TUAN HAKIM: Tuan Abu Insan! Apakah keinginan tuan Pihak pelaksana hukuman masih ada beberapa pesalah yang akan dihukum. Bimbang kesuntukan masa pula nanti. Apa keinginan tuan
ABU INSAN: Apa Apa keinginanku (Bermonolog sendiri)
LISBI: Katakan! Katakan kau mahu memerdekakan diri. Mahu melepaskan dendam. Kau tidak mahu mengusung sengsara. Katakan itu keinginanmu!
MARIA: Abang. Aku kenal abang sejak kecil. Abang sentiasa ingin hidup membahagiakan orang lain. Untuk kali ini, bahagiakan dirimu sendiri, abang. Aku tahu, keinginanmu tidak pernah bersifat kejam. Itulah sifat muliamu yang telah kau wariskan kepada anak gadismu, abang. Anak gadismu tentu tidak mahu kau hapuskan sifat sebenarmu itu.
ABU INSAN mula mundar mandir tidak keruan. LISBI tidak senang duduk lalu menyusup ke belakang ORANG RAMAI dan kemudian muncul semula