Masih adakah cinta
Dia melihat ada sejadah di hadapan tilam mereka. Sembahyang subuh Kedengaran suara azan sedang bergaung dari beberapa buah rumah berselang rumah mereka.
Ah tipulah. Siti Sarah menarik semula selimut. Tidur meninggalkan suaminya yang terpinga - pinga. Dia tidak mampu tidur lagi sebenarnya. Hati terlalu sebak berbaur bengkak. Siti Sarah tahu suaminya bukan seperti lelaki - lelaki romantis lain, hipokrit. Apa - apa yang suaminya cakapkan, itu yang suaminya mencuba melakukan. Bila dia melihat suaminya kembali bersembahyang, dia cuma mahu bertanya,
Kenapa baru sekarang
Musim luruh di hatinya, siapa yang tahu
Dia mahu kembali kepada suaminya, tetapi tangannya yang halus itu sudah tak mampu lagi menggapai tangan kasar suaminya. Lelakinya itu, dia tahu. Dia kenal. Dia yang pilih lelaki ini. Lelakinya terlalu obses bekerja. Dan suaminya mengadu remuk hatinya apabila isterinya sudah pandai tidak mendengar kata. Menurut suaminya, dalam sesebuah institusi keluarga, bagaimana boleh ada dua kepala
Dia reject ide patriarchy. Dia reject suaminya. Perlahan-lahan, dia mulai menekuni Rosa Luxemburg. Dia seakan tak faham, tak mampu nak masuk dengan Rosa. Dia lebih menggemari Emma Goldman. Tetapi dia gagahkan juga baca. Pengetahuan Inggerisnya yang lebih, berbeza dengan suaminya, membuatkan dia mahu mengatasi suaminya. Dia teringat, dia terkenang, dia terbayang segala kenang - kenangan antara dia dan suaminya, momen-momen indah berlari ketika hujan, dan hujan seperti kaca yang tidak melukakan dan mereka seperti menari sementara yang lain kebasahan memandang kehairanan, menikmati suasana-suasana getir seperti duit tak cukup, tinggal berdua, sama-sama memeluk tubuh ketika tiada apa yang boleh dimakan, sama-sama berlapar, merancang travel-travel yang belum berjalan, semuanya menyebabkan air di matanya bergenang. Dan empangan itu seperti biasa pecah dan mencurah.
Tibatiba sahaja, ada seperti citacita datang selepas dia begitu kecewa dengan suaminya. Citacita yang membuakbuak. Citacita yang bergelora selepas asmara lara. Citacita hendak menjunjung darjat kaum perempuan. Tetapi dia tidak merasakan, dia cukup kuat untuk memikul kepercayaan ini. Dia maju. Dia cerdik. Berpendidikan. Masuk ke universiti. Ada ijazah. Terpelajar. Lebih