Abstrak Cinta Aku & Dia - 5
BAB 5

PAGI. Hujan renyai-renyai.

Zack tahu, dia tak sepatutnya merungut tentang hujan kerana hujan itu rahmat. Tapi, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas membuatkan hatinya suam-suam panas. Selalunya dia menunggang motorsikal saja ke tempat kerja tetapi hari ini, dek kerana hujan, dia terpaksa memandu kereta.

Merungut berbakul-bakul sekalipun, takkan mengubah hakikat bahawa Jalan Kuching itu memang sesak setiap hari. Itu belum lagi kalau ada kemalangan atau kereta rosak. Lagilah sesak. Pasrah sajalah. Lagu-lagu di radio menemani Zack sepanjang pemanduannya. Celoteh-celoteh dari penyampai radio yang lebih banyak gelak dari bercakap, membuatkan hatinya terhibur sedikit.

Zack sampai di tempat kerjanya lebih kurang pukul lapan suku pagi. Selalunya dia sampai lebih awal kalau menunggang motorsikal. Keretanya diparkirkan di bahagian ruangan bawah tanah. Usai memarkir kereta, dia menapak kembali ke atas. Dia mahu membeli sarapan di gerai makcik Ita yang terletak di pinggiran bangunan.

Zack memang pelanggan tetap Makcik Ita. Hampir setiap hari dia membeli sarapan di sini sehinggakan dia dan Makcik Ita kenal baik. Setakat hidangan nasi lemak Sambal Kerang, kerangnya lebih, dengan senang hati Makcik Ita berikan padanya tanpa bayaran.Kerang yang lebih itulah tanpa bayaran. Nasi lemak, tetap dia kena bayar.

Semakin dekat dengan gerai Makcik Ita, kening Zack mula berkerut. Makcik Ita tiada. Yang ada hanya seorang gadis anggun berdiri di situ. Terasa sedikit was-was, namun dia tetap menapak ke situ. Orang tua ni, dah tak meniaga lagi ke Dalam hati tertanya-tanya.

Payung masih sama, bekas kuih-muih juga masih sama. Malah mangkuk sambal nasi lemak juga tak berubah. Zack yakin, itu masih gerai Makcik Ita. Tapi ke mana Makcik Ita pergi Ini siapa pula Anak Makcik Ita kot boleh tahan lawa. Hati meneka sendiri.

Zack terpana seketika memerhatikan gadis itu.Tekanya, umur gadis itu mungkin sebaya dengannya. Kalau tidak pun, mungkin tua sedikit. Tak apalah. Umur, bukanlah faktor utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Yang penting, serasi dan saling memahami. Cis! Apa yang kau merepek ni, setan

Menyedari dirinya diperhatikan, gadis anggun itu memberikan senyuman yang dia rasakan, sangat-sangat manis. Zack tersenyum kembali.

Assalamualaikum. Ucap Zack.

Waalaikumusalam.Lembut saja suara itu menyapa telinga.

Dikabang nak nasi lemak dengan sambal kerang.

Abang kononphuuiiiii.

Apa dia Gadis anggun itu bertanya dengan kening berkerut.

Nasi lemak sambal kerang.Ulang Zack, menguatkan sedikit suaranya.

Nasi lemak

Ya dik Jawab Zack lagi.

Oh...okey. Wajah si gadis anggun terpinga-pinga. Namun, permintaan Zack dituruti. Bekas polisterine putih pengisi makanan diisi dengan nasi lemak.Sambal kerang ye bang Soalnya.

Ya

Si gadis anggun menceduk sambal kerang dari mangkuknya, dibubuh dua sudu.

Cukup bang

Errsikit lagi.

Separuh sudu sambal kerang dibubuh lagi. Setelah itu, ikan bilis, timun dan telur rebus dimasukkan ke dalam bekas putih. Cekap saja dia membuat kerjanya.

Kuih tak nak bang

KuihZack berfikir seketika.Bolehlah. Karipap dua...kuihapatah namanya yang hijau-hijau ada pulut tudua jugak. Zack jarang beli kuih sebenarnya. Tapi disebabkan oleh gadis anggun itu, dia rela.

Cukup Soal gadis itu lagi.

Cukuplah dik. Balas Zack, tersenyum lagi.

Berapa ya dik Zack bertanyakan harga.

Berapa ya Errhmm. Saya sebenarnya

Dik!" Makcik Ita terkocoh-kocoh menghampiri mereka.

"Maaflah hang pa kena tunggu lama sikit. Pagi-pagi ni, Cik Ta tak dak duit kecik. Tu pasai Cik Ta pi tukaq kat kedai depan nuumaaflah naa Nyaring suara Makcik Ita berkata kepada si gadis anggun.

Tak apalah makcik.Bukan lama sangat pun tunggunya Balas si gadis anggun.

Berapa baki tadi Soal Makcik Ita.

Empat puluh lima ringgit setengah Duit baki bertukar tangan.

Terima kasih, makcik. Balas gadis itu. Sambil memandang Zack yang sedang tergamam kaku...beku, dia tersenyum.

Awak....sorry. Saya ingat, awak ni...anak Makcik Ita. Zack bersuara dalam segan. Betul-betul tak tahu mana hendak disorokkan mukanya ketika ini. Kulit mukanya terasa tebal. Yang gadis itu pun, boleh pula mengikut saja permintaannya membungkus nasi lemak dan kuih tanpa membantah. Dah kenapa

Tak apa. Saya pergi duluGadis itu terus melangkah pergi.

Zack tersipu-sipu. Dalam hati memasang tekad. Dia tidak mahu lagi bersua muka dengan gadis itu. Malu woi!

Zek. Awat hang niSoal Makcik Ita, kehairanan dengan Zack yang termangu-mangu.

Cik Taaduh. Malu saya

Malupasaipa

Saya ingat, awek yang tadi tu anak Cik Ta

Mengarutlah hang ni. Anak aku sume jantan, mana ada pompuan

Mana saya tauanak Cik Ta semua jantan ke semua pompuan...

Dia mai beli nasi lemak. Bayaq pakai duit lima puluh ringgit. Cik Ta tak dak duit kecik. Jadi Cik Ta pi la tukaq kat kedai depan tu ha.

Tu pasai dia kena tunggu lama sikit kat sini Terang Makcik Ita.

Zack menggeleng sambil tersenyum.

Lama tak nampak hangcuti ka Makcik Ita mengubah topik perbualan.

Cuti. Balik kampung. Sedara kahwin Jawab Zack.

Oh, sedara kahwin. Hang pulak...bila nak kahwin Dah besaq panjangumuq dah meningkatkerja baguihrupa pun ada. Awat tak kahwin lagi Kalau aku ada anak pompuan, aku kasi nikah ja dengan hang ni, Zek. Hang ni memilih sangat kot Hang tau...anak sedara Cik Ta yang tinggai kat Seberang Perai tu...

Berapa semua ni, Cik Ta Pantas Zack memotong bebelan Makcik Ita, sebelum Makcik Ita melalut lebih banyak.

Mana

Inilah. Nasi lemak sambal kerang dengan kuih

Sapa yang bungkuihkan untuk hang

Awek tadilah. Dah tercongok kat depan ni. Mati-mati saya ingat anak Cik Ta. Saya pun suruhlah dia bungkus nasi lemak dengan kuih ni.

Makcik Ita ketawa mengilai. Hang ni pun, Zek. Lain kali, tanya dulu Makcik Ita sambung ketawa mengilai.

Berapa ni, Cik Ta Soal Zack apabila ketawa Makcik Ita reda.

Biasalah Zek. Nasi tiga ringgit. Kuih tu singgit nam. Pat ringgit nam Duit bertukar tangan.

Baik-baik jalan naaZek...

Zack senyum sumbing. Gerai Makcik Ita ditinggalkan lalu dia berjalan kembali menuju ke bangunan Hotel Mayang Sari, tempat dia mencari rezeki sejak empat tahun lalu.

MELANGKAH masuk ke lobi hotel, Zack terus menuju ke arah lif. Sambil itu, dia sempat menjeling pandang ke arah pejabat sebuah agensi pelancongan yang terletak di sebelah kedai bunga. Matanya mencari-cari seseorang. Selalunya di waktu begini, gadis itu sudah sampai. Dia pun tidak tahu, apa yang membuatkannya tertarik untuk melihat gadis itu setiap hari. Mungkin kerana wajah si gadis yang agak unik pada pandangan mata. Ya, dia bernasib baik. Gadis itu ada. Mata bertaut seketika, hanya dipisahkan oleh cermin lutsinar yang menjadi dinding pejabat. Satu senyuman dan satu anggukan saling berbalas.

Sejak setahun dahulu, perkara ini sudah menjadi rutin padanya. Bertukar senyuman dan anggukan hampir setiap pagi dengan si gadis yang bekerja di agensi pelancongan itu. Namun, dia tak pernah bertegur sapa. Nama pun tak pernah dia tahu. Dan dia juga tidak pernah terniat untuk memulakan sapa. Lebih suka bertukar senyum begini.

Saat memasuki lif, si gadis masih memandang ke arahnya. Senyum manis masih terukir di bibir. Tautan pandang terputus hanya setelah pintu lif tertutup.

SETELAH menyapa beberapa rakan sepejabat, Zack pergi ke mejanya. Beg diletakkan di atas meja. Kemudian, Zack berjalan ke arah pantri, membancuh sepaket Nescafe 3 dalam 1 dan kembali ke mejanya. Kelibat Joe Zulkifli belum nampak lagi. Joe Zulkifli selalunya masuk ke pejabat, lima minit sebelum pukul sembilan.

Zack menghidupkan komputer. Kemudian, dia membuka pula bungkusan nasi lemaknya. Dimulakan dengan Bismillah, nasi disuap ke mulut. Sambil-sambil itu, jarinya turut sama menekan tetikus. Halaman mukabukunya dibuka. Beberapa status mengarut dari rakan Facebooknya membuatkannya menggeleng gelihati.

Entah apa-apalah. Nak pergi klinik punkau update kat Facebook Bebel Zack sendirian. Matanya tetap membaca kemaskini terbaru rakan Facebooknya walaupun tak suka. Jari menekan tetikus lagi.

Liana Aminuddin

Im engaged! AlhamdulillahPhoto of My E-day

Hati terasa seperti ditikam dengan pisau tajam. Sakit...pedih...ngilu. Liana sudah bertunang. Bekas kekasihnya itu sudah bertunang. Cepatnya kau bertunang

Gambar-gambar pertunangan Liana ditatap satu demi satu. Liana, gadis pertama yang menjadi kekasihnya. Percintaannya dengan Liana hanya mampu bertahan selama dua tahun. Selepas itu, gadis itu memutuskan hubungan. Alasan Liana, dia tidak serius dalam hubungan mereka. Romantik jauh sekali. Dia pun tak tahu, apa yang dimaksudkan oleh Liana dengan tidak serius. Adakah hanya kerana dia tidak menelefon Liana minimum sebanyak enam kali sehari, bermakna dia tidak serius Adakah kerana setiap kali berjumpa, tiada bunga yang dihadiahkan kepada Liana, bermakna dia tidak serius Adakah kerana tiada ayat-ayat jiwang yang dituturkan kepada Liana, maka dia dituduh tidak serius

Zack menarik nafas. Senyum tawa Liana bermain-main di mata.

"Urrggghhh!" Zack merengus. Sepatutnya, Liana itu di unfriend saja dari Facebooknya. Seharusnya dia membuang Liana dari hidupnya. Sepatutnya, Liana itu dilupakan saja. Kenangan bersama Liana perlu dikuburkan tanpa nesan sebagai tanda. Tapi, jauh di sudut hati, Liana belum mampu dilupakan sepenuhnya. Dia mengeluh perlahan. Gambar-gambar Liana ditatap satu persatu dengan hati menggerutu.

Apalah kau Zack! Orang dah tak nakkau terhegeh-hegeh lagi.Nak buat apa Dah tujadi stalker. Losernya kau Zack. Kau memang loser Zack. Loser. LOSER! Looooossssee

Hello handsome

Satu suara menegur. Monolog dalam kepala berterbangan. Zack mengangkat muka. Terjongol wajah Jay di hadapannya.

Hai Jay. Balas Zack. Tersenyum sedikit.

Zack. Lama tak nampak you. Cuti ke Jay menyapa, manja.

Yesdarling. I cuti Jawab Zack.

Jay ketawa mengada.

You janganlah cuti lama sangat. I riiinndu kat you Sengaja jari Jay bermain-main dengan kolar baju Zack.

Zack tersengih walaupun terasa geli-geleman. Kalau dulu, dia akan melarikan diri setiap kali ternampak Jay. Tak sanggup digoda. Tapi sekarang, dia sudah lali. Geli-geleman pun sudah berkurangan. Semua orang sudah tahu perangai Jay. Jay memang suka bermanja dengan semua orang.

Jay membebel entah apa-apa di sebelahnya.

Zack sekadar mengangguk saja, malas mahu melayan. Sambil-sambil itu, matanya memandang ke skrin komputer, membaca e-mel pejabat. Baru beberapa hari bercuti, kerjanya sudah membukit. Patutlah Joe Zulkifli merungut.

Jamal! Panggil Mr. Balraj, Pengurus bahagian F&B. Lebih dikenali dengan panggilan Papa B.

Yes Jay menyahut.

Come. Papa B memanggil Jay masuk ke bilik pejabatnya.

"Kacaulah Papa ni. Okeylah. Bye Zack. See you later...k..." Kata Jay lalu membuat ciuman terbang pada Zack.

Zack mengangkat kening dan hanya membalas dengan sengihan. Tapi, apabila Jay pura-pura mahu mencium pipinya, pantas dia menjauhkan muka lalu mengacu penumbuk.

"Zack...ganas. I like. Bye baby." Jay berlalu pergi sambil ketawa.

Zack menggeleng dan bernafas lega. Matanya kembali ke skrin.

From: Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Thursday, 14 Nov, 2013 8:46 AM

To:Zack Iskandar

Subject: 2014 Newsletter

Hi Zack,

Ive been told that you are on leave and will be back to the office today. We need to discuss about the upcoming newsletter - design and etc. Please come to my office, anytime today when you are available.

Thanks.

Kind regards,

Zareen Hakim

E-mel habis dibaca. Zack yakin, Zareen Hakim ini pasti pengurus baru bahagian Marcom yang diberitahu oleh Joe Zulkifli semalam. Dia menghabiskan sarapan. Setelah itu, bekas polisterine dibuang ke dalam tong sampah. Nescafe 3 dalam 1 dihabiskan. Setelah mulutnya dikesat dengan tisu, Dia bangun dan menuju ke bilik Pengurus Marcom.

Tok! Tok! Pintu yang memang terbuka, Zack ketuk perlahan.

Thanks Jessy.Zareen meletakkan gagang telefon lalu memandang ke pintu.

Nafas Zack terhenti seketika. Mukanya bertukar warna. Mereka bertentang mata. Saling berpandangan, lama.

AwakZackZareen memecah sunyi. Dia tersenyum manis. Semanis senyuman pada pertemuan mereka pagi tadi.

Zack terangguk perlahan. Dia tak mampu bersuara. Terasa ingin lari. Tapi, nak lari ke mana Mukanya tebal menahan malu. Gadis yang disangka anak Makcik Ita itu rupanya, Pengurus Marcom yang baru.