MANUKLON - 5
ASSALAMUALAIKUM! Terdengar suara memberi salam dari luar rumah.

Waalaikumussalam! Balas dari dalam. Pintu dibuka tanpa intipan lagi.

Permisi. Aku musafir dari jauh. Mahu tumpang solat di rumah saudara. Bolehkah kata orang tua itu.

B...b...boleh, balas Khairil tergagap-gagap. Sila masuk, pakcik. Orang tua itu masuk, bersalaman dan terus menuju ke bilik air, mengambil wuduk. Khairil hanya memerhatikan sahaja orang tua itu, bersongkok hitam yang tinggi dengan baju jaket yang bersaku banyak dan berwarna biru kelabu. Seluar dan bajunya persis lampau. Tubuh yang berbadan besar itu berusia lebih kurang akhir dekad keempat, raut mukanya memperlihatkan wajah yang genteng pada umur mudanya, beralis tebal, tanpa berkumis, berdagu licin tanpa janggut dan kulit mukanya penuh dengan parut jerawat di pipi yang berisi.

Orang tua itu kemudian mengajak Khairil berjemaah bersama, menunaikan fardu isyak. Khairil menurut tanpa merasa kejengkelan. Selesai memberi salam, mereka bersalaman sekali lagi. Khairil mengambil kesempatan bertanya, Maaf, saya bertanya. Pak cik ini, siapa

Nama saya Sukarno. Panggil saja, Bung Karno. Kenalan saya panggil Bung Karno tapi jangan panggil bung-kar.

Bung Karno, begitu. Saudara Khairil, bukan Khairil Marzuki, kata orang tua itu, mengangguk-angguk kecil. Dirapikan duduk silanya agar lebih selesa.

Bagaimana pakcik...

Bung. Bung Karno, pintasnya cepat membetulkan.

Bagaimana Bung Karno tahu nama saya Khairil meralat pertanyaannya. Mereka beritahu saya.

Siapa mereka itu Bung

Atasanku.

Maksud Bung, siapa

Ya, maksudnya tidak lain daripada mereka yang lebih atas daripada kedudukanku.

Bung Karno dan atasannya datang dari mana tanya Khairil cuba menghentikan belit bicara orang tua itu.

Aku diutus dari jauh, membawa berita ....

Bolehkah Bung berterus terang dan berita apa yang Bung bawa

Boleh, kata Bung Karno sambil tersenyum, Pasti boleh. Tapi harus janji, tidak boleh tanya soal alamku. Alam jannah. Saudara boleh bertanya apa saja mengenai alam lampauku.

Jadi, berita apa yang Bung bawa

Sabar anak muda. Memang saya waktu muda juga tidak sabar. Tapi saya mahu sdr Khairil membentuk keperibadian penyabar sebagai benteng utama. Kalau tidak masakan pujangga mengakui sabar itu separuh daripada iman. Jadi buat apa kita solat tadi Kan juga untuk iman, nasihat orang tua itu sambil membetulkan songkoknya. Dia kemudian menyambung, Berita yang aku bawa adalah berita baik, bahawa saudara Khairil adalah manusia pilihan.

Manusia pilihan yang bagaimana tanya Khairil.

Seperti aku, manusia pilihan. Dipilih untuk memimpin rakyat, berjuang untuk membebaskan tanah air. Pernahkah saudara mendengar namaku kembali orang tua itu pula bertanya.

Siapa

Sukarno. Pemimpin rakyat 100 juta. Tidak, jawab Khairil polos.

Tidakkah saudara belajar sejarah

Ya, ada. Tapi saya tidak pernah dengar nama itu. Apa

Sukar No

Bukan Sukar No. Sukarno.

Apakah Bung dari abad ke-20

Ya, jawab orang tua itu pendek saja. Khairil belum yakin dan terus bertanya.

Jadi kita bertemu ini, di mana Dalam mimpimu.

Jadi, sekarang ini saya bermimpi

Ya, demikianlah, ujar orang tua itu.

Saya masih tak mengerti, Bung. Bagaimana Bung boleh menolong perjuangan saya Bung berada di alam lain sedangkan saya hidup di dunia kini.

Aku memang tidak memberimu senjata tapi akan kutiup semangat juang ke dalam sanubarimu segigih dan secekal semangatku agar api semangat itu senantiasa bersemarak, tak mungkin padam.

Semangat, saya sudah punya. Tanpa tiupan Bung Karno, ia sudah berkobar-kobar dalam jiwa ini.

Bagus. Tapi kau punya lebih daripada itu. Kau punya kualiti pemimpin. Pemimpin rakyat untuk memerdekakan mereka.

Apa tandanya saya punya kualiti pemimpin. Saya rasa saya perlu dipimpin.

Lihat jari telunjuk dan jari tengahku, tangan kanannya ditunjukkan ke muka Khairil . Apa yang kau lihat

Satu tangan kanan dan lima jari.

Perhatikan jari telunjukku lebih panjang daripada jari tengahku. Dapat sdr lihat itu Ya, memang, jawab Khairil.

Nah, cuba pula angkat tangan kanan dan amatilah.

Khairil membandingkan jari telunjuk dan jari tengahnya, ternyata memang lebih panjang. Dia memandang kepada wajah tua itu dengan penuh kehairanan.

Tidakkah ini suatu kebetulan Khairil seakan ingin menafikan kenyataan yang terpampang di hadapannya.

Saudara Khairil, ini bukan faktor kebetulan tetapi faktor pemilihan. Tanda itu merupakan hadiah Ilahi pada pemiliknya, kekuatan batin yang terpendam perlu digunakan dengan saksama untuk kebaikan, tambah orang tua itu.

Jari telunjukmu lebih panjang dari jari tengahmu. Sama dengan jari telunjukku, kata Bung Karno mengulangi kalimat itu.

Apa ertinya tanya Khairil yang masih ragu-ragu.

Ertinya, kau punya kualiti seorang pemimpin. Dapat menggerakkan massa, seperti aku. Bangsa saya tidak sampai 100 juta.

Kau tidak perlu 100 juta. Waktu aku dahulu, cukup dengan 10 pemuda berhati waja, aku dapat menggoncang dunia. Puncak Gunung Bormo dapat dialih mereka.

Maafkan saya. Meskipun ini hanya adalah mimpi, tapi saya tidak boleh terima slogan yang simbolik seperti itu. Kerana selepas impian ini berakhir, saya akan berhadapan dengan realiti.

Slogan itu makanan jiwa. Jiwa yang melahirkan semangat, harus diberi makan agar bertenaga. Tanpa slogan, semangat tidak dapat mekar dan berkembang.

Bung Karno harus sedar, situasi sekarang tidak sama dengan 150 tahun dulu. Penjajah punya persenjataan mutakhir sedangkan kami hanya punya senapang api.

Saudara Khairil, ketika musuh kami mempunyai senjata api, kami tidak mempunyai apa-apa, hanya buluh runcing. Tapi kami tidak pernah miskin semangat.

Selain semangat, apa lagi yang saya perlukan

Keyakinan diri. Percaya dan yakin akan kemampuan diri sendiri. Tanpa rasa yakin, semangat tak akan wujud, jawab orang tua itu.

Bagaimana pula kita dapat membuat orang yakin kepada perjuangan kita Khairil semakin minat bertanya, seakanakan dia sudah menerima hakikat yang dia telah pilih.

Selain bersemangat dan berkeyakinan, seorang pemimpin yang ulung harus sanggup berkorban dan mengabdikan diri untuk bangsanya, terutama pada peringkat-peringkat awal perjuangannya, jelas orang tua itu.

Kalau saya terlalu berkorban di peringkat awal, tidakkah kalau sekiranya saya tertangkap oleh pihak berkuasa sehingga dipenjarakan, siapa pula akan memimpin mereka

Oh, saudara usah bimbang. Jangan jadi takut pada penjara. Anggaplah penjara sebagai tempat kita berehat sementara. Contohnya kau sendiri, sudah banyak kali dipenjara. Seseorang tidak harus gentar pada penjara. Semasa zaman penjajahan, aku dipenjarakan. Selepas kudeta, aku menjadi tahanan istana. Seseorang yang hendak menjadi pemimpin besr, dia harus sanggup dipenjara, saudara tidak dapat memimpin.

Selepas kemerdekaan, Bung Karno juga masih dipenjara Apakah Bung Karno melupakan pengorbanan Bung,

Tidak demikian. Mereka masih mengingatiku dalam hati mereka. Justeru kerana pengorbananku yang besar itu, maka aku ditahan di istana. Bagi seorang presiden, tahanan istana sudah lebih berat daripada dipenjara.

Kenapa demikian sekali Bung Bangsa yang Bung bebaskan daripada belenggu penjajahan malah melakukan tahana itu

Tahana Maksud saudara, aniaya Ya, angguk Khairil.

Memang aku dianiaya oleh fitnah. Seorang pemimpin besar itu boleh jatuh kerana fitnah. Aku adalah korban fitnah manusia-manusia rakus, semata-mata. Hati-hatilah dengan oknum-oknum yang sengaja menyebarkan fitnah kerana mereka punya kepentingan. Saudara Khairil pasti akan bertemu manusia-manusia seperti ini sepanjang perjuangan saudara. Padamkan sebarang fitnah semasa ia masih kecil. Tatkala aku dituduh prokomunis, aku diamkan sahaja. Aku tidak menyangkal tuduhan itu kerana ideologi NASAKOM untuk semua golongan, baik nasionalis, agama dan komunis. Aku tidak boleh pro mahupun anti pada sebarang fraksi, aku perlu neutral. Sifat neutralku tidak disanjung, sebaliknya aku dituduh menyebelahi, jelas orang tua itu sedikit kecewa dengan jari telunjuk kanan itu menikam dada kirinya.

Apakah bersikap neutral itu tidak baik untuk seorang pemimpin tanya Khairil, bernas.

Bung Karno tidak segera menjawab. Dia menongkat dagu pangkal telapak tangannya dengan siku menindih paha kirinya.

Sukar untuk dijawab kalau jawapan itu harus datang dari hati kecilku, katanya sambil membebaskan dagu dari telapak tangannya. Matanya tampak memandang jauh, seperti sedang berfikir dalam. Dia menghela nafas, wajahnya terukir antara kesal dan kecewa. Mata itu dipejam rapat seperti mengenang sesuatu. Dia kemudian menyambung setelah mata itu dibuka semula, Pemimpin yang mahu bertahan, harus fleksibel dengan situasi semasa. Pemimpin semacam ini tidak membentuk bangsanya tetapi dia dibentuk oleh kehendak massa yang terbanyak. Walaupun bukan sikap begini pemimpin yang baik tetapi dia adalah pemimpin yang popular. Bila pemimpin popular itu menyuarakan sesuatu yang tidak popular dengan kehendak massa, maka pemimpin boleh jatuh kerana fitnah demi fitnah akan membuat pemimpin itu tidak popular lagi. Pemimpin yang sebenar adalah pemimpin yang tidak bergantung pada populariti. Dia ada prinsip-prinsip dan ideologi untuk membentuk bangsa bernegara satu, berbahasa satu dan berjiwa satu. Pemimpin begini tidak gentar dia tidak popular. Nah, saudara ada dua pilihan. Sama ada untuk menjadi pemimpin yang disenangi atau pemimpin yang diakui prinsip kepimpinannya. Maafkan saya kalau meragui apa yang Bung katakan.

Tidak mengapa. Teruskan apa yang tersirat di hatimu.

Saya tidak melihat bagaimana falsafah kepimpinan Bung Karno di abad ke-20 boleh diterapkan dalam situasi kini. Musuh kami tidak hanya manusia tetapi juga manuklon, manubot dan megakom.

Apa itu suatu neologisme tanya Bung Karno.

Bukan bung. Mereka wujud kira-kira lapan puluh tahun yang silam. Dalam ukuran masa manusia, tidaklah tergolong baru, balas Khairil.

Makhluk atau mesin

Manuklon adalah manusia yang dikembangkan melalui pemilihan genetik unggul. Menerusi pembiakan klonisasi, satu telur yang telah disenyawakan membelah dan kemudian menjadi beberapa telur yang identik. Telur-telur ini kemudiannya dipindahkan pada rahim-rahim tumpang, biasanya daripada wanita-wanita yang dipaksa. Manakala manubot adalah manusia separuh robot. Manuklonmanuklon itu mencipta manubot sebagai alat mereka untuk tugas-tugas yang tinggi risikonya. Dan megakom adalah rangkaian sistem komputer yang mengawal, mentadbir dan mengadili rakyat, jelas Khairil.

Wah, agak rumit juga ya. Tapi saudara harus berpegang pada kualiti-kualiti tadi. Penuh bersemangat, yakin pada kemampuan diri, berani dan sanggup berkorban. Bila sifat-sifat ini sudah dimiliki maka akal akan lahir dengan sendirinya. Maka masa saja yang menentukan perjuangan saudara akan sukses. Percayalah masa yang dinantikan itu pasti muncul bersama-sama kekuatan yang saudara kumpulkan. Orang tua itu bangun dari duduknya. Khairil pun ikut sama.

Terima kasih atas nasihat Bung.

Ah, bukan apa-apa. Aku melihat ada persamaan dahulu dan sekarang. Dahulu juga kapitalis dan feudalis menindas dan memeras kaum marhaen. Kaum marhaen tidak punya apa-apa untuk menentang kaum kapitalis dan feudalis. Namun berkat kegigihan pejuang-pejuang marhaen, kaum kapitalis dan feudalis itu digulingkan melalui revolusi dan reformasi.

Marhaen, bangsa apakah itu Bung Suatu neologi bagi saya.

Bukan, ketawa Bung Karno, Bukan bangsa dan bukan lagi suatu neologi. Marhaen adalah kaum buruh, petani, nelayan dan rakyat jelata yang menderita.

Oh, demikian, balas Khairil, mengikuti langkah orang tua itu menuju ke arah pintu.

Minta diri dulu, aku harus kembali. Pintu itu dibuka. Kabut malam memutih bersih, terapung-apung dan bergerak lembut di antara celah-celah kakinya.

Bila Bung akan datang lagi tanya Khairil dari tengah pintu. Bung Karno berpaling, memandang wajah Khairil dan tersenyum. Tampak giginya rapi, putih sebersih warna kabut itu.

Barangkali besok malam, kalau tidak berhalangan, akan kubawa kawan karibku, sekiranya dia mahu ikut.

Siapa namanya

Hatta, Mohammad Hatta, jawabnya pendek, mengharungi kabut yang berpusar-pusar melindungi bayangan orang tua itu sedikit demi sedikit. Lama kelamaan bayangan itu hilang daripada pandangan Khairil.

Pada mimpi malam kedua, Bung Karno datang lagi seperti janjinya. Apabila Khairil membuka pintu setelah mendengarkan salam dari luar, dia nampak seorang anak muda berdiri di samping Bung Karno. Dipersilakannya mereka berdua masuk.

Yang ini siapa Bung tanya Khairil tanpa sempat menunggu untuk diperkenalkan.

Kan aku janjikan membawa sahabatku Bung Hatta. Mohammad Hatta namanya, tetapi orang mengenalnya sebagai Bung Hatta saja, jelas Bung Karno kepada Khairil.

Mereka berjabat tangan. Pemuda itu hanya senyum pada senyuman Khairil yang separuh jadi bila menatap wajah orang muda itu.

Tapi, Bung Hatta kan lebih kurang sebaya dengan Bung Karno tanya Khairil.

Ya benar. Semasa hendak ke mari, Bung Hatta memilih wajahnya yang berusia sembilan belas tahun. Itu sebab dia kelihatan muda. Di ingin mengenang ketika dia baru sampai di Den Hg pada tahun 1921, ujar Bung Karno tersenyum.

Jadi, di sana boleh memilih-milih tanya Khairil.

Kan kita sudah berjanji tidak boleh bertanya tentang alamku, Bung Karno mengingatkan Khairil tentang perjanjian mereka.

Sungguh menakjubkan, kata Khairil sambil memandang wajah Bung Hatta yang muda itu.

Ah, jangan pandang aku begitu. Suatu hari nanti kita akan bersama. Kau boleh bertemu siapa saja yang kau mahu. Tapi sekarang bangsamu memerlukan pengorbananmu. Mereka perlu dibimbing untuk memerdekakan pembelengguan bangsa Melayu, kata Bung Hatta.

Bung Hatta memang agak mudah segan kalau dipandang begitu. Apalagi kalau yang memandang itu, seorang wanita. Kau percaya tak, isterinya aku carikan, kata Bung Karno.

Mereka duduk bersila di lantai. Bung Hatta menepuk paha Khairil dan berkata, Khairil, kalau mengenai wanita, jangan ikut-ikutan seperti Bung Karno, boleh hancur. Memang benar, di sebalik kejayaan seorang lelaki mesti ada seorang wanita yang menjadi inspirasinya. Tapi ingat, hanya satu orang wanita sahaja. Biarpun sehebat Hilter atau Napoleon atau sehebat Bung Karno sekalipun, kalau ada banyak wanita di sekitarmu, merayu dan membujukimu, maka kau juga boleh jatuh seperti mereka, nasihat Bung Hatta.

Bung Karno tersipu-sipu. Memang dia tahu Bung Hatta suka berterus terang.

Ya, ada masa wanita mahu membuatkan kita senang, mangapa harus kita menolak kata Bung Karno dengan nada sedikit membela.

Bung sepatutnya menasihatinya agar berhati-hati dalam memilih teman hidup. Bung sudah janji, bukan kata Bung Hatta pada Bung Karno.

Kau sajalah yang menasihatkannya, kata Bung Karno mengalah.

Saya dengar Bung Karno memang hebat dengan wanita, celah Khairil yang sejak tadi menjadi pendengar sahaja.

Lebih baik jadi pemimpin yang digelar Om Senang daripada pemimpin yang gila kuda, balas Bung Karno.

Menyindir siapa itu, ayuh! Cuba, kalau berani ulangi di sana, kata Bung Hatta sambil menunjuk ke atas.

Bung kau ingat atau tidak ketika kita berdua bertemu dengan pemimpin Melayu di Johor selepas merdeka tahun 1946, apa itu namanya tanya Bung Karno.

Onn Jaafar, jawab Bung Hatta.

Kau pernah dengar nama itu tanya Bung Karno kepada Khairil.

Sudah tentu, ujar Khairil. Dia salah seorang pengasas UMNO, sambungnya lagi.

Kau tahu kami bertiga berunding, mahu menubuhkan Melayu Raya, menjadikan seluruh kepulauan Melayu termasuk Malaya sebagai satu negara, satu nusa dan satu bahasa,

Kata Bung Karno bersemangat.

Habis, kenapa tidak jadi tanya Khairil begitu ghairah.

Onn Jaafar mahu Malaya bergabung dalam Melayu dengan syarat komunisme disingkirkan, jawab Bung Hatta. Sambungnya lagi, Tapi Bung Karno keberatan melepaskan komunisme kerana komunisme juga ikut berjuang membebaskan negeri kami daripada penjajah Belanda.

Apa Bung Karno tidak curiga komunisme punya rencana untuk menjadikan negara Bung, negara komunis tanya Khairil.

Waktu itu aku tak tahu dengan siapa aku harus percaya, jawab Bung Karno dengan wajah perpleksi yang nyata.

Tapi kau ada aku untuk bertanya, ujar Bung Hatta.

Waktu sebelum G30S kau selalu saja sakit. Bagaimana dapat aku berkomunikasi! balas Bung Karno.

Biarpun aku secara fizikal sudah tidak ada di sekitarmu, tetapi semangatku senantiasa menyelubungi fikiranmu. Kau boleh menduga apa nasihatku, kata Bung Hatta.

Bagaimana aku boleh tahu kata Bung Karno sedikit marah dan masam.

Kan kau lihat sendiri, betapa Soebandrio dan Aidit itu telah bertaubat dan kembali memuja Ilahi, balas Bung Hatta.

Khairil hanya mendengar. Dua tokoh besar itu sedang bertengkar.

Aku tidak ada visi ketika itu. Masakan aku dapat tahu, mereka hanya berpura-pura menjadi komunis. Bukan komunis tulen, jelas Bung Karno.

Bung Karno, kau tak perlu ada visi semacam itu. Yang kau perlukan, deria keenam yang dapat membaca situasi yang rumit. Deria keenam inilah mendorong kau membuat pilihan yang benar, kata Bung Hatta dengan serius.

Mana boleh. Ngawur itu! Mana mungkin manusia biasa seperti kita mempunyai firasat seperti itu, bantah Bung Karno.

Kau tidak mahu mencuba. Aku dapat muncul dalam mimpimu seperti kita muncul dalam mimpi anak muda ini, kata Bung Hatta sambil menepuk bahu Khairil.

Ah, ngawur, kata Bung Karno, menolak pendapat sahabatnya.

Kau melupakan aku, bukan Tidaklah, balas Bung Karno.

Kau tidak pernah mengingatkan aku lagi. Kau tidak pernah menyedekahkan Al-Fatihah kepada rohku, apalagi dalam solatmu, tuduh Bung Hatta.

Itu sudah keterlaluan, balas Bung Karno.

Kerana kau melupakan aku, kau terperangkap dalam jerat PKI, kata Bung Hatta, membeliakkan matanya.

Sudahlah, pertengkaran kita tidak akan membantu anak muda ini, kata Bung Karno.

Mungkin pada fikiranmu saja. Tidak pada anak muda ini. Dia boleh berfikir, membanding dan belajar daripada kesalahanmu, balas Bung Hatta. Bung Karno nampak marah dengan Bung Hatta.

Sudah. Kita akhiri pertemuan ini. Kita pulang saja, kata Bung Karno sambil bangun bersama Bung Hatta.

Sebelum Bung Hatta kembali, saya ada sedikit pertanyaan, kata Khairil.

Silakan, kata Bung Hatta tersenyum sambil membetulkan topi ala the Roaring Twenties.

Siapakah tokoh pejuang pertama yang memberi inspirasi untuk berjuang demi bangsa dan tanah air

Nasir Pemuntjak!

Apa istimewanya dia tanya Khairil.

Ayuh, kita pulang, kata Bung Karno.

Bung Hatta, datang lagi tanya Khairil.

Tidaaakkk.... jawab Bung Karno pantas.

Lihat, sampai di alam ini pun kau mahu mengatur semuanya, kata Bung Hatta.

Kalau kau datang, kita akan terus bertengkar, kata Bung Karno lagi.

Malam besok, bung mahu bawa siapa tanya Khairil, mengiringi mereka ke pintu.

Besok malam akan kubawa seorang Tun. Kau pasti dapat mengenalinya, kata Bung Karno yang melangkah ke luar.

Selamat tinggal, kata Bung Hatta. Mereka menghilang dalam kepulan-kepulan awan yang berkabut, meninggalkan warna keputihan yang nun sampai di ufuk yang terbuat oleh hamparan satratus, yang saujana mata memandang.

Malam itu, Khairillah yang tertunggu-tunggu. Tidak sabar lagi menanti siapakah gerangan tokoh itu yang dipanggil Bung Karno, Tun. Tun ini pasti istimewa. Kalau tidak masakan Bung Karno memilih dia.

Salam yang terdengar di luar segera dibalas oleh Khairil. Bung Karno muncul lagi bersama seorang lelaki berkaca mata dengan ubun-ubun depan yang botak sehingga ke belakang. Khairil berjabat salam dengan kedua-dua tamunya itu.

Tun amat gembira bila kukatakan padanya tentang seorang pemuda Melayu yang sedang berjuang untuk membebaskan bangsa, kata Bung Karno memulakan perbicaraan itu.

Saya dengar cerita Sukarno mengenai kau. Saya kagum tentang kegigihanmu, kata Tun memulakan percakapan.

Terima kasih, balas Khairil. Tapi saya perlu belajar daripada Tun, bagaimana Tun berjaya menyatupadukan bangsa Melayu di zaman Tun.

Di zaman saya, puak-puak Melayu mempunyai musuh yang sama; iaitu penjajah British. Jadi, kami bersatu dalam satu wadah politik yang kukuh sehingga kami berjaya mendapatkan kemerdekaan, jelas Tun kepada anak muda yang tidak berkedip matanya memandang wajahnya.

Tapi setelah Tun berjaya meningkatkan taraf hidup bangsa Melayu, mengapa wadah itu mereka hancurkan Tidakkah mereka menyedari akibat perpecahan itu, kami generasi yang kemudian menjadi tanpa arah dan pegangan tanya Khairil kecewa.

Saya tak dapat menjawabnya kecuali kita bertanya kepada mereka. Barangkali saya agak, kita sekumpulan orang Melayu telah mencapai suatu tahap kekayaan atau kepandaian, mereka berani mendabik dada mengatakan bahawa kejayaan mereka bukan daripada daya usaha perjuangan politik orang Melayu. Kehebatan mereka adalah kerana diri mereka sendiri bukan kerana oleh pejuangpejuang politik. Mereka lupa kepada jasa kekuatan politik yang meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya, kata Tun serius. Bung Karno mendengar dengan penuh perhatian. Dia tidak berniat menyampuk perbincangan kedua-dua orang itu.

Apa yang mereka inginkan, sekarang sudah menjadi kenyataan. Wadah politik bangsa Melayu telah diharamkan oleh penjajah manuklon. Haram dalam erti sebenar. Orang Melayu tersingkir dalam arus perkembangan negara, terkurung dalam kawasan simpanan Melayu. Jika orang Melayu berkumpul lebih daripada lima orang dalam bilik tertutup, mereka sudah boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuma menghidupkan parti Melayu yang telah diharamkan itu. Jadi mereka jadi takut untuk berkumpul. Bagaimanapada fikiran Tun, cara untuk mengembalikan semangat keberanian orang Melayu yang telah pupus tanya Khairil.

Pernah seorang Panglima Besar Melayu yang pernah mengatakan; Tak kan Melayu hilang di dunia. Hang Tuah barangkali ingin merubah pernyataannya kalau dia mendengar kisah yang kau ceritakan tentang semangat Melayu yang kian pupus. Dia akan mengatakan, Melayu akan pupus jika tidak berhati satu. Kekuatan Melayu terletak pada kesatuannya. Biar apa yang terjadi, kau harus usahakan agar bangsa Melayu itu bersatu padu, nasihat itu didengar penuh renungan yang mendalam daripada Khairil.

Tapi penyakit orang Melayu kumat lagi. Mereka membawa diri sendiri. Bila bicara, mereka amat prihatin tentang nasib bangsa. Bila berbuat demikian, mereka tidak mengotakan apa yang dikata. Kalau dahaga tidak minum di restoran bangsanya, sedikit mahal sudah kendur semangat. Daripada orang Melayu kalau boleh, mahu sebarangnya percuma. Apakah bangsa saya, bangsa yang suka merintih Lebih suka merungut daripada bertindak Apakah ubat yang paling mujarab untuk bangsa saya tanya Khairil agak kecewa.

Nampaknya kau belum mengerti sentimen orang Melayu. Penjajah-penjajah lampau orang Melayu selalu memuji. Orang Melayu berbudi pekerti, lemah lembut dan bersopan santun. Orang Melayu jadi mabuk dengan pujian ini. Jika mereka merasa telah diperdayakan oleh penjajah, mereka tidak memberontak kerana takut tercemar nama bangsa akan kehilangan pujian itu daripada penjajah. Itu sebabnya mereka sanggup matikan anak mereka kerana adat. Apalagi pada orang lain yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, sedangkan anak sendiri mahu dibunuh kerana ingin mempertahankan adat. Saudara Khairil, kau lihat saja, orang Melayu teramat suka merendah diri dan terkutuk kalau membesar-besarkan diri. Rasa rendah diri tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Kalau ada orang yang mengatakan dengan lantang dan berani, saya berani mengatakan dia akan dicemuh dengan tuduhan bongkak dan sombong diri. Mereka lebih suka kepada tokoh-tokoh yang pasif yang mahu orang Melayu harus tahu diri. Kalau ada kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau kau ingin merubah nasib bangsa, pepatah-pepatah Melayu yang berbau negatif harus disingkir daripada khazanah budaya, jelas Tun panjang lebar.

Khairil memintas walaupun Tun masih belum puas bicara tentang kebobrokan orang Melayu yang dia tahu. Apa ikhtiar saya untuk menghadapi segala rintangan ini tanya Khairil.

Agama, jawab Tun.

Agama tanya Khairil.

Ya, agama, balas Bung Karno seperti menyetujui saranan Tun itu.

Yang menyatukan orang Melayu itu adalah agamanya. Itulah kunci perpaduan umat Melayu, bukannya menjajikan kekayaan kepada mereka. Orang Melayu lebih mudah berkongsi kemiskinan daripada berkongsi kekayaan. Jika kau buat sekumpulan orang Melayu kaya, kau hanya menjarakkan mereka. Mereka menganggap orang Melayu jadi kaya kerana kegiatan gelap. Mereka akan menghindari orang-orang kaya Melayu kerana kekayaan itu terpalit dosa. Jadi, saya fikir hanya isu-isu agama yang boleh manyatukan bangsa Melayu. Tidak kira kedudukan dan darjat mereka, mereka lebih rapat dan akrab dalam kesatuan ummah, nasihat Tun.

Tapi kau jangan janjikan yang muluk-muluk kepada mereka seperti yang telah kami janjikan kepada bangsa kami, kata Bung Karno kepada Khairil.

Janji yang bagaimana bung tanya Khairil.

Misalnya, jangan kau ertikan merdeka daripada penjajah itu bermakna naik kenderaan awam percuma, tak perlu bayar tambang. Ke sekolah cuma-cuma....

Itu harus percuma, bangkang Tun, Pendidikan anak bangsa harus diberi percuma. Pendidikan bukan barang jualan. Suatu keharusan. Saya bersetuju kalau merdeka itu tidak perlu bererti makanan diperolehi secara percuma, tetapi pendidikn adalah santapan rohani. Roh yang akan menggerakkan jiwa dan raga kita untuk berusaha mendapatkan mata pencarian, membangun bangsa dan negara, kata Tun cepat membantah pendapat Bung Karno.

Tun, waktu Tun memerintah, rakyat Tun hanya tiga belas juta. Sekarang sudah hampir seratus juta. Masakan sanggup untuk memberi pendidikan percuma, kata Bung Karno di hadapan Khairil yang meyedari perbezaan pendapat di antara kedua-dua tokoh itu.

Jangan merdeka kalau cuma dapat memberi makan sekali sehari. Apalagi kalau di zaman penjajah dapat makan tiga kali sehari. Jadi, untuk apa merdeka, kalau hanya pada nama. Untuk dibuat hiasan pintu-pintu gerbang, balas Tun.

Tun seorang idealis. Aku hayati perjuangan Tun sebagai pejuang pembangun rakyat desa. Tetapi dalam situasi yang dihadapi oleh Khairil sekarang, pendidikan sudah menjadi barangan komoditi. Kata Bung Karno.

Justeru itu kita harus berikan pendidikan percuma kepada rakyat yang miskin. Hanya menerusi pendidikan sahajalah, taraf kehidupan mereka dapat ditingkatkan, balas Tun.

Tapi bagaimanakah caranya kalau jumlah rakyat yang miskin itu lapan puluh peratus daripada seluruh rakyatmu Merdekakah sesuatu negara kalau hutang negara berlipat ganda kerana hanya untuk memberi pendidikan percuma bahas Bung pula.

Itu tidak mengapa! ujar Tun.

Kok tidak mengapa katanya! balas Bung Karno.

Buat apa menambah hutang negara kalau berhutang untuk beli senjata, bidas Tun.

Itu kan untuk memastikan negara yang telah merdeka tetap merdeka, balas Bung Karno.

Tuan-tuan berdua, Khairil mencelah di tengah-tengah perbalahan kecil di antara dua orang tokoh itu, Perdebatan tuan-tuan amat berguna kepada saya. Kita di sini bukan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Oh, kita telah membingungkan anak muda ini, kata Bung Karno.

Saya tidak bingung, Bung, jawab Khairil.

Bagus, balas Bung Karno.

Kalau begitu, mari kita balik. Hari dah larut benar, kata Tun. Mereka bangun diikuti oleh Khairil.

Selepas berbalah kita harus melupakannya. Ambillah hikmat daripadanya. Pasti berguna dibuat renungan dan pegangan, kata Bung Karno lagi.

Jangan terbawa-bawa rasa getir semasa debat. Matikan ia secepatnya, kata Tun sambil berpelukan dan bertukar ciuman pada pipi masing-masing.

Wahai anak muda, pada bahu inilah bangsamu bergantung nasib. Kau akan bebaskan mereka daripada kedaifan, tambah Tun lagi. Kedua-dua bahu Khairil dipegangnya. Mata mereka bertentangan. Terasa seperti semangat tokoh itu berpindah tubuh.