Dude! I'm Getting Married - 5
BAB 5

SEMUA kelengkapan untuk kaji selidik diperiksa betul-betul. Bimbang ada yang tertinggal. Pekerjanya yang seramai sembilan orang tu dikerah tenaga. Angkut semua barang yang perlu dibawa ke dalam kenderaan. Pasukannya diberi satu kereta dan satu van.

Baiklah semua! Pagi ni kita akan bertolak. Dah bawa semua keperluan Jai pandang seorang demi seorang. Masing-masing angguk sambil periksa beg masing-masing.

Err.. saya tertinggal beg tangan!

Jai tenung gadis di depannya. Minah ni betullah..ni bukan nak melaram pergi majlis kenduri, nak kena bawa beg tangan bagai!

Tak payah bawa! Kita nak buat survey. Bukan nak pergi shopping ke kenduri ke apa! Jai buat tak reti.

Mana boleh Habis tu, purse saya nak letak mana

Letak kat lutut!

Pecah ketawa mana yang ada kat situ.

Awak ni Seri Najwa kan Kerja ni kena lasak. Kalau lembik-lembik macam ni, tak payah ikut! Jai dah geram. Perempuan memang mengada-ngada.

Seri dah muncung. Dia hempas beg pakaiannya dalam bonet kereta.

Enam orang dah naik van. Selebihnya pula kena naik kereta termasuk Jai. Perjalanan jauh ke negeri pantai timur cukup memenatkan. Seharian dalam perjalanan. Dua kali mereka berhenti di R & R untuk makan dan solat atau buatlah apa yang patut.

Abang Bos! Makan ni sendiri bayar ke bos belanja Ravi, salah seorang pekerja Jai melaung dari meja sebelah.

Saya bayar tapi lepas ni sendiri bayar. Awak semua diberi elaun makan dan tempat tinggal. Satu lagi, panggil saya Jai saja. Tak payah abang-abang ni..boleh Jai sengih.

Wokey!! Ravi buat thumbs up. Kepala dah geleng-geleng.

Jai senyum lagi. Sebut belanja je, dah lebar senyum dia orang ni.

Seri mengetap bibir. Dia jeling bos muda di depannya. Riak lah tu..aku pun bukan sengkek sangat la!

TIBA di hotel di bandar KB, mereka semua berehat. Penat lapan jam memandu. Masing-masing buat acara bebas. Jai hanya berehat di dalam bilik hotel. Esok akan bermula sesi temu ramah. Semua borang kaji selidik dan kelengkapan lain disusun dan diletak di satu sudut. Senang sikit, esok tak adalah kalut sangat. Dia dah siap bahagi kepada dua kumpulan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Jai jenguk ke arah pintu bilik. Siapa pulak yang ketuk bilik aku malam-malam ni

Nak apa Jai pandang Seri yang dah tersengih kat situ sebaik pintu dibuka.

Err..esok saya kena ikut siapa

Awak tak ada list

Seri geleng.

Sekejap.. Jai menapak ke katil dan kembali semula membawa sekeping kertas.

Nah!

Seri menyambut kertas yang dihulur Jai.

Err..saya kena ikut awak ke

Kenapa

Err..siapa lagi yang ikut

Tak ada..

Jai renung muka Seri yang dah macam ayam berak kapur. Sekejap senyum, sekejap muncung. Berkerut dahi sekali.

Saya dah atur list tu, nanti kita kena tukar partner. Saya tak nak orang yang sama je yang buat kerja. Kita ada pasukan satu Malaysia. Saya nak semua bergaul. Jai mula terangkan kedudukan sebenar. Nak tak nak, Seri kena ikut.

Maknanya..dua orang satu team Seri pandang dengan muka tak puas hati.

Jai angguk.

Berapa lama baru boleh tukar Seri tergagap-gagap. Suaranya dah lemah.

Dua minggu. Kenapa

Muka Seri dah berubah.Tak..tak ada apa..

Kalau tak ada apa-apa lagi..awak boleh tidur. Tak baik tidur lewat. Tambah tempat macam ni. Kunci pintu. Jai senyum.

Seri tunduk. Dia menapak ke biliknya yang terletak di hujung sekali. Mukanya dah kelat. Takkan aku kena buat temu ramah tu dengan dia Kenapa dia tak padankan aku dengan pekerja perempuan lain Yati keOjie ke, Lisa atau Sim Bee ke Dahlah ada lima orang je perempuan..haish!

Saja nak kenakan aku.. Seri tarik selimut. Dah pukul dua belas malam. Dia tengok Sim Bee dan Ojie dah berdengkur. Lisa dan Yati tidur di bilik lain. Lampu ditutup. Gelap.

JAI menapak semula ke katil. Senyum sendiri. Seri tu takut ke keluar dengan aku Atau..dia takut aku buat apa-apa kat dia Ah!

Aku tak ada la sejahat tu nak buat tak baik kat anak dara orang. Pegang tangan pun tak pernah.aku waras lagimasih tahu halal haram.

LAPAN setengah pagi. Semua dah berkumpul di lobi hotel. Jai beri penerangan ringkas sebelum pasukannya berpecah ke destinasi masing-masing.

Err..saya kena naik kereta ke Seri mula bersuara bila dibenarkan bertanya.

Ya

Abang Jai..Ojie..naik kereta ke van Ojie yang dari tadi diam turut bertanya. Senyum sengih.

Lisa di sebelah menjeling tajam. Sengih! Sengih! Nak menggatal la tu! Tak apa

Panggil Jai..tak payah abang-abang ni. Ravi pun naik kereta. Yang lain naik van. Jai pandang pada Sham, Mawi, Lisa, Sim Bee, Poh Chai dan Cenot.

Siapa drive van Cenot, pelajar tahun akhir jurusan ekonomi pula bertanya.

Mawi boleh Jai jeling Mawi yang diam dari tadi.

Mawi angguk.

Okey semua dah settle. Lets get busy!! Jai sengih. Dia mesti beri semangat pada pasukannya.

Masing-masing mula bergerak.

Kita nak ke mana ni Jai Ojie jenguk ke bahagian tempat duduk di hadapan. Dia dan Seri duduk di belakang. Ravi pula duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

Kalau ikut ini punya peta, kita kena interview enam buah rumah ni..kat kampung Limau Purut. Ravi jawab. Dia belek-belek peta yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Hmm..maknanya kita ada empat orang. Ada dua team. Satu team kena interview tiga buah rumah la Ojie mencongak.

Ya..tak rugi awak masuk U. Jai mencelah. Sengih.

Err..wajib ke Seri mencelah. Bunyi je tiga buah rumah, dia dah gelisah.

Habis tu, sunat Jai pandang cermin pandang belakang. Seri dah muncung di belakang.

Ojie ketawa mengekek.

Err..sunat tu apa Ravi dah mula garu kepala.

Sunat tu..kalau kita buat dapat pahala, kalau tak buat tak dapat dosa.. Ojie beria menerangkan kepada Ravi.

Oowajib pulak

Ojie jeling mamat India tu yang ada kumis nipis. Walaupun kulit agak mendung tapi manis. Bak kata P.Ramlee.lawa tiada manis ada!

Wajib tukalau tak buat, berdosa. Jai tolong jawabkan.

Jadi..kalau kita tak pergi interview, kita berdosalah Ravi pandang pula Jai yang masih memandu.

Tak adalah sampai macam tu..kalau tak buat interview tu, kita dah langgar amanah kerja. Jadi duit yang kita dapat tu tak berkat.. Jai sengih. Dia lihat Ravi yang masih terpinga-pinga.

Ohitu macam ka

Yalah! Itu macam la! Ojie tepuk bahu Ravi.

Seri hanya diam. Otaknya ligat memikirkan yang dia akan berpasangan dengan Jai nanti.

Tiba di kampung Limau Purut, mereka mula berpecah. Mana yang naik van pula pergi ke kawasan daerah lain. Sepanjang enam bulan tu, mereka kena habiskan kesemua rumah yang terpilih yang meliputi seluruh negeri. Jadi nak tak nak, Jai kena kerahkan seluruh pekerjanya.

Awak! Mari sini! Jai panggil Seri yang masih menggeliat. Agaknya penat dalam perjalanan dari hotel tadi.

Terkedek-kedek Seri menapak ke arah Jai yang sibuk mengeluarkan borang kaji selidik.

Apa dia

Ni borang awak. Kita kena interview tiga buah rumah. Awak dah sedia Jai hulur tiga keping borang sekali dengan sebatang pensil.

Err..kena isi dengan pensil ke Seri pandang pensil yang diberi Jai tadi.

Ya! Ada masalah

Budak tadika pun dah pakai pen.. Seri menggumam.

Itu syarat. Kena isi dengan pensil. Jai tutup bonet kereta. Dia pandang Seri yang dah mencuka. Banyak songeh betul budak ni!

Jai dan Seri mula menuju ke rumah yang telah ditetapkan. Ravi dan Ojie dah lama masuk rumah sebelah.

Assalamualaikum! Assalamualaikum!!

Senyap.

Assalamualaikum!Sekali lagi Jai bagi salam.

Waalaikumussalam..ya Terjongol seorang lelaki yang agak berumur di muka pintu. Mungkin 50an.

Errpakcik, kami dari Jabatan Perubatan. Kami datang ni nak buat kaji selidik. Jai tunjuk kad kuasa sementara yang dibekalkan kepada setiap pekerja.

Nak tanya apa Pakcik tu masih tercegat di situ. Menggaru kepala.

Tanya pasal kesihatan pakcik..boleh kami masuk Jai bermanis muka.

Err.masuklah.. Pakcik tu turut senyum.

Jai dan Seri menapak masuk ke dalam rumah. Mereka dipelawa duduk. Suasana dalam rumah tu agak suram. Mungkin tingkap tidak sepenuhnya dibuka.

Err..pakcik apa khabar Saya Jai dan ni Seri. Nama pakcik Jai mulakan mukadimah sambil perkenalkan diri.

Nama pakcik..Hasan....anak ni dari mana tadi

Kami dari Jabatan Perubatan universiti. Kami nak buat tinjauan pasal perbelanjaan kesihatan Jai menerangkan tujuan kedatangan.

Pakcik Hasan angguk-angguk.

Err..sekejap ya. Pakcik Hasan bangun dan kembali semula dengan menatang dulang. Ada tiga gelas atas dulang. Dia duduk semula.

Seri pandang Jai. Jai pula hanya senyum sebaik melihat gelas kosong dan ada sudu di dalamnya.

Err..pakcik. Kita buat tinjauan dulu. Sepanjang minggu ni pakcik ada sakit tak Jai kembali ke topik asal.

Ada..sakit gigi..

Pakcik pergi klinik kerajaan ke klinik swasta Seri pula mencelah.

Pakcik Hasan geleng.

Err..pakcik tak pergi mana-mana Seri berkerut kening.

Pakcik cabut sendiri.. Pakcik Hasan sengih. Nampak gigi rongaknya di bahagian atas.

Seri dah tutup mulut. Cuba menahan gelak.

Err..pakcik cabut sendiri Tak sakit ke Jai pula menyampuk.

Tak..sekejap ya.

Jai hanya melihat pakcik Hasan tu bangun semula dan kembali dengan air panas, satu bekas gula dan satu tin milo.

Sekali lagi Jai dan Seri berpandangan.

Minumlah! Pelawa pakcik Hasan.

Seri pandang Jai yang juga dah berkerut dahi. Macam mana nak minum, kalau hanya ada gelas kosong je dengan satu sudu. Takkan nak kena bancuh sendiri pulak kuttak pernah dibuat orang macam ni..

Err..kami kena bancuh sendiri ke pakcik Seri berani kan diri bertanya.

Pakcik Hasan angguk sambil tersenyum.

Hah Sekali lagi Seri dan Jai berpandangan. Memang betul telahan mereka. Kena bancuh sendiri!

Kenapa Pakcik Hasan tanya.

Err..tak ada apa Seri tersipu-sipu. Ingatkan dah siap buat milo panas tadi, rupanya kena bancuh sendiri. Macam ni punya orang pun ada juga ke Dunia..dunia

Pakcik..tadi pakcik kata cabut sendiri..macam mana pakcik cabut Jai dah senyum. Nilah pertama kali aku jumpa orang cabut gigi sendiri.

Alah senang je. Pakcik ikat gigi pakcik yang sakit tu dengan tali. Lepas tu hujung tali tu pakcik ikat kat alu lesung. Pakcik lemparlah alu tu sekuat hati. Tercabutlah gigi pakcik. Pakcik Hasan sengih lagi.

Seri dah terbelahak. Milo yang diminum habis tersembur kena baju Jai.

Eh, awak ni kenapa Jai sapu bajunya yang dah kotor. Kalau ya pun nak sembur, semburlah kat dinding ke hapa ke. Ni kat baju aku! Hish! Minah ni..

Ma..maaf..saya tak sengaja. Seri menahan gelak. Dia segera ambil tisu atas meja dan menyapu baju Jai.

Jai menelan liur. Wajah Seri ditatap seketika. Ayu..

Ya ke pakcik Habis tu..pakcik tak guna ubat ke Seri buat-buat tanya pakcik Hasan. Tenungan Jai dah tembus matanya.

Nak buat apa

Buat sapu tempat gigi pakcik yang tercabut tu Jai menyampuk. Loyar buruk juga pakcik ni.

Alah..tak payah. Pakcik ambik je daun kat belakang rumah. Tumbuk dan sapu kat gusi tu. Pakcik Hasan mula ketawa.

Seri dah tak larat menahan gelak. Ketawanya turut pecah bersama pakcik Hasan tadi.

Jadi pakcik ni otak bijak juga ya. Tak payah keluar belanja. Err..mana gigi pakcik Seri dah mula bermesra.

Ada kat perdu pokok pisang tu!Hahahha!!

Ketawa Jai dah pecah. Dari tadi dia cuba tahan.

Hari tu, dia dah Seri dah kembung perut. Agaknya kalau boleh disukat angin tu, berkilo-kilo dah beratnya! Ketawa macam tak ingat. Pakcik Hasan banyak kisah lucu. Bila ditanya pasal demam, dia kata sepanjang hidupnya hanya demam sekali je, masa mula-mula nak mengurat bini dia dulu. Sebabnya dia berhujan sepanjang malam semata-mata nak membuktikan cintanya. Bila ditanya pasal sakit lain pula, pakcik tu selamba je menjawab yang dia hanya sakit bila berjauhan dengan bininya yang selalu ke rumah anak-anak di Kuala Lumpur.

Sakit apa pakcik Seri dah merah muka menahan ketawa.

Sakit rindu!

Jai sengih. Dia jeling Seri di sebelah. Seri dah tunduk. Dari tadi dia perasan yang Seri tak suka bila menyentuh soal cinta dan rindu.

Baiklah pakcik. Terima kasih kerana beri kerjasama. Kami minta diri dulu. Jai berjabat tangan.

Err..Jai dan Seri ni dah bertunang ke

Seri cepat-cepat mendongak. Jai hanya senyum kelat.

Kenapa pakcik Jai dah sengih.

Pakcik ni bukan apa..dari pengamatan pakcik..kamu berdua ni ada jodoh..

Seri makin tunduk. Muka dah jadi pink! Tak berani pandang Jai. Jai pula buat muka dek.

Err..kami minta diri dulu pakcik.. Sekali lagi Jai berjabat tangan.

Seri diam. Baru rumah pertama. Entah apa cerita pulak rumah seterusnya. Dia dan Jai menapak pula ke rumah sebelah. Tuan rumah tidak ada. Mereka kembali ke kereta menunggu Ojie dan Ravi di situ.

Jai pandang Seri yang dah menggelabah. Sejak pakcik tu sebut hal tu, Seri macam dah tak keruan.

Awak ni kenapa

Tak..tak ada apa..

Habis tu..macam orang tahan kencing je

Seri mendongak. Cakap tak berlapik langsung!

Saya kata tak ada apa..tak ada apalahawak sibuk ni kenapa Seri menggumam.

Saya tak sibuk..kalau awak nak membuang, kat depan tu ada stesen minyak. Jai tuding ke arah jalan besar.

Seri jeling Jai. Dia segera masuk ke dalam kereta. Eii!! Sibuk je! Aku dah la tengah bengang ni.

Jai jenguk Seri dalam kereta. Apa kena pulak dia ni Tiba-tiba sentap!

Matanya menala pula ke arah Ravi dan Ojie. Mereka berdua dah tersengih dari jauh sambil berjalan menuju ke arah kereta.

Dah siapTanya Jai sebaik mereka sampai di kereta.

Ravi dan Ojie serentak mengangguk.

Kalau macam tu, jom.