Suaminya terlalu lemah untuk membela dirinya sendiri, bagaimana suaminya mampu untuk membela isterinya
Suaminya mengeluarkan argument betapa beza antara pandangan dunia Barat dan dunia Timur, khususnya Islam. Dia menempelak Barat, katanya celaru. Hipokrit, kata suaminya. Kerana di Barat, kata suaminya, mereka tiada dosa pahala, tiada halal haram.
Kenapa nak ada halal dan haram, dosa dan pahala Bukankah akal dah cukup baik untuk menentukan apa apa sahaja keputusan, dia cuba membenteng Barat, walaupun dia belum cukup menguasai selok belok Barat, dan suaminya cuba menjadi vanguard atau messiah Islam, walhal, sudah lama meninggalkan rukun Islam yang kedua.
Kalau tiada halal haram, bagaimana Barat nak mengatakan bahawa seorang isteri itu, tidur dengan lelaki lain, adalah salah, sedangkan si isteri tadi beralasan, dia sudah bosan dengan perkahwinan, rasa diikat kedua kaki dan tangan, rasa macam dalam neraka, kepanasan, rasa lemas, rasa rimas dan tak puas. Dan dia tidur dengan lelaki lain tadi, atas suka sama suka.
Bagaimana Barat nak kata suka sama suka, adalah suatu kesalahan
Dia terdiam sejenak. Tengah berfikir di benak. Di ranjang, dia bermenung panjang.
Tetapi dengan tidak memberikan kesempatan kepada dia untuk berfikir, suaminya terus melanjutkan serangan,
Barat tidak konsisten. Kalau ada sesiapa mengatakan bahawa agama ini candu, maka, mengapa masih membiarkan ikatan perkahwinan, yang sebahagian dari agama ini, wujud Mengapa tak cabut dan hancurkan sahaja ikatan perkahwinan yang merupakan antara tema besar dalam agama Perkahwinan kita ini, perkahwinan ayah dan ibu kamu, perkahwinan ayah dan ibu saya, sampai melahirkan kamu dan saya, didasari atas nama agama. Kalau benar nak hapuskan agama, maka, hapuskan juga perkahwinan. Kenapa masih membiarkan perkahwinan Mengapa mesti berkahwin Bukankah bagus, hapuskan sahaja perkahwinan
Dia terbeliak, seperti tidak percaya kata kata yang baru keluar dari mulut suaminya.
Suaminya masih tidak puas lagi membelasahnya.
Tapi, seperti yang saya kata tadi, mereka tidak konsisten. Mereka tidak clear. Kalau mereka cabut ikatan perkahwinan ini, kemudian bila hadir di hadapan mereka, dua orang, lelaki dan perempuan, yang ingin meneruskan kehidupan bersama sama, bukankah mereka akan ikatkan juga dengan ikatan perkahwinan Nah, candu apa Kenapa masih nak pakai elemen elemen agama Nyahkan agama sepenuhnya jika kamu mampu!
Dia menangis. Alangkah cliche. Suaminya mahu mengusap pelupuk matanya, mengesat segala duka yang melarakan hati, dia menepis dengan tangan. Hatinya makin remuk. Jiwanya makin kacau. Tetapi bukanlah bermakna bila dia tidak mampu membalas suaminya, bermaksud suaminya itu benar. Mungkin Leon ada jawapan.
Dia tidak ingat, bila dia membaca tulisan suaminya, yang selalu keluar di beberapa portal. Dia sebenarnya sudah jarang membaca tulisan suami sendiri. Dia cuba buat buat tidak tahu, tetapi dia ada terbaca kritikan suaminya terhadap feminist feminist Muslim.
Kata Imam Khomeini, pentingnya tugas wanita dalam masyarakat. Almarhum yang agung itu menyatakan, wanita mungkin tidak dapat menjadi Nabi atau marja, tetapi dari rahim merekalah yang melahirkan Nabi dan marja. Nabi dan marja tidak akan dapat lahir dari perut lelaki. Sehebat hebat lelaki, Nabi dan marja tidak akan keluar dari perut mereka. Selemah lemah perempuan, semua Nabi dan Rasul, mesti melalui perempuan terlebih dahulu. Perempuan adalah transisi segala ketamadunan di bumi ini.
Menerusi pandangan sarwa dunia Barat, kita akan mendapati bahawa tugas menjaga anak dan mengurus rumah tangga, adalah suatu tugas yang remeh temeh...,
Dia cepat cepat mencari reference di bawah. Dia seperti pernah membaca kata kata ini. Ya, bila dia melirik ke bawah, ada judul novel, Perempuan Nan Bercinta. Dia pernah berjumpa pengarang agam ini. Dia cuma tidak pasti pengarang ini masih ingat dia lagi ataupun tidak.
..Tetapi itu pandangan alam Barat. Dalam pandangan Islam, yang tauhidik lagi profetik, asas paling penting dalam pendidikan anak anak ialah untuk menanamkan kepada diri mereka falsafah tawhid yang terkandung dalam dua kalimah syahadah. Anak anak harus diperkenalkan dengan hukum hukum halal haram yang asas. Supaya anak anak disediakan lebih awal dengan persoalan batas batas syariat sebelum memasuki fasa remaja. Ibu, yang memelihara dan menguruskan anak anak misalnya, boleh menerangkan peri haramnya bercakap bohong, minum arak dan melakukan kemaksiatan. Kemudian, persoalan moral dan akhlak adalah sangat penting.
Persoalan akhlak adalah persoalan yang kedua penting setelah penekanan mengenai aspek tauhid. Anak anak juga perlu disediakan dengan aspek pengawasan, iaitu prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan..,
Suaminya sudah tiada depan mata. Tetapi dia juga tenggelam dalam ingatan lama.
Untuk perkara fundamental yang sangat penting sebegini, siapakah yang boleh melakukan dengan jayanya Ini, ibu ibu, wanita yang dikatakan oleh pandangan alam Barat, berbuat remeh temeh seperti menjaga anak dan mengurus rumah tangga. Sedangkan hal ini sangat rumit, sulit dan begitu penting. Masyarakat yang baik, dan negara yang baik, datangnya dari iklim keluarga yang juga baik. Jika anak anak tadi tidak diasuh dan dididik dengan baik, apakah boleh tertegak sebuah masyarakat yang baik
Kamu bentang Rosa Luxemburg minggu lepas, dan kamu mahu bentang Emma Goldman minggu hadapan, Siti, tanya Leon. Leon seperti tidak senang.
Siti Sarah mencampak puntung rokok ke dalam longkang yang busuk, mengangguk. Dua tiga ekor tikus melarikan diri dari api rokok yang dilemparnya. Dia sedikit pun tidak mengalih mukanya kepada Leon, dan Che Zul.
Satu tradisi yang menarik dalam organisasi yang dilabel Trotsky ini, mereka berdiskusi apa apa sahaja. Itu yang mahal. Dan mereka memberikan peluang kepada sesiapa untuk bentang. Jika mereka tak setuju, mereka akan patahkan. Dia bukan caca merba, maka dia memilih untuk join dan terlibat dalam organisasi working class ini.
Leon dan Che Zul bercakap cakap di hadapannya. Dia sudah tidak dapat mencerna lagi. Weed dan mushroom yang telah sebati dalam dirinya agaknya membuatkan dia begitu keras kepala, dan keras hati. Dia sampai memerangkan rambutnya, kadang kadang menguningkan, untuk menyakitkan hati suaminya. Suaminya juga ego. Tak pulang pulang. Hanya pulang jika rasa nak pulang. Mereka benar benar masuk ke fasa keretakan. Retak menanti pisah. Dan dia sudah nekad tidak mahu menangis lagi.
Ya, saya nak bentang tentang Emma Goldman, kamu ada masalah ke, suaranya kedengaran parau bertanya, memecah bening Restoran Hakeem jam dua pagi. Kedua dua kawan belok kirinya berpandangan sesama sendiri, dan menggeleng gelengkan kepala mereka berdua. Siti Sarah tak kisah. Siapa kamu untuk aku dengar cakap Tiada autoriti yang mesti aku patuhi. Jika suami aku sendiri pun aku berani lawan, kamu siapa
Tiada masalah. Tapi kamu nak jadi seperti Emma Goldman ke, tanya Che Zul. Dia sedikit geram.
Siti Sarah membakar rokok yang seterusnya, dia sudah tidak mengira berapa ratus batang sudah habis semenjak dia berikrar bahawa segala lelaki dan dogma harus dicabar.
Kamu kenapa Che Zul Suka hatilah aku nak jadi apa pun. Kamu peduli apa Ada aku kacau kamu Kalau kamu nak bentang, kamu bentang. Kalau kamu nak aku bentang, aku bentang., dia memandang tajam mata Che Zul, comrade yang sebelum ini mengajarnya banyak perkara tentang communism. Suaminya juga mengajarnya banyak perkara, lebih dari Che Zul, itupun dia lawan, inikan pula orang yang baru mengajarnya beberapa bab dalam kehidupan.
Rileks, rileks..., Leon menenangkan. Organisasi mereka sudahlah tak berapa ramai, hanya boleh dibilang dengan jari, jika ada polemik yang tak perlu, ia akan memecahkan lagi organisasi yang baru nak up. Sudahlah organisasi organisasi sosialis di Malaysia, macam tak berapa nak hidup, dan banyak yang lebih menggunakan perkataan sosialis untuk memikat masyarakat / rakyat, dan sangat pro borjouis, organisasi ini belum bersedia untuk polemik dalaman. Menyangka suaminya yang akan menyertai, sebaliknya pula. Lelakinya begitu cekal seorang diri, Abu Dzar What the fuck Aku tak pernah faham pun siapa sosok padang pasir yang dikatakannya bahawa, lelaki yang pro orang miskin, lebih awal sebelum Karl Marx. Mereka boleh berdamai dengan mereka mereka yang berpemilikan (private property) tapi mereka mencegah kekayaan melampau, melawan ihtikar / monopoly, ekonomi mereka jika tidak mahu dinamakan ekonomi Islam sekalipun, adalah ekonomi yang berasaskan ukhuwwah, atau solidariti Aku tak pernah faham ekonomi yang penuh kontradiksi ini.
Mana Siti, tanya Leon. Hanya Che Zul yang ada di matanya. Che Zul hanya mengangkat bahu dan punggung.
Di rumah, suaminya yang sedang mengemas buku, memerhatikan si isteri yang baru pulang. Si isteri sudah tidak peduli. Baginya ini semuanya wayang, untuk mendapatkan dirinya semula. Dan dia bukan komoditi untuk dijual beli. Dia punyai harga diri. Quran, baginya adalah suatu produk masyarakat di mana isinya terdedah kepada pelbagai tafsiran. Terpulang kepada siapa yang menafsirkan. Boleh jadi memihak kepada yang kanan, seperti fundamentalist Taliban yang suka memukul - memukul perempuan. Bagaimana yang Kiri membebaskan, pernah suaminya mengusiknya.
Baru balik, tanya sang suami.
Dia tak menjawab apa apa. Sudah tiada cinta di sini. Cinta sudah mati. Seperti agama yang sudah dibuang, dan lelakinya yang sudah jarang jarang bersembahyang, untuk apa lagi bercinta dengan lelaki seperti ini
Sudah tiada makna dan bahagia, begitu getus hati kecilnya. Dia mahu berdebat dengan suaminya, tapi dia tahu dia tak akan menang, suaminya tak pernah meremehkan musuh, waima isterinya sekalipun, suaminya sangat rigid / strict.
Dalam mimpinya yang julung julung kali ini, dia bermimpi menjadi seorang Emma Goldman, seorang perempuan yang dilahirkan di sebuah perkampungan Yahudi di Kovno, Russia, pada 27 Jun 1869.
Di tengah tengah pergolakan politik, pada saat itu dengan terbunuhnya Tsar Alexander II, komuniti Yahudi di Russia mengalami diskriminasi, ditambah dengan keadaan ekonomi yang memilukan, Emma terpaksa berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kilang di St. Petersburg.
Di St. Petersburg inilah masanya Emma berkenalan dengan idelisme kebebasan / freedom dan kesetaraan / egalitarian. Dalam kesibukan kerjanya menjadi buruh perempuan itu, dia sempat menelaah What is to be done karya Cherychevsky yang akhirnya buku ini nantinya akan banyak mempengaruhi pemikiran pemikiran anarkis seorang Emma.
Si ayah yang berdosa bukan sahaja berada di dalam Islam, bahkan di mana mana agama, bahkan di mana mana sahaja ceruk dunia dan apa apa sahaja fahaman. Ayah Emma memaksanya menikah pada umurnya 15 tahun untuk mengurangkan beban keluarga.
Kerana dia seorang pemberontak semenjak kecil, dia menolak, dan mengancam untuk bunuh diri. Dia sudah tidak takut lagi. Apa nak jadi jadilah. Tiada sesiapa yang berhak ke atas dirinya. Tiada sesiapa yang mempunyainya. Dirinya, adalah dirinya. Hanya dia yang berhak ke atas dirinya. Dia mengugut untuk bunuh diri jika ayahnya terus menerus memaksanya berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai.
Ayahnya berang dan sudah tidak tahan lagi dengan kelakuan anak yang seorang ini. Terlalu pemberontak. Akhirnya dia mengusir anak perempuan itu dengan mengirimkannya ke Amerika untuk tinggal dengan sanak saudara yang tinggal di Rochester.
Ketika untuk pertama kalinya dia memijakkan kakinya ke Amerika, Emma hanya membawa wang sebesar lima dollar, beberapa helai pakaian dan mesin jahit. Emma kemudian mencari komuniti komuniti sosialis di Amerika, dan dengan segera menemukan keserasian dengan mereka.
Suatu ketika berlaku tragedi Haymarket, di Chicago tahun 1886, sebuah episod paling bersejarah yang mengubah Emma kepada sosok feminist anarchist, di mana ada pelemparan bom yang tidak diketahui siapa yang melemparnya, telah mengakibatkan terbunuhnya beberapa pegawai polis ketika sedang berlangsungnya demonstrasi kaum pekerja di plaza Haymarket.
Walaupun identiti pengebom tidak jelas, state telah menjatuhkan hukuman gantung kepada empat orang anarkis yang dianggap menjadi dalang pengeboman itu.
Hari keempat anarkis itu digantung dan dibunuh oleh pemerintah, Emma memutuskan bahawa dirinya akan terus berjuang demi kebebasan dan keadilan lewat jalur revolusi. Saat itu Emma baru berumur dua puluh tahun, dan baru bercerai dengan suami pertamanya, seorang imigran Russia.
Pernah seorang pekerja tua bertanyakan kepada Emma, ketika Emma mulai pandai berpidato di hadapan orang,
Jika kapitalis digulingkan secara total, dengan tiba - tiba, ke mana lagi, kami harus cari makan
Perkenalan dengan kekasih seterusnya, Alexander Berkman, lebih tragis. Pada masa mudanya, Emma mendukung faham, bahawa segala hal adalah halal untuk mencapai sesebuah tujuan, termasuklah kekerasan. Ends justify the means. Begitulah apa yang difikirnya dan apa yang dipegangnya.
Tahun 1892, Emma bersama Berkman merancang sebuah plot pembunuhan atas Henry Clay Frick, seorang kapitalis yang menekan pekerja pekerja di kilangnya. Emma dan Berkman memegang kepercayaan yang sama, bahawa dengan membunuh seorang tiran, yang mewakili sistem yang kejam, kesedaran orang ramai mengadakan perlawanan melalui revolusi akan bangkit.
Rencana gagal.
Berkman hanya berhasil melukakan Frick setelah gagal menembak dari jarak dekat. Emma membela habis habisan apa yang dilakukan bahawa, matlamat ini untuk kepentingan orang ramai.
Dia dan Berkman sama sama dipenjarakan. Berkman, ditahan selama dua puluh dua tahun.
Tiba tiba ada bunyi guruh meletup.
Dia terjaga dan menangis,
ABANG!!