JAI belek kalendar. Pejam celik pejam celik dah hampir lima bulan berlalu. Setakat ini, semua kerja dan kaji selidik dilakukan dengan penuh dedikasi. Dari satu hotel ke satu hotel mereka menginap di setiap daerah. Dia belek pula borang-borang yang sudah diisi. Mana yang telah siap akan dihantar menggunakan pos ekspress.
Hmmnampaknya hanya tinggal beberapa rumah je lagi. Rasanya tak sampai dua minggu lagi kerja aku siap. Bolehlah aku singgah kat rumah kejap. Ajak budak-budak ni makan kat rumah aku. Jai senyum meleret. Rindu pada mak dan ayah di kampung.
Telefon berdering. Jai jenguk nama yang tertera di skrin.
HaAcik, ada apa kau call aku malam buta ni Apa Minggu depan Aku belum habis lagi ni. Kau ni..tak ke mana adik kau tu. Okeylah..aku banyak kerja ni. Nanti sampai KL kita borak.
Jai sandar di hujung katil. Apa pulak Acik ni nak Tak habis-habis pasal adik dia tu. Apa yang dia nampak kat aku ni..sampai beria nak kenalkan dengan adik diahaih
Lapar la pulak Jai sentuh perutnya yang dah berbunyi. Dia lihat jam tangannya. Pukul 10 malam.
Jai capai kunci kereta. Bilik dikunci rapat. Segala mak nenek ada dalam biliknya. Dia melangkah ke lobi. Ada beberapa pekerjanya sedang leka berborak di situ.
Abang Jai!!
Jai menoleh. Eii! Minah ni gedik betul! Jai buat-buat tak nampak Lisa yang menapak ke arahnya. Lisa, ambil jurusan sama dengan Seri, kimia.
Abang nak ke mana Lisa nak ikut, boleh Lisa dah tersengih manja di depan Jai.
Seri yang duduk membaca majalah di sofa tetamu hanya menjeling tajam. Gatal minah ni! Sejak hari pertama lagi aku tengok dia gedik.