin terburai. Ia menimbulkan kengerian di setiap serabut saraf yang siap merakam. Total pain di mana setiap reseptor di dalam tubuh akan merakam kesakitan total yang serentak.

Mungkin dengan cara ini, kamu akan mengaku.

Permulaan, kita cuba dengan 25% kekuatan mesin. Sebagai bandingan.

Butang mesin ditekan. Mendadak, Khairil menjerit sekuatkuatnya. Dalam rontaan-rontaan tangan yang terbatas itu, leher dan kepalanya mengganas dengan gerakan-gerakan liar. Tangan-tangannya mengenggam tanpa merasakan kuku jejari yang panjang, menusuk ketebalan kulit telapaknya.

Apabila butang mesin itu dilepaskan oleh lelaki berjubah putih, Khairil berhenti menjerit. Nafasnya menjadi kencang. Wajahnya yang berwarna tidak begitu ketara dalam bilik yang samar-samar itu. Peluh jernih berembun pada kulit muka yang masih mengerut pada sisa-sisa kesakitan. Ngeri yang dahsyat telah berlalu seolah-olah mengundang kematian. Di antara keredaan ngeri, suara Kolonel Lumping memekak pada telinga Khairil.

Siapa nama kamu desakan suara itu tidak berbalas.

Khairil Marzuki, kumitan bibir Khairil hanya tertafsir pada mata pembaca bibir. Jawapan itu tidak terdengar.

Nama kamu Azizi. Dari Platun T-4334, teriak Kolonel, geram.

Tidak ada respons vokal yang nyata. Hanya gelengan pendek dari kepala yang masih terpejam matanya.

Dr. Razali, beri dia grade 10, kata Kolonel Lumping kepada lelaki berjubah putih.

Saya keberatan. Itu sudah 12 joules. Dia boleh mengalami kejutan neurogenik dan cardiac arrest, bantah Dr. Razali.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Jangan bangkang, kata Kolonel itu tegas.

Biar saya sediakan persiapannya, balas Dr. Razali setelah sejenak memperlihatkan keengganannya.

Kamu dengar itu. Kamu akan mati bila karan itu merobekrobek jantungmu. Mendidihkan otakmu. Cakap, siapa nama kamu sebenarnya Khairil tidak menjawab.

Baik Dr. Razali, perintah Kolonel Lumping.

Bilik itu bergegar dengan suara jeritan yang intensitinya melewati kekuatan desibel yang dapat terakam oleh telinga manusia. Jeritan itu berlangsung beberapa ketika. Kemudian mati. Dr Razali meluru. Khairil terkulai, tidak sedarkan diri. Steteskop Dr. Razali mengesan kekencangan bunyi fibrilasi serambi jantung yang hebat. Walaupun jantungnya tidak berhenti tetapi kesedaran telah hilang. Seorang pembantu membuka ikatan-ikatan itu dan membaringkan Khairil ke atas katil pemeriksaan. Kaki katil itu disangga dengan blok kayu agar kepala Khairil berada lebih rendah dari kakinya. Dr. Razali memberi suntikan intravena dan kemudian dipasangkan drip pada lengan yang lain. Kolonel Lumping memerhatikan segalanya dengan tenang, tidak sekalut doktor itu.

Tekanan darah Khairil kembali pulih. Dr. Razali tampak lebih santai. Blok-blok kayu tidak lagi menyangga katil itu. Kepala dan kaki Khairil sudah berada di paras horizontal. Aliran ke otaknya pulih semula walaupun dia belum sedar lagi.

Saya mahu Dr. Razali menghapuskan semua ingatan pemeriksaan tadi. Saya tidak mahu dia mengingati saya. Begitu juga dengan kamu, kata Kolonel Lumping.

Saya akan cuba. Barangkali gelombang-gelombang mimpi mampu menghapuskan pengalaman tadi, ujar Dr. Razali.

Mimpinya harus berunsur perjuangan. Perlu ada tokohtokoh pejuang yang tersohor.

Saya kata saya akan cuba.

Saya tidak mahu cuba-cuba. Saya mahu kita berjaya. Cuba-cuba tidak ada dalam istilah saya.

Baik, jawab Dr. Razali, memberi keyakinan kepada Kolonel itu.

Puas dengan jawapan itu, Kolonel Lumping meninggalkan Dr. Razali, pembuat mimpi yang akan menyusun dan menyunting gelombang-gelombang mimpi dari cakera sintesis. Arca-arca mimpi dikarang dari sumber induk di cakera padat. Daripada mimpi-mimpi godaan, erotik dan syahdu kepada mimpi-mimpi abstrak, surealistik dan berdelusi; semuanya merupakan pilihan pengirim mimpi. Pada Khairil yang separuh sedar, tidak ada penolak mimpi untuk melindunginya daripada hantaran mimpi yang tidak diingini. Tetapi mimpi untuk Khairil adalah mimpi istimewa. Bukan semata-mata mimpi-mimpi iseng anak-anak muda yang gemar bermain mimpi. Mimpi ini berbentuk peribadi. Mimpi untuk seorang sateria pejuang kebebasan akan datang.

Leftenan Halid tidak mengikuti Kolonel Lumping keluar. Dia perlu berada di situ sehingga proses pemimpin selesai. Laporan pemeriksaan tadi mesti disiapkan dengan rapi. Ia mesti diserahkan kepada Kolonel Lumping dalam masa 24 jam untuk diteliti dan diluluskan.